Wednesday, August 15, 2012

Faqihah berbuka puasa di hotel

Photos of Tower Regency Hotel, Ipoh
Tower Ragency Hotel Ipoh


Semalam (16 Ogos 2012) Faqihah dan semua ahli keluarga berbuka puasa di Tower Regency Hotel Ipoh.

Bertolak dr rumah jam 6.45 ptg dan sampai jam 7.10 mlm. Tiada tempat parking. Jenuh cari, kebetulan salah seorang pengawal keselamatan memandang kereta kami dan mempersilakan kami ke petak kosong yg diletakkan kon. Tanpa bertanya apa2 dengan kami. Mengapa?

Hanya kerana kereta kami memakai stiker OKU.

Ruang legar Hotel


Lokasi berbuka puasa di tingkat 6. DULU...Faqihah amat takut untuk menaiki LIF. Menjerit minta dikeluarkan. KINI  tiada lagi tingkah-laku tersebut.

Sampai di lokasi. Duduk ditempat disediakan TAPI Faqihah terus pergi ambil air minuman dan cuba terus minum. Dapat diselamatkan. Teruja sangat kot.

Makanan yang disediakan tiada mengikut selera Faqihah. makan nasi sahaja berulamkan air. Mujur Faqihah tidak buat perangai. Akur dengan apa yang ada. Duduk ditempatnya sampai kami habis makan.

Selesai makan, Faqihah keluar drp dewan makan menuju ke kolam renang. Bila bagi tau tak boleh...dia akur.

BERUBAH SANGAT TINGKAHLAKU FAQIHAH....

Suatu perubahan yang menuju ke arah yang lebih baik jika dibandingkan sebelum ini jika berada ditempat awam. Kebiasaanya dia kan buat perangai. Segala2nya berjalan lancar.

Ini adalah pertama kali membawa Faqihah dan keluarga makan di hotel semasa berbuka puasa.

Faqihah bertudung PINK bersama ummi, Haziq dan Hadif




No comments:

Post a Comment