Thursday, November 9, 2017

Tention

Terkeluar daripada mulut isteri pak yoep.

Bukan makanan tapi perkataan.

Luahan perasaan yang terasa amat tertekan melaksanakan tugas di tempat kerjanya.

Banyak kerja yang perlu dilakukannya.

Yang perlu disiapkan dengan kadar segera.

Terbeban bukan apa.

Semua tugasan diserahkan sepenuhnya kepada beliau.

Tanpa bantuan dan sokongan daripada pegawai atasannya.

Beliau sorang. Pegawai-pegawainya berjumlah 10 orang memberi tugasan kepadanya.

Bagaimana tidak terbeban.

Banyak kerja terpaksa memikirkannya.

Pegawai-pegawainya arahkan sahaja.

Jabatannya memang banyak kerja.

Projek-projek bertimbun.

Tambahan dihujung tahun. Peruntukan kewangan perlu dihabiskan.

Terkeluar daripada mulutnya hendak bertukar ke jabatan lain.

Pak Yoep beri sokongan sahaja.

Waktu malam dikorbankan.

Waktu cuti hujung minggu dikorbankan.

Kesian... Kesian....

Apa yang mampu dibuat.

Kadang-kadang berada di sisinya.

Semasa beliau membuat kerja.

Moga isteri pak yoep terus diberikan kekuatan.

Ameen.




No comments:

Post a Comment