Tuesday, September 16, 2014

Rangsangan awal perkembangan motor kanak-kanak autisma


Kanak-kanak autisma berbeza dengan kanak-kanak biasa dalam aspek tindakbalas terhadap rangsangan-rangsangan tertentu. Mereka tidak dapat bertindakbalas terhadap rangsangan deria-deria dan tidak dapat inteprestasi sesuatu yang diterima melalui persekitaran. Ini merupakan faktor yang menyebabkan terbantutnya perkembangan mereka kerana asas peneriman mereka amat lemah. 

Jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa, mereka mempunyai deria-deria tertentu yang akan digunakan untuk menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Melalui deria-deri ini mereka akan bertindakbalas tehadap rangsangan-rangsangan dan dapat mempelajari mengambil makanan, mencium, menyentuh, melihat dan sebagainya.

Maka, kanak-kanak autisma ini perlu dilatih untuk menggunakan saluran-saluran deria dengan berkesan. Peranan ibubapa penting dalam menyalurkan ransangan-rangsangan tersebut.

Diantara rangsangan utama yang perlu dilatih ialah:

1. Rancangan pandangan.
2. Ransangan pendengaran.
3. Ransangan kinestetik dan sentuhan.
4. Ransangan kepada rasa dan bau.

No comments:

Post a Comment