Monday, November 27, 2017

Lumpuh selepas lahirkan anak

MOHD Zaki Ismail, bersama anak-anaknya termasuk Nur Fathia Izara, empat bulan, melihat keadaan isterinya, Meriam Zakaria, yang lumpuh dan perlu dibantu sepenuhnya di Kampung Felcra Bukit Tandak. - Foto Syaherah Mustafa

Lumpuh selepas lahirkan anak



RANTAU PANJANG: Siapa sangka, kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dia lumpuh sejak empat bulan lalu, selepas 18 hari berpantang.
Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.
Suaminya, Mohd Zaki Ismail, 37, berkata keadaan isterinya menjadi teruk selepas melahirkan anak bongsu, Nur Fathia Izara, yang kini berusia empat bulan, apabila mengalami muntah yang kerap manakala kedua-dua tangannya menjadi lemah dan tidak bermaya.
Beliau berkata, dia kemudiannya membawa isteri ke hospital namun, selepas itu isterinya tidak sedarkan diri dan lumpuh seluruh badan.
Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati oksigen tidak sampai ke bahagian kepala menyebabkan dia tidak dapat bercakap.
"Sebelum ini, selepas melahirkan anak kami yang ketiga, isteri saya kerap kali diserang penyakit ini yang menyebabkan tangannya menjadi lemah dan kaku namun, selepas mendapat rawatan dalam beberapa hari dia akan kembali pulih.
"Saya tidak sangka kali ini, keadaannya menjadi teruk sehingga hanya terlantar tanpa mampu membuat apa-apa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Felcra Bukit Tandak, di sini.
Mohd Zaki bekerja sendiri di bengkel kimpalan di Lubok Stol, di sini dan dia mengakui pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan isteri dan empat anaknya.
Beliau berkata, isterinya memerlukan lampin pakai buang dan susu khas, membabitkan perbelanjaan kira-kira RM600 sebulan, tidak termasuk perbelanjaan anak.
"Saya perlu menguruskan isteri saya sepenuhnya termasuk pakaian serta memberinya susu khas menggunakan wayar melalui hidung.
"Isteri saya juga perlu katil khas memandangkan keadaannya yang tidak boleh bergerak. Sekarang ini kami meminjam katil daripada saudara dan perlu memulangkannya," katanya.
Mohd Zaki berkata, dia dan keluarga menumpang di rumah kakak yang membantu menguruskan isteri dan anak-anak yang berusia empat hingga 11 tahun

No comments:

Post a Comment