Sunday, November 12, 2017

Kerja...kerja...kerja

Isteri pak yoep ...Kerja-kerja-kerja

11 dan 12. 11. 2017

Bermula jam 10 pagi hingga 10 malam

Untuk tugasan menyiapkan XXXXX

Nak tahu apa dia?

Nanti pak yoep bagitau kemudian.

Tinggalah pak yoep menguruskan rumahtangga.

Dahlah tugasan pejabat sedia ada bertimbun.

Ditambah pulak dengan tugasan yang baru ini.

Tugasan yang tidak setimpal dengan ganjaran yang bakal diperolehi.

Bukan isteri pak yoep tapi jabatannya.

Nak tahu apa hadiahnya?

Sabar....

Tugasannya memanglah dibawah tugasan jabatannya.

Tapi unit yang berlainan.

Tiada bantuan daripada unit-unit yang lain.

Terbeban dengan tugasan tersebut.

Yang dilaksanakan oleh 3 orang sahaja.

Banyak kerja yang perlu dilakukan.

Untuk kekalkan pencapaian pada tahun lepas.

Tugasan apa yek?

Tugasannya ialah menyiapkan TANDAS untuk pertandingan pada Isnin ini 13. 11. 2017.

Pencapaian tahun lepas menjadi JOHAN diperingkat kebangsaan.

Persiapan yang sedang dilakukan untuk pertandingan peringkat jabatan.

Hadiahnya hanya RM 150.00

Modalnya mencecah RM 2000.00

Menyiapkanya... tak tahu nak cakap.

Kesian isteri pak yoep.



1 comment:

  1. Berbaloi jugak - Berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan tandas tercantik peringkat jabatan. Mengalahkan juara bertahan.

    ReplyDelete