Saturday, June 13, 2015

Tajuk blog baru pak yoep


Berkuatkuasa 13 Jun 2015, tajuk blog pak yoep ditukar DUNIA AUTISM PAK YOEP kepada BLOG PAK YOEP. Hampir 6 tahun pak yoep telah wujudkan laman blog ini yang bertujuan untuk memberi maklumat mengenai autisma.

Pelbagai maklumat telah pak yoep postkan berkaitan autisma yang serba sedikit boleh membantu keluarga yang mempunyai anak autisma untuk memberi didikan terbaik kepada anak autisma mereka. Pengalaman kami yang tiada maklumat terkumpul telah memberi kesukaran kepada kami mendidik anak autisma kami. 

Disamping blog, pak yoep juga telah wujudkan laman FB - KELAB ANAK AUTISME untuk kemudahan ibubapa yang mempunyai anak autisma. Laman FB ini akan membolehkan ibubapa yang mempunyai anak autisma berinteraksi secara terus dengan pak yoep dan ibubapa yang mempunyai anak autisma dalam laman tersebut. Jumlah yang like dah menjangkau 7000 orang. Boleh diakses terus melalui laman blog ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung laman blog pak yoep ini. Skop penulisan blog pak yoep selepas ini akan dibuat secara umum walaubagaimanapun keutamaan masih berkaitan dengan autisma.

No comments:

Post a Comment