KES
Amin
yang berusia 31/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan
bahasa.Menurut ibunya, Amin dilahirkan
dalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya
12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dan tidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak
pekak:tidak menghiraukan atau seolah-olah
tidak mendengar percakapan orang lain.Hampir
setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-bendaseperti tali, tudung-tudung botol dan ketul-ketul batu. Dia leka denganpermainannya sehingga
berjam-jam lamanya.
Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai atau dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya
mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubungan mesra dengan anaknya. Apabila lapar,
dia sendiri akan mengambil makanan didapur atau
menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya
terpaksa menyuapkan makanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu
melakukan aktiviti-aktiviti harian sepertimakan,
minum dan bersalin pakaian. Dia
pergi sendiri ketandas untukmembuang air kecil dan tidak lagi kencing malam.Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkankebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan
alat permainan lego tidak pula mampu menggunakanbahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan suaminyajarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosialkerana
malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian
orang lain.Amin pernah dimasukkan ketadika
untuk memberinya peluang bergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan,
guru tadika menyatakanbahawa pihaknya tidak sanggup menerima Amin lagi kerana
sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidak boleh berinteraki dengan kanak-kanak
lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima ataumenumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluar
dari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja
yang disukainya dan guru kelaskerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan
keselematannya.
Kes
ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciri
austisma. Kes -kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai
perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. Ini ada
kaitannya dengan faktor baka ,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi
perkembangan seorang anak yang
autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak
-kanak autisma menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini :
1. Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti
kanak -kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya
terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang
bertanya " sudah makan ? " , dia menjawab " sudah makan ".
Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ".
Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan
bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga
" , "tak mahu minum "dan
sebagainya.
2. Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi
secara spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri.
Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka
dibelai , dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak
mendapat gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.
3. Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak
-kanak autisma biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan
sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil
, dialihkan atau hilang.
4. Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik
akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk
-nepuk tangan , menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar
benda seperti tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk
plastik serta mengumpul batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya .
Kebanyakan
kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial
yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati
hampir 30 peratus kanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal.
Ibu bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi
lagi , anak mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian.
Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi
ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak
-anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut
-ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik
jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati
normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang
usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakapseperti kanak -kanak lain
tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.
Adakah
autisma sering berlaku ?
KES
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikatakanmenunjukkan ciri-ciri autisma teklah dibawa kelinik saya.Tetapi, saya dapati dia boleh menumpukan perhatian dan mengikutarahan saya. Perkembangan bahasanya terbantut dan dia hanya bolehbercakap sepatah dua sahaja. Tetapi, dia faham jika disuruh menunjukkan gambar burung , ayam, kapal terbang, kereta dan
sebagainya. Tingkah lakunya dirumah, ditadika dan diklinikberbeza. Adalakanya, dia suka bermain seorang diri sehingga berjam-jam lamanya. Dia
tidak tahu bergaul dengan kanak-kanak lain.
Bilangan
sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati kerana
kadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma
berbeza di kalangan para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan
terdapat empat orang kanak -kanak autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak.
Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak -kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian
, tidak boleh bergaul langsung dengan kanak -kanak lain , menunjukkan tingkah
laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa.
Tetapi
, ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang
disebutkan ini. Kes berikut menyokong pendapat ini.
Dari
pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma
tetapi tidak sepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal
pasti supaya program pemulihan dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas ,
mereka boleh menunjukkan perubahan tingkah laku yang diharap -harapkan. Yang
anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat di kalangan kanak -kanak lelaki.
Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang pernah saya temui , hanya empat orang
sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak -kanak
dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada
yang menyatakan bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga
-keluarga profesional.
Persatuan
Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistik
yang berdaftar. Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak
diketengahkan untuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional
sendiri kebanyakannya kurang berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat
meluangkan masa untuk menilai kanak -kanak autistik ini. Kanak -kanak ini mungkin
dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya.
Apakah
puncanya ?
Autisma
adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapat
mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak ,
kanak -kanak yang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka
phenylketonuria , sindrom Fragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang
mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan ( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam
otak dikatakan menunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan
fizikal sering tidak menghasilkan apa -apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.
Kanak
-kanak autisma dan keluarganya.
Cara
mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga
yang lain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan
diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi
, jika dia sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang
degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan
bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajari cara -cara untuk
mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti ini memerlukan
banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusan
meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.
Peluang
untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan
perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah , nersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin
sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak
di luar kawalan.
Kanak
-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluan
mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta
terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan
ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya , mereka sukar mendapat
bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang
memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap
adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga . Kelatihan mental boleh menggugat
kesihatan mereka.
Adik
-beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalah
emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah. Mereka
juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering
tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan
ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang
mungkin memberi komen -komen yang tidak membina dan menyinggungperasaan keluarga
ini.
Ketegangan
mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jaln
untuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan
rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan
pasangan yamg mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik,
pekak dan sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan
saya , rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi
segala -galanya dan masalah -masalah
yang dihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.
Cara
mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan
kanak -kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga
yang lain. Kanak -kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang
tertentu. Saya pernah bertemu kanak -kanak autistik yang berbakat dalam bidang
muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer
atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanak autistik perlu merangkumi
aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnya yang teliti
serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dan kekuatan
-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.
Ibu
bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistik
mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik
dan mengasuh anak itu.
Bolehkah
kanak -kanak autistik pulih ?
Kebanyakan
kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun
setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak
sesuai memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka
boleh dilatih untuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran
tertentu seperti mekanik kereta,
pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehan
yang mereka miliki. Ramai juga
kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan mereka akan memerlukan
latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka.
Untuk
membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal
pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh,
membolehkan mereka mencapai kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dengan
orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknik
pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku
(behaviour midification techique).
Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkan
nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak
austisma supaya mereka sendiri dapat
menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah. Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif
latihan dan rawatan untuk anak mereka. Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat
tertentu untuk merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawat sebahagian
besar kanak-kanak autistik.
Persatuan
kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkan pendidikan
khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah
komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak sesuai. Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan.
Matlamat kelas-kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak
autistik serta melatih mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai
kemahiran hidup yang mungkin berguna apabila
dewasa.
Dalam
usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk
terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlu mendapatkan peluang untuk
berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah yang dihadapi.
Di
negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk
membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman
sesama mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa
yang dialami. Sekali-sekala, ibu
bapa kanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada
anak autistik mereka. Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya
mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga.
Perkhidmatan
seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanak autistik
secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-negara
maju untuk membantu keluarga yang terlibat.
Sumber: http://www.hamidarshat.com
No comments:
Post a Comment