Tuesday, November 21, 2017

Autisme memang luar biasa

Seorang murid autisme lelaki saya sebelum tahun 2016 belajar di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Bembelajaran (PKIBP)selama 3 tahun.

Semasa di kelas PKIBP dia menunjukkan kebolehan yg sangat luar biasa dalam akademik terutamanya subjek Matematik & Bahasa Inggeris. Kami guru2 tak ajar pun tajuk2 dalam Matematik & BI silibus tahun 1..2 & 3 tetapi dia boleh jawab kertas peperiksaan tahun 1..2..3 dengan baik..malah lebih baik daripada murid normal tahun 1..2..3 tu.

Menyedari keistimewaan & kebolehan murid autisme itu saya & seorang kawan berjumpa dengan GPKPK GPK1 & GB pada akhir tahun 2015 memohon supaya murid ini diinsklusifkan sepenuh masa di tahun 4 arus perdana pada thn 2016.

Seminggu murid ini berada sepenuh masa di tahun 4 arus perdana pd 2016...GB telah buat perjumpaan khas pasal murid ini.

Wahh bukan main lagi guru Matematik yg mengajar kelas berkenaan menghentam murid ini..kata bermasalah tingkah laku tak boleh ikut arahan guru tak boleh ikut PnP dan macam2 lagi alasan bagi menolak murid ini dari berada & belajar di arus perdana. GB..GPK1..& GPKPK pun sama memberi bermacam2 teori & alasan bagi menolak murid ini.😭😭😭


Saya keseorangan bangun menjawab segala macam alasan yg mereka berikan.

"Murid ini baru seminggu berada di alam.yg baru & asing bagi dia....sedangkan murid normal yg dah bertahun2 belajar di arus perdana juga mempunyai masalah tingkah laku yg kadang2 lagi teruk. Saya mohon pada cikgu berilah peluang kepada dia..sekurang2nya untuk tempoh masa 2 tahun..kalau dia tak boleh ikuti PnP di arus perdana saya redo cikgu2 menolak keberadaan dia di arus perdana...pulangkan dia kembali ke PKIBP. Tolong lah cikgu2 jgn bunuh masa depan dia yg ada potensi untuk berjaya."

Mereka dengan penuh berat hati terpaksa menerima kehadiran insan yg tidak diingini itu😭.

7 bulan pertama murid itu berada di tahun 4...sebagai kanak2 autisme murid itu memang mempunyai masalah tingkah laku yg kadang2 diluar jangkaan..namun berkat bimbingan & tunjuk ajar Guru Pembimbing masalah tingkah laku itu boleh dikawal di atasi.

Tahun 2017 murid ini berada di tahun 5...masalah tingkah laku kanak2 autisme telah 95% berjaya di atasi..murid ini tidak lagi memerlukan Guru Pembimbing kerana dia boleh berdikari...cuma murid terpaksa berhadapan pula dengan masalah tingkah laku rakan2 sekelasnya yg suka mengusik membuli dia. Murid ini tidak pernah menimbulkan masalah disiplin tidak pernah mengacau mengusik kawan2 dia. Dia yg dikacau diusik maka menangis lah dia.

Hari ini dia di tahun 5.. lihat pencapaian akademik dia sangat2 membanggakan kami guru2 PKIBP yg pernah mengajar dia. Semoga dia beroleh 6A dalam UPSR pada tahun 2018
#TAKSIA2USAHAKU😍😍😍
******

Artikel ini dikongsi oleh Cikgu Ros Dahlia Amri. Saya hanya panjangkan kat sini dengan izin. 
*CIKGU MOHD FADHLI SALLEH

No comments:

Post a Comment