Tuesday, October 7, 2014

Teknik Modifikasi Tingkah Laku - Token


            Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif murid-murid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya.
Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Antara item-item yang disyorkan sebagai token ekonomi ialah:-
-       Bintang
-       Smiley
-       Setem
-       Pelekat dan sebagainya
Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau carta. Sistem ekonomi token ini berkesan atas dua sebab. Pertama, ia tidak menekankan unsur persaingan dengan murid-murid lain. Kedua, menu ganjaran merupakan ransangan yang menarik dan dikejar-kejar oleh muid secara individu. Jadual 2 di bawah menunjukkan respons untuk memperoleh tokens dan contoh menu ganjaran untuk menebus nilai tokens dalam membentuk tingkah laku pembelajaran:

Jadual 2: Respons untuk memperoleh tokens
Respons untuk memperoleh tokens
Respons
Kriteria
Bil. tokens
Membaca
1 jam
1
Membaca
1 ½ jam
2
Mengarang
100 perkataan
1
Mengarang
150 perkataan
3
Tugasan
1
2
Tugasan
2
4

Contoh menu ganjaran:
Ganjaran
Masa
Bil. token
Masa lapang
10 minit
20
Menonton television
30 minit
45
Membaca buku cerita
5 minit
15
Mendengar CD
10 minit
20
Kedudukan pertama dalam barisan ke kantin
2 hari
35


Implikasi Modifikasi Tingkah Laku Terhadap P&P
            Guru perlu kreatif dalam melaksanakan strategi dan menggunakan kaedah yang berkesan utuk meransang murid-murid supaya mereka berminat dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan menggunakan strategi pengurusan yang baik, maka ia akan membantu dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, modifikasi tingkah laku terhadap proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan tingkah laku pembelajaran yang diingini oleh guru di dalam bilik darjah. Pemberian ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku murid berkenaan adalah lebih efektif jika berbanding dengan mengenakan hukuman atau dendaan ke atas murid berkenaan kerana tingkah laku yang tidak diingini. Dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku positifnya, ini akan memotivasikan mereka secara instrintik dan mengukuhkan lagi tingkah laku positif tersebut.
Dengan implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia akan dapat meningkatkan pencapaian akademik, kompetensi sosial dan iklim sekolah yang kondusif. Murid-murid bermasalah turut dapat seiringan dengan murid lain. Selain itu, ia dapat membantu murid-murid mengubah tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, ia akan menolong menukar persekitaran sekolah dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada positif. Implikasi modifikasi tingkah laku ini juga dapat meningkatkan penglibatan dan peningkatan intrinsik murid-murid di dalam aktiviti kelas.
Misalnya, guru memuji murid berkenaan apabila dia berjaya menyiapkan soalannya dalam masa yang diberikan. Dengan itu, murid berkenaan berasa sendiri dihargai oleh guru dan ini akan memotivasikan intrinsik untuk menyiapkan soalan yang seterusnya supaya mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara tidak langsung, ini akan menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan murid serta memupuk hubungan yang baik berasakan kerjasama.
Di sini, guru-guru boleh mendapati bahawa kebanyakan murid mahu disukai dan merasa seronok apabila gurunya menyedari tingkah laku positif mereka. Guru boleh berbincang dengan murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak diingininya dan sebab akibat atau kesan daripadanya. Dengan itu, murid berkenaan akan fahami apakah yang menyebabkan gurunya suka tentang dirinya sekiranya dia berbuat demikian. Oleh yang demikian, lebih baik guru memberikan ganjaran sebaik sahaja mereka menunjukkan tingkah laku yang baik supaya mereka dapat bermotivasi secara intrinsik untuk mengukuhkan lagi tingkah laku positif itu. Dengan sedemikian, wujudlah suasana bilik darjah yang positif dan menggalakkan.

No comments:

Post a Comment