Friday, August 10, 2012

Puasa Faqihah.

Akativiti Faqihah dibulan Ramadhan.. Komputer

20 Ramadhan telah berlalu. Buat kali pertama, Faqihah telah dapat melaksanakan puasa dengan sempurna. Tiada tertinggal kecuali hari pertama disebabkan 'uzur'. Bangun sahur dan berbuka bersama-sama keluarga.

Minggu pertama memang mencabar. Dia kelihatan begitu lapar dan keletihan terutama ketika balik dari sekolah. Pintu dapur terpaksa dikunci bagi memastikan Faqihah tidak mengambil makanan. Alhamdulillah, dia berjaya melalui tempoh puasa.

SAHUR. Tiada masalah untuk Faqihah dikejutkan. Tugas Pak Yoep mengejutkan anak2 termasuk Faqihah. Bangun tidur, basuh muka. Dengan iringan doa yang dibaca oleh Faqihah dan dia terus makan. Bacaan doa menjadi kewajiban bagi Faqihah sehingga kini.

Menu sahur Faqihah seperti  roti bakar, nudget, kentang goreng dan sandwish. Terpaksa menyediakan makanan tersebut sebab makanan2 lain tidak disukai oleh Faqihah ketika bersahur. Minuman Faqihah ialah AIR Kosong sahaja.

BERBUKA. Cabaran sehingga kini terutama apabila semua makanan telah dihidangkan. Faqihah akan turut membantu umminya menghidang makanan. Kadang2 tolong memasak sekali. Kelam-kabut dapur dibuatnya. Cabaran apabila menunggu azan berkumandang. Jenuh mengawal Faqihah daripada 'merasa' makanan. Kerap diingatkan.

Faqihah akan mempastikan radio dibuka untuk mendengar azan menandakan waktu berbuka puasa. Radio dibuka dengan kuat. Terpaksa memintanya perlahankan bunyi radio.

Apabila azan berkumandang, TANPA disuruh Faqihah akan membaca doa dengan kuat. Kami semua sekadar menandah tangan sambil mengaminkan doanya. Setiap hari, Faqihah pasti akan memakan nasi dengan berlaukkan ikan goreng atau ayam goreng atau telur goreng sahaja.

Faqihah tidak makan lain2 jenis makanan (lauk/sayur). Kueh-mueh juga tidak disukai Faqihah. Kami terpaksa sediakan biskut2 bagi mengantikan kueh-muih. Minuman Faqihah pelbagai. Tiada masalah dari segi minuman. Dia tidak memilih.

Selesai makan, Faqihah akan mengucapkan 'Terima kasih Ummi' dalam bahasa Arab tanpa gagal. memasukkan pinggannya ke dalam singki.


Mendidik anak2 autisma berpuasa adalah merupakan suatu cabaran yang perlu dilaksanakan dengan penuh kesabaran. Anak2 autisma juga perlu dilatih berpuasa.

No comments:

Post a Comment