Monday, September 30, 2019

SEIC - Mengapai Puncak Putrajaya 3



Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Cabaran bermula

Setelah segalanya berjalan lancar. Selepas sehari selepas pertandingan peringkat negeri. Terdapat campurtangan dari pihak tertentu. Asalnya insan berkenaan hanya untuk melihat persembahan peserta untuk dibuat penambahbaikan. Malangnya skrip yang sedia ada telah diubah hampir 100% ... putaran 360 darjah dengan hasrat untuk menghasilkan persembahan yang lebih baik. Bukan itu sahaja, insan berkenaan telah mengambil-alih tugas jurulatih peserta merangkap guru pengiring pada hari berkenaan.

Aktiviti di atas turut disaksikan oleh ahli keluarga peserta. Peserta tertekan kerana tempoh pertandingan semakin dekat yang hanya tinggal beberapa hari sahaja termasuk cuti hujung minggu. Jurulatih juga tertekan untuk melatih peserta dengan pindaan yang dicadangkan. Ahli keluarga turut tertekan dan telah memberi tekanan pulak kepada guru pengiring. 

Jurulatih cuba membuat latihan mengikut cadangan insan berkenaan tapi peserta tidak mampu melaksanakannya. 

Luangan perasaan telah disampaikan kepada pihak pengurusan PPKI untuk mendapat pandangan. Tekanan terus diberikan oleh ahli keluarga kepada jurulatih kerana ahli keluarga mendapati peserta telah berada dalam emosi terganggu. Sampai ke peringkat fobia untuk meneruskan latihan. Pertandingan makin hampir. Dengan kuasa yang ada ditangan pihak pengurusan PPKI, cadangan penambahbaikan oleh insan berkenaan dibatalkan. Skrip sedia-ada akan digunakan untuk pertandingan.

Bersambung lagi ya...

Dah tua... tak mampu nak menulis panjang-panjang.

No comments:

Post a Comment