Tuesday, November 14, 2017

Faqihah & Kerja Rumah

Faqihah masih konsisten melakukan kerja-kerja rumah.

Dapat membantu abah dan terutama umminya yang sentiasa sibuk dengan tugasan seharian.

Tugasan utama kerja rumah dilakukanya ialah:

Pakaian - jemur, angkat dan lipat
Pinggan-mangkuk - basuh dan kemaskan
Air minuman - memasak, memasukkan ke dalam bekas dan peti ais. 
Memasak nasi - makan malam

Mulai semalam, umminya dah minta Faqihah mengosok pakaian seragam sekolah sendiri.

Berjaya melaksanakan tugasan tersebut dengan baik.

Untuk ibubapa kepada anak-anak autisme, mereka juga mampu mendidik anak autisme seperti yang dapat dilakukan oleh Faqihah.

Walaupun tidak mampu berjaya dalam bidang akademik, anak-anak autisme ini mampu membuat kerja-kerja rumah dengan baik. 

Dapat meringankan beban ibubapa melaksanakan tugasan rumahtangga.

Melatih mereka berdikari sejak daripada kecil dan remaja.

Untuk mencapai ke tahap ini, bukan mudah seperti yang disangka.

Perlu ilmu

Perlu pengorbanan.

Perlu kesabaran.

Perlu ada semangat tidak putus asa.

Perlu yakin dengan Allah Yang Maha Esa.

Perlu yakin Allah pilih kita mempunyai anak autisme kerana kita adalah yang terbaik dan mampu melakukannya dengan terbaik untuk mendidik anak-anak autisme ini.

In Shaa Allah.





No comments:

Post a Comment