Saturday, October 26, 2019

Langkah Permainan Petanque

TUTORIAL LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM PERMAINAN PETANQUE


11 STEP DALAM PERMAINAN PETANQUE

Permainan ini menggunakan bola yang dibuat daripada campuran 
logam yang di sebut ‘boule’ dan sebiji bola kecil yang disebut sebagai 
‘jack’ yang di perbuat daripada kayu. Boules berukuran 7.05 hingga 
8.00 cm dan berat antara 650 hingga 800 gram. 


1. TARGET PERMAINAN
Melontar bola paling hampir dengan jack berbanding pasukan 
lawan.
2. KOMPOSISI PASUKAN.
Permainan petanque boleh dimaikan dengan 3 cara:

3  pemain melawan  3 pemain (triples),
setiap pemain menggunakan 2 boules.


2  pemain melawan  2 pemain (doubles),
setiap pemain menggunakan 3 boules.


1  pemain melawan  1 pemain (single),

                   setiap pemain menggunakan 3 boules.


3. PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN. 

Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk 
menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack 
berukuran 25-35 mm  (diameter). 
Sebagai contoh pemain pasukan biru menang lambungan syiling 
dan mereka 
akan memulakan permainan.
4. MEMULAKAN PERMAINAN
Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran 
(35 – 50 cm  ‘dimeter’) di dalam gelanggang. Pemain akan melontar 
jack dengan jarak 6 – 10 meter daripada bulatan itu. Semasa melontar 
jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan 
tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga  boules pemain 
menyentuh gelanggang.



5. LONTARAN BOLA PERTAMA

Pasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa 
dekat yang boleh. Pemain pertama daripada pasukan merah pula 
masuk kedalam bulatan untuk membuat lontaran boules kearah
jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan.

6. POINTING
Pemain melontar bola secara pointing   (samaada rolls, half lob,
high lob, dan lob penuh) mengikut skill untuk mendekatkan boules 
mereka dengan jack berbanding pihak lawan.

7. SHOOTING
Kaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada 
dekat jack supaya beredar jauh dari jack.

8. JIKA BERJAYA

Sekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan, 
pasukan biru pula akan membuat lontaran.


9. JIKA TIDAK BERJAYA

Pemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga 
kedudukan berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis 
bola untuk dimainkan, pasukan lawan pula mengambil tempat 
untuk mengutip seberapa bayak mata sehingga habis “end”.

10. PENENTUAN MATA

Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola 
pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan. 
(Paling kurang 1 mata dan maksimum 6 mata).
Sebagai contoh dalam gambarajah dibawah, pasukan 
biru mendapat 3 mata. Pasukan yang menang “end” tersebut 
akan melakar bulatan bagi memulakan permainan seterusnya.




11. AKHIR PERMAINAN (PEMENANG)


Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira 
pemenang.


SEKIAN DAN TERIMA KASIH
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
PETANQUE SUKAN UNTUK SEMUA

KREDIT UNTUK:
GEORGE AIMAN MILIN
019-8884070

Friday, October 25, 2019

Lawatan Penanda Aras daripada SK Seksyen 20 Shah Alam Selangor

Image may contain: one or more people

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 3 people, including Madihah Sabariah and Fazwani Apun, people smiling, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 12 people, including Madihah Sabariah, people smiling, people standing

Wednesday, October 23, 2019

Kejayaan masih Milik SKTDI

Image may contain: 1 person, smiling
Pertandingan 'Fashion Show' PPD Kinta Utara
Tempat ketiga (NASUHA - Pn Fadzilah)

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Pertandingan Sajak PPD Kinta Utara
Tempat ketiga (EIRWAN -  Cik Azizah))

Image may contain: 3 people, including Fatin Nadia, people standing
Pertandingan Pantun PPD Kinta Utara
Saguhati (NASUHA - Pn Fatin Nadia)

Thursday, October 17, 2019

Sayangi Sekolahku@3K

Penjurian Pengiktirafan Sayangi Sekolahku@3K peringkat kebangsaan
TAMAT di sini. Semoga beroleh KEJAYAAN.

Wednesday, October 16, 2019

PENCAPAIAN PPKI SKTDI TAHUN 2019


PENJURIAN PENGIKTIRAFAN PERTANDINGAN
SAYANGI SEKOLAHKU@3K
Peringkat Kebangsaan.

Program Pendidikan Inklusif  
Khairul Nazmi dan Najwa (Inklusif Penuh)

Olahraga PPD Kinta utara
100m syakir Penyertaan
200m Hamzah Penyertaan
Lontar peluru Aidid Penyertaan
50m sd - Amirun - gangsa
Larian cerebrum palsy - Nursyuara - perak

Pertandingan Bocce PPD Kinta Utara
Kategori Lelaki - Tempat ketiga

MTAQ PPD Kinta Utara
Naib johan hafazan - Najwa

Pertandingan Futsal PPKI Kinta Utara
Johan Kategori Sekolah Rendah
Anugerah Pemain Paling Bernilai

Pertandingan Bercerita SEIC
Peringkat Daerah - Johan - Najwa
Peringkat Negeri - Johan - Najwa
Peringkat Kebangsaan - Saguhati - Najwa

Perkhemahan Unit Uniform 
Daerah - Aidid, syakir,hamzah, Akif Mikail
Kebangsaan - Syakir/Hamzah

Pengiktirafan Pertandingan Sayangi Sekolahku@3K
Johan peringkat negeri Perak
3 Terbaik peringkat kebangsaan (Masih dalam penjurian)

Pertandingan Fashion Show PPD Kinta Utara - 21 Okt 2019 (Tempat ke-3)

Karnival Apreasasi Seni Bahasa - 22 Okt 2019
Sajak - Tempat Ketiga
Pantun - Saguhati

Aktiviti Luar Bilik Darjah
- Lawatan ke PATRO
- Pertandingan bowling di Aeon Kinta City
- Program Bulan Autisme SKTD
- Lawatan ke TLDM Lumut
- Lawatan Penanda Aras/  Jelajah Utara
- Lawatan ke Kolej Komuniti Sg Siput
- Program Aplikasi Fizikal di Kidzoona
- Kem Bestari Solat
- Minggu Pendidikan Khas SKTD
- Program Laman Lestari
- Program Mentor-Mentee

Program PPD/JPN
- Program Walk for Sindrom Down
- Program Walk for Special Need (MBR)
- Minggu Pendidikan Khas IPG IPOH : Tarian dan Nyanyian
- Program Bakeri & Pastri


Friday, October 11, 2019

Faqihah - Bayi 3

Faqihah semasa bayi amat mudah dijaga. 
Kerjanya tidur sahaja sepanjang hari. 
Tabiatnya suka guntil siku abah sebelum tidur. 
Faqihah tidur abahnya pun tumpang lena sekali. 
Senang umminya semasa Faqihah masih bayi kerana tidak banyak kerenah.

Thursday, October 10, 2019

Faqihah - Bayi 2

Faqihah dilahir secara normal. 
Suatu yang terasa kelainannya ialah Faqihah tidak menangis semasa dilahirkan. 
Kenapa? 
Faqihah dilahirkan keluar bersama karungnya. 
Doktor terpaksa membelah karung tersebut. 
Apabila karung telah terbelah, barulah kedengaran suara Faqihah menangis.


Wednesday, October 9, 2019

Ulangtahun KAA ke-10 : Faqihah Bayi 1

Kelab Anak Autisme dah genap sedekad (10 tahun) berada dialam maya berkongsi pengalaman mendidik anak autisme. 
Kewujudan FB ini atas kesedaran sukar untuk pak yoep berkongsi ilmu & pengalaman dengan ibubapa yang ada anak autisme. 
Kini anak pak yoep, Faqihah, sudah remaja. Umur dah18 tahun. Masih bersekolah.
Sempena ulangtahun sedekat FB Kelab Anak Autisme dengan sokongan melebihi 17308 pengikut, pak yoep ingin mengimbau kembali perjalanan hidup Faqihah sebagai anak autisme.

Kisahnya bermula

Faqihah telah dilahirkan pada 17 Nov 2001 jam 12.58 pm di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh diberi nama Noor Faqihah Izzah Iwani.

# ulangtahunkelabanakautismeke10

Tuesday, October 8, 2019

Pak Yoep vs Paid Review


Pak Yoep rasa nak jadi penulis blog yang luar biasa. Bukan sekadar menulis blog tapi boleh menghasilkan pendapatan.

Paid Review

Anda biasa tengokkan di Instagram, ada orang offer paid review untuk produk atau servis orang lain. Okay konsep yang sama juga anda boleh gunakan untuk blog. Anda boleh buka servis paid review di blog anda dengan bayaran yang sesuai. Semakin blog anda terkenal dan ramai pelawat, semakin tinggi bayaran yang anda boleh minta. Biasanya RM25 dan ke atas untuk 1 review.
Antara blogger yang menjalankan paid review adalah Irene Nadia, boleh rujuk post beliau DISINI (untuk dapatkan idea macam mana paid review berjalan).
Okay setakat itu sahaja perkongsian untuk buat duit dari blog. Sebenarnya banyak lagi cuma kalau saya kongsikan semua kat sini, mesti lagi panjang. Hehe.
Semoga perkongsian saya berkaitan cara membuat blog, menggunakan blogging platform WordPress ini mendapat manfaat dan seterusnya anda terus sukses dengan blog anda! Terima kasih.

Monday, October 7, 2019

SEIC - Mengapai Puncak Putrajaya 6

24. 9. 2019 Nak sambung lagi cerita pasal SEIC.

Sampai je dilokasi tempat penginapan di SKPK Selangor. Guru pengiring minta nak tengok tempat pertandingan Hotel Marriot Putrajaya.

Pak Yoep serba-salah. Pergi atau tidak?

Nak pergi... Tubuh badan terasa letih sangat. Perjalanan memakan masa hampir 5 jam. Tanpa tukar pemandu.

Tak pergi... Kesian pulak. Guru pengiring amat bersemangat. Terjejas moral pulak nanti.

Moral guru pengiring terjejas bakal mempengaruhi moral peserta juga.

Keputusan diambil.

Teruskan perjalanan ke Hotel Marriot Putrajaya.

Tengok google map hanya 35 minit sahaja.

Rupa-rupanya perjalanan memakan masa 1 jam 15 minit. Bercampur dengan kesesakan jalanraya.

Selesai tugasan tinjauan tempat pertandingan jam 10.30 malam.

Nak balik jauh.

Nak cari hotel... mahal-mahal tambahan dah malam. Terpaksa cari dua bilik pulak kerana berlainan jantina.

Ke mana pulak kami nak bermalam ini?

Sunday, October 6, 2019

Kak Long BELAJAR di UM



SPM kak long dapat 8A1B. Subjek gred B adalah KIMIA. Dah buat rayuan. Keputusan kekal macam tu. Tak pasti kenapa. Dah tiada rezeki kak long untuk dapat 10A. Dalam percubaan kak long dah dapat 10A. Mengejutkan jugak.

Selepas SPM dapat tawaran melanjutkan pelajaran di UTP. Hampir dua bulan belajar di sana. Dalam masa yang sama terima pulak tawaran masuk UM. Hasil perbincangan anak-beranak, kak long tamatkan pengajian di UTP. Hanya sempat satu semester sahaja.

Dalam penilaian pelbagai aspek terutama dari segi ranking UM dan kos pengajian ditanggung kerajaan, kami sekeluarga bertekad tamatkan pengajian di UTM dan teruskan pengajian di UM.

Kos pengajian di UTP peringkat asasi - mencecah RM16,000.00
Kos pengajian di UTP peringkat ijazah - mencecah RM80,000.00

Kak long sambung pengajian di UM...Asasi Sains. Dah tamat pun pengajian. Lulus dengan cemerlang dapat CGPA 4.0.

Kak long sambung ke peringkat ijazah sarjana muda. Bidang perubatan... Tak Nak. Bidang kejuruteraan.... Tak Nak. Keputusan terserah kepada kak long. Kak long yang nak belajar.

Dah lapor diri di UM. Tinggal di kolej ke-8. Nampak kak long gembira di sana.

Kak long ambil bidang apa ya?

Saturday, October 5, 2019

Faqihah LARI dari rumah

18. 3. 2019 Cabaran TERBESAR kami dalam mendidik anak autisme remaja. 
Faqihah LARI dari rumah. Mujur umminya sedar awal akan ketiadaannya. 
Walaubagaimanapun, terpaksa umminya guna kenderaan mencarinya. 
Dah berjalan jauh dari kawasan perumahan dengan berjalan kaki sehelai sepingang. 
Abah tiada di rumah. 
Punca lari akibat dimarahi umminya. 
Umminya jarang memarahi Faqihah. 
Malah amat rapat dengan umminya. 
Sebaliknya abah sentiasa tegas dengan Faqihah. 
Mungkin Faqihah terasa sangat. Merasai umminya dah tidak sayangkannya. 
Bermula saat ini, kami perlu berhati-hati dalam menjaga hati Faqihah agar tidak mengulangi perkara yang sama. 
Didikan anak autisme remaja, tidak sama dengan cara mendidik mereka di zaman kanak-kanak. 
Ummi dan Abah Sayang Faqihah...
# Faqihah - 17 tahun 3 bulan.
# Masih bersekolah di kelas pendidikan khas.
# Autisme + Hiperaktif

Friday, October 4, 2019

Naik Taraf Blog Pak Yoep

Rancang untuk menaiktaraf blog Pak Yoep dengan membeli Domain dan Hosting. Bagaimana cara ? Pak Yoep pun belum pasti. Harap panduan dibawah akan memudahkan pak yoep untuk membuat pembelian. Walaubagaimanapun ada yang selesa menggunakan BLOGSPOT aje. Mohon sesiapa yang yang AKTIF dalam blog boleh beri cadangan.

Beli Domain dan Hosting

Bahagian ini memerlukan anda mengeluarkan sedikit belanja untuk membeli domain dan juga hosting.
Jumlah bayaran yang diperlukan adalh bergantung dengan syarikat @ penjual yang anda pilih.
Apa syarikat hosting yang perlu saya pilih?
Ada banyak pilihan yang boleh anda buat.
Bagi saya, jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog terdapat 3 perkara yang perlu dititik beratkan:
  • Sokongan & bantuan teknikal – Anda perlu banyak sokongan jika baru sahaja bermula. Agar tak buntu bila ada masalah.
  • Kos murah & berpatutan – Bersesuaian dengan kemampuan anda.
  • Laju & kurang downtime – Untuk SEO dan juga kelancaran anda membuat blog.
Ketika ini saya menggunakan servis (domain dan hosting) daripada 2 syarikat berikut:
www.namecheap.com adalah pilihan utama yang terbaik jika anda baru sahaja bermula dalam dunia blog.
Laju, jarang ada downtime dan harga murah.
Anda boleh dapat domain dan hosting (pakej stellar) dengan harga RM105 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM160 untuk tahun tahun berikutnya.
Tapi, sebab utama saya sarankan namecheap kerana khidmat sokongan dan bantuan mereka yang sangat baik dan cepat.
Bila anda berhadapan dengan masalah, anda hanya perlu hubungi mereka melalui aplikasi ‘Livechat’ pada laman web mereka (yang mana beroperasi setiap masa @ 24/7!).
Saya boleh jamin mereka akan layan anda dengan baik.
Selain itu namecheap juga akan berikan anda whois data protection percuma. Ini akan merahsiakan data peribadi anda sebagai pemilik laman web @ domain.
www.siteground.com setakat ini merupakan syarikat terbaik yang pernah saya gunakan.
Sangat laju (tersenarai dalam senarai top-10), hampir tidak ada downtime (uptime 99.99%) dan khidmat sokongan yang baik.
Harganya mungkin agak mahal berbanding dengan namecheap.
Untuk domain dan hosting, pakej termurah kira-kira RM267 untuk tahun pertama (diskaun) dan RM672 untuk tahun-tahun seterusnya.
Jika anda mempunyai bajet lebih atau mungkin anda buat laman web untuk syarikat, jangan fikir panjang – terus ambil servis dengan siteground. 👍
NOTA: Saya pernah guna servis dari ShiftServer (syarikat tempatan) sebagai alternatif kerana harga agak murah. Saya TIDAK sarankan anda ambil khidmat dengan mereka. Saya pernah alami pengalaman buruk dengan mereka. Jika anda sekarang sedang bersama Shiftserver segera usahakan untuk pindahkan domain dan juga hosting anda. Ini serius.
(Saya kehilangan 2 laman web ketika bersama dengan shiftserver)

Panduan membeli domain dan pakej hosting

Sebelum membeli domain + hosting dari mana-mana syarikat periksa dahulu sama ada terdapat sebarang promosi atau tidak.
Ini untuk mendapatkan seberapa banyak diskaun yang boleh.
Promosi tersebut selalunya dipaparkan dalam laman web mereka.
Jika anda memilih untuk menggunakan servis Namecheap ada boleh gunakan panduan berikut.
(Syarikat lain juga lebih kurang sama jalannya)
Cara Beli Domain + Hosting di Namecheap
Lawati ke laman rasmi namecheap: www.namecheap.com.
Pada bahagian menu klik: Hosting > Shared Hosting.