Friday, February 28, 2014

Program Inklusif - Autisma


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INKLUSIF

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF?

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.

2.0 PENCALONAN

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

*Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana
*Bersosialisasi
*Menduduki peperiksaan awam.

3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

Berkaitan dengan “pendemokrasian” pendidikan dan konsep keadilan kepada:
i. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan.
ii. Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak.
iii. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi.
iv. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/“childcentered”.

4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan.
II. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
III. Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal.
IV. Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal.
V. Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.
VI. Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

Thursday, February 27, 2014

Semakan keputusan SPM 2014


Semakan Online Keputusan SPM 2013 | admin juga sediakan cara buat semakan Melalui SMS . Tarikh semak Keputusan SPM 2013 akan diumumkan kemudian berkemungkinan pada 21 March 2014 . Para pelajar dan Ibu bapa di sarankan agar sentiasa dari masa ke semasa mengikuti laman ini untuk mendapatkan maklumat terkini dengan tepat.

Semakan Online Keputusan SPM 2013

Cara Semakan Keputusan SPM 2013 melalui Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah perkhidmatan percuma diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada ibu bapa / penjaga untuk menyemak dan memudahkan untuk mengetahui keputusan peperiksaan secara online.Dibawah cara-cara:

1) Semakan secara online :

2) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak
3) Pilih Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
4) klik butang Semak Laporan.
Cara Semakan Keputusan SPM 2013 melalui sms

Semakan Online Keputusan SPM 2013

Anda jugak boleh semakan keputusan SPM 2013 melalui mySMS 15888. Langkah-langkahnya :

- Semakan SMS: Taip SPM [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888

- Contoh: SPM 950909125151 BC001A040 hantar ke 15888


ANDA DISARANKAN AGAR MENUNGGU TARIKH SEBENAR YANG DIKELUARKAN OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. ADMIN AKAN UPDATE BILA TARIKH SEBENAR KEPUTUSAN SPM 2013 AKAN DIKELUARKAN. TERUSKAN BERSAMA .

Kepada mereka yang berjaya diucapkan tahniah! .Pada mereka yang sebaliknya teruskan usaha ,hidup mesti diteruskan!. Sebenarnya tiada orang yang gagal kecuali orang yang berputus asa! Teruskan Usaha dengan sabar dan dirikanlah sembahyang!

Wednesday, February 26, 2014

PMR 2014 kekal?


Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kekal menggunakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun ini atau kembali kepada format peperiksaan pusat, akan diumumkan bulan depan. 

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata ketika ini kajian terperinci mengenainya sedang dilaksanakan. 


“Keputusan mengenainya akan diketahui dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah ‘Ulul Albab Dalam Pembangunan Pendidikan Negara’ di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam. 

Pada 11 Februari lalu, Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula PBS. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, keputusan itu bagi menangani segala permasalahan yang dibangkitkan guru berkaitan PBS. 

Kajian semula itu menimbulkan persoalan sama ada PMR tahun ini menggunakan sistem PBS atau peperiksaan pusat. 

Idris berkata, kajian semula secara menyeluruh PBS akan mengurangkan bebanan guru. 
Katanya, konsep PBS sangat baik, namun yang menimbulkan masalah adalah pelaksanaannya. 

“Kita memberi jaminan kajian semula dapat menyelesaikan masalah dihadapi guru,” katanya. 

Dalam pada itu, Idris berkata Kementerian Pendidikan akan memperluaskan pelaksanaan program Ulul Albab, sekurang-kurangnya satu sekolah harian di setiap negeri, mulai tahun depan. 

“Ketika ini, tiga sekolah melaksanakannya. Sepuluh lagi akan dipilih selewat-lewatnya tahun depan,” katanya.


Sumber - Bharian

Tuesday, February 25, 2014

Catuan Air di Selangor - mulai 15 Feb 2014


Status Terkini Gangguan Bekalan Air Di Beberapa Kawasan Di Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya


15 FEBRUARI 2014

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

Monday, February 24, 2014

Cara Mendidik Anak Dengan Betul


22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya
Anugerah Allah yang Terindah.


Sumber - Astaghfirullah Al-Azim's photo.

Sunday, February 23, 2014

World's first autistic children's choir

Saturday, February 22, 2014

Jangan CIUM anak - Degil



Anak-anak degil@nakal

Penyelesaian:

1 - Sediakan air satu jug

2 - Baca Basmalah 786 kali

3 - Baca surah yasin ayat 72

وَذَلَّلْنَاهَا لَهُمْ فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ

“Dan Kami tundukkan binatang-binatang itu untuk mereka, maka sebagiannya mereka tunggangi dan sebagiannya mereka makan”

4 - Selesai baca hembus ke air dan bagi anak minum

insyaallah anak tak nakal lagi dah lepas tu…… kalau nakal lagi.. baca lagi…. dan kalau nakal lagi baca lagi…. dan kalau nakal lagi… SALAH BACA LAH TU….hehehehe

5. Atau baca surah toha ayat 1-6 sebanyak 1000 kali..nanti malam anak tengah tidur baca diubun-ubun anak sebanyak 3kali dan tiup..



Perhatian!!!

JANGAN DICIUM ANAK2 YANG SEDANG TIDUR KERANA ITU SALAH SATU SEBAB ANAK KITA MENJADI DEGIL..

Friday, February 21, 2014

Pak Yoep BERALIH arah

SKG
Pak Yoep akan melapor diri ke sini pada 16 Mac 2014

"Alhamdulillah. Tahniah pd Pak Yeop atas kenaikan pangkat ke jawatan pentadbir. Semoga terus menabur bakti kpd insan istimewa di samping mencungkil produktiviti yg boleh dicernakan spt usaha Pak Yeop di sini.sememangnya anda layak dan berkredibiliti.walau pun terasa khlgn dan msh memerlukan khidmat bakti,tp sbg teman sejawat sy dn rakan2 tumpang gembira.walau di mana pun kt,tngngjwb hakiki kt ttp seiring.apapun Jasa Mu Dikenang dan Intai Kami Antara Nampak Agar Saling Rindu-Rinduan...."

Pak Yeop dh jd PK PPKI.sememangnya beliau layak.byk jasa Pak Yeop kat smksp walaupun sy tak kenal lama dgnnya.khlngn lg kami tenaga2 pengajar yg komited dn mudah bkrjsama...

Sumber - Norsuriyati Ghazali FB

BR1M 2014 - Semakan Permohonan


Sebagaimana yang kita tahu, pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.o bagi tahun 2014 akan bermula pada 22 Februari 2014. Ia adalah untuk mereka yang mempunyai akaun bank dan telah kemaskininya menerusi laman online BR1M.
Selain itu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana mahu membuat semakan keputusan BR1M 3.0. Untuk pengetahuan anda, tiada laman online untuk membuat semakan keputusan BR1M3.0. Tetapi anda boleh ikuti beberapa langkah dibawah:
br1m 2014
Kaedah 1 – Talian Hotline BR1M 3.0 2014:
  • Pemohon boleh hubungi talian hotline BR1M 3.0 2014 di 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Kaedah 2 – Emel BR1M 3.0 2014:
  • Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emelbr1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan menerusi email.
Kaedah 3 – Melalui Pejabat Pos:
  • Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.
Perhatian: Anda mungkin akan mengalami kesulitan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumbalas dari pihak diatas kerana mereka mungkin terpaksa melayan banyak panggilan dan pertanyaan menerusi telefon dan email. Harap maklum.


Wednesday, February 19, 2014

Tips Dan Panduan Terbaik Menghadiri Temuduga Kerja

Tips Dan Panduan Terbaik Menghadiri Temuduga Kerja, cara menghadapi temuduga, teknik berkesan temuduga, hilangkan gemuruh ketika temuduga kerja
Tips Dan Panduan Terbaik Menghadiri Temuduga Kerja | Setiap orang pasti memiliki cita-cita dan impian tersendiri. Namun pelbagai halangan dan rintangan yang harus di lalui terlebih dahulu untuk mencapai impian tersebut. Ada sesetengah orang mendapat keputusan akademik yang sangat baik tapi sangat susah mendapat peluang pekerjaan kerana gagal dalam temuduga.
Jadi di sini Dr Fuh nak kongsikan beberapa tips berkesan untuk menghadiri temuduga secara ganeral. Tak kira apa jua position / jawatan yang anda ingin pohon, anda boleh cuba amalkan tips ini. Jangan lupa disertakan doa.

Tips Dan Panduan Terbaik Menghadiri Temuduga Kerja

1. Menepati Masa
Pastikan anda menepati masa. Sebagai contoh masa temuduga anda pada pukul 10.30 pagi. Pastikan anda telah bersedia di tempat temuduga setengah jam awal. Buat persediaan awalsebelum keluar rumah seperti ambil kira keadaan lalu lintas, apakah kawasan perjalanan anda sesak dan sebagainya, menyisir rambut dengan kemas dan jangan lupa isi minyak motor atau kereta anda. Jangan jadikan kelewatan dan gagal merncang masa dengan baik, anda berputih mata.
2. Berpakaian kemas dan Sesuai
Pakaian juga diambil kira dalam sesuatu sesi temuduga. Jika anda berpakaian selekeh dan kurang sesuai, kemungkinan tawaran tersebut akan dibatalkan ataupun diberi kepada calon lain yang lebih sesuai. Jika boleh, tanyakan dahulu kepada bahagian human resources tempat anda ditawarkan bekerja terhadap pakaian yang sesuai untuk jawatan tersebut.
3. Amalkan kesederhanaan
Orang kata sederhana adalah sempurna! Faham maksudnya?! Okey, sederhana maksudnya tidak berlebih-lebih dan tampilkan diri sendiri ikut keselesaan anda. Contohnya:
- gunakan solekan yang minimum
- pemakaian minyak wangi yang sesuai
- gaya rambut yang tidak terlalu moden ataupun terlalu konservatif
- elakkan isyarat tangan yang keterlaluan ataupun bercerita macam kita sedang berborak dengan kawan-kawan
- bercakap dengan jelas dan bahasa mudah
4. Membina hubungan dan berkeyakinan
Sewaktu duduk berhadapan dengan penemuduga, pastikan anda duduk dengan yakin dan wajah yang manis. Kita mahu memohon kerja, mestilak kena buat baik, takkan tunjukkan muka sombong walaupun kita memiliki Ph.D sekalipun. rendah diri itu lebih baik dalam situasi begini.
- Pastikan belakang anda lurus dan kaki tersusun
- Jesekali bertanyakan soalan. Jangan hanya tunduk dan mengangguk. Wujudkan perbincangan dua hala yang santai.
- Dengar dengan teliti, bercakap dengan jelas dan tidak menyampuk.
- Berdiplomatik. Jangan bercakap perkara-perkara negatif tentang pekerjaan yang anda mohon.
5. Berfikiran positif.
Selepas sesi temuduga, pastikan anda tidak menjadi seorang yang mendesak. Jangan sesekali bertanya kepada syarikat tersebut samada permohonan anda berjaya atau sebaliknya. Tunggu dengan sabar, jika anda yakin dengan sesi temuduga tersebut, insya’Allah pekerjaan itu milik anda. Jika gagal, anggaplah ia bukan rezeki anda. Cuba lagi lain kali tetapi dengan pengalaman yang ada, anda pasti boleh buat!!


Sumber: Tips Dan Panduan Terbaik Menghadiri Temuduga Kerja | Fuh.My 

Tip menghadiri Temuduga

Tip Temuduga Kerja

10 Tip Temuduga Kerja Kerajaan/Swasta

1. Sediakan senarai dokumen yang perlu di bawa untuk temuduga  kerja anda. Tujuannya adalah untuk memastikan anda tidak tertinggal dokumen penting semasa berada di sesi temuduga.Tandakan dokumen yang telah dikumpulkan.
2. Cara berpakaian untuk lelaki :
  • Pastikan anda memakai tali leher
  • Pakai kasut kulit dan pastikan kasut anda dikilat
  • Pastikan anda memakai baju lengan panjang kerana baju tersebut nampak lebih professional berbanding baju lengan pendek.
  • Baju dan seluar anda mestilah kelihatan kemas dan disterika.
  • Elakkan baju berwarna gelap.
  • Elakkan memakai wangian yang terlampau kuat.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda mestilah bersih dan kelihatan kemas.
3. Cara berpakaian untuk perempuan :
  • Pakai pakaian yang kelihatan formal dan sesuai untuk ke pejabat. Anda juga boleh memakai baju kurung.
  • Elakkan pakaian yang menjolok mata atau pakaian yang mempunyai warna atau corak yang terlalu menarik perhatian ramai.
  • Pakai kasut yang bertutup.
  • Elakkan memakai terlalu banyak barangan kemas.
  • Secara keseluruhannya, pakaian anda hendaklah kelihatan kemas dan tidak terlalu menarik perhatian ramai.
4. Bagi lelaki pastikan rambut anda pendek, disikat kemas dan berminyak. Bagi perempuan yang bertudung, pastikan tudung anda diikat kemas. Bagi perempuan yang tidak bertudung, pastikan rambut anda disikat kemas.
5. Pastikan kuku anda dipotong pendek dan bersih.
6. Datang awal ke tempat temuduga, sebaik-baiknya 20 minit sebelum masa yang ditetapkan.
7. Bila nama anda dipanggil, masuk dengan senyuman dan penuh keyakinan. Tip temuduga kerja ini nampak mudah, tapi ramai yang mengabaikannya. Beri salam atau ucapan Selamat Pagi atau Selamat Petang bergantung pada sesi temuduga. Duduk hanya apabila anda dibenarkan duduk dan ucapkan terima kasih.
8. Tip temuduga kerja yang ketujuh menerangkan perkara yang anda perlu lakukan /beri perhatian semasa menjawab soalan panel:
  • Jawab soalan dengan tenang, jangan tunjukkan anda gelisah.
  • Pandang panel temuduga apabila menjawab soalan. Jangan pandang ke lantai kerana ia menunjukkan anda tidak yakin dengan jawapan anda atau anda masih malu-malu dengan panel.
  • Jangan sesekali berdebat atau meninggikan suara di hadapan panel temuduga.
  • Biar panel habiskan soalan atau ayat mereka terlebih dahulu sebelum anda mula bercakap. Elakkan memotong percakapan mereka.
  • Jawab soalan mengikut konteks soalan. Jangan meleret-leret sehingga keluar topik.
  • Jika anda tidak tahu jawapan, nyatakan yang anda tidak tahu. Jangan sesekali berbohong kerana panel temuduga yang berpengalaman pasti akan tahu anda menipu mereka.
9. Setelah selesai soal jawab temuduga, kebiasaannya panel akan cuba mengakhiri sesi temuduga dengan bertanya kepada anda jika anda mempunyai sebarang persoalan, tanyakan kepada mereka bila anda akan diberitahu tentang keputusan temuduga tersebut.
10. Setelah semuanya selesai, ucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada anda untuk menghadiri sesi temuduga tersebut. Senyum dan keluar dengan tenang.

Tip Temuduga Kerja Kerajaan Yang Ke-10 :
Pastikan Anda Sentiasa Bersedia !

Pastikan anda sentiasa bersedia sebelum anda masuk ke bilik temuduga. Tanpa persediaan, anda pasti akan kelihatan gelisah dan tergopoh gapah semasa menjawab soalan panel temuduga. Persediaan merangkumi persediaan fizikal seperti dokumen, pakaian dan persediaan mental seperti pengetahuan dan emosi.
Bersedialah dari sekarang. Persediaan awal pasti akan memberikan ketenangan kepada  diri anda. Jangan lupa juga untuk berdoa supaya anda temuduga anda dipermudahkan untuk anda.
Tip temuduga kerja di atas adalah sekadar sebagai panduan umum yang boleh anda praktikkan baik untuk temuduga kerja kerajaan mahupun swasta.
Catatan - Pak Yoep akan menghadiri temuduga Jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas hari ini. Mohon pengunjung2 doakan pak yoep berjaya dalam temuduga tersebut.
Sumber: http://kerjakerajaanmasyuk.wordpress.com/

Monday, February 17, 2014

Penolong Kanan - Bidang Tugas



Pentadbiran Umum

1.    Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah,
2.    Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum, Kokurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,
3.    Menyediakan takwim kelas pendidikan khas bersama dengan guru-guru pendidikan khas; merancang, menyelia dan membantu  perjalanan aktiviti kelas pendidikan khas sepanjang tahun,
4.    Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tentang pengurusan kelas pendidikan khas,
5.    Menyampaikan maklumat dan dapatan mesyuarat Penyelaras bersama dengan Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran
       N.Sembilan kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
6.    Memastikan fail-fail kelas pendidikan khas seperti berikut diwujudkan dan sentiasa dikemaskini :
6.1.        Fail Am Kelas Pendidikan Khas Sekolah,
6.2.        Fail Jawatankuasa Pendidikan Khas,
6.3.        Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas,
6.4.        Fail Mata Pelajaran,
6.5.        Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas,
6.6.        Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas,
6.7.        Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
6.8.        Fail Kokurikulum Pendidikan Khas,
6.9.        Fail Program Inklusif,
6.10.     Fail Disiplin Kelas Pendidikan Khas,
6.11.     Fail Stok (Alatan dan Perabot),
6.12.     Buku Stok
6.13.     Laporan Mingguan Guru Bertugas.
7.    Mengadakan perjumpaan bulanan bersama dengan semua guru pendidikan khas,
8.    Menguruskan perjumpaan guru-guru pendidikan khas dengan ibu bapa murid khas,
9.    Mengendalikan aduan ibu bapa bersama-sama dengan guru-guru pendidikan khas,
10.  Merancang, melaksana dan menyelia Program Inklusif (jika ada),
11.  Memastikan aktiviti kokurikulum kelas pendidikan khas dilaksanakan,
12.  Memastikan semua guru dan murid pendidikan khas berada di perhimpuan pagi pada setiap hari (tertakluk kepada amalan sekolah
      dan keupayaan murid pendidikan khas),
13. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Rendah hendaklah menyenaraikan nama murid-murid yang akan meneruskan
      persekolahan ke sekolah menengah dan menghantarnya ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan pada bulan Oktober
      setiap tahun bagi tujuan penempatan,
14. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan menyambung persekolahan ke sekolah menengah dihantar ke
      sekolah yang berkenaan,
15. Penyelaras Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah bertanggungjawab memastikan borang permohonan murid-murid untuk
      melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dilengkapkan
      dan dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan mengikut tarikh yang ditetapkan dari masa ke semasa,

Pengurusan Hal Ehwal Guru

1.    Mencalonkan nama guru-guru pendidikan khas belum mengikuti kursus pendedahan pendidikan khas kepada Unit Pendidikan Khas,
       Jabatan Pelajaran N.Sembilan supaya mereka dapat dihantar berkursus,
2.    Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya mendapat elaun mengajar kanak-kanak cacat,
3.    Memastikan semua guru pendidikan khas di bawah jagaannya tidak disalahgunakan oleh pihak sekolah.

Pengurusan Hal Ehwal Murid

1.    Memastikan nama murid pendidikan khas yang baru didaftarkan ke dalam Buku Daftar Kemasukan Murid.
2.    Memastikan murid pendidikan khas yang telah tamat tempoh percubaannya dinilai (bersama dengan semua guru pendidikan khas)
       dan keputusannya dicatatkan dalam Lampiran A (Borang Pengesahan Penempatan) dan seterusnya dihantar ke Unit Pendidikan
       Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan,
3.    Menghantar permohonan kemasukan dan pertukaran murid pendidikan khas ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
       atau melalui Pejabat Pelajaran  Daerah,
4.    Memastikan semua murid pendidikan khas yang baru didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,
5.    Memastikan permohonan sebarang bantuan kewangan bagi semua murid pendidikan khas yang layak menerimanya diproses dan
       dihantar sebelum tarikh tutup,
6.    Memastikan bantuan kewangan yang diterima untuk murid pendidikan khas diuruskan dengan cekap,
7.    Memastikan murid pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan atau yang diinklusifkan mendapat pinjaman buku teks.
8.    Membantu menguruskan permohonan pertukaran murid sama ada di dalam atau ke luar negeri dan memastikan dokumen murid ini
       dihantar ke sekolah barunya.
9.    Memastikan murid pendidikan khas yang tamat persekolahannya diberikan Sijil Berhenti Sekolah.

Pengurusan Data

1.    Memastikan data dan laporan status kelas pendidikan khas dikemaskini dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-
       masing sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan,
2.    Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas.

Pengurusan Stok

1.    Memastikan barangan yang dihantar ke kelas pendidikan khas oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia dan  Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan diletakkan di dalam kelas pendidikan khas,
2.    Memastikan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dilengkapkan sebelum dihantar ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran N.Sembilan
       dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan,
3.    Memastikan alatan kepunyaan kelas pendidikan khas tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak,
4.    Menyemak Buku Stok yang disediakan oleh Guru Stok.

Pengurusan Kewangan

1.    Memastikan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dituntut sepenuhnya pada awal setiap tahun,
2.    Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG kelas pendidikan khas dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan murid
       pendidikan khas (mengikut syarat pekelilingan kewangan semasa),
3.    Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru pendidikan khas,
4.    Menyemak baki peruntukan PCG kelas pendidikan khas dari masa ke semasa dan memaklumkan kepada semua guru pendidikan 
       khas,
5.    Menyemak status kewangan dan penyata akaun tabung kelas pendidikan khas yang disediakan oleh bendahari kelas.

Pengurusan Kelas

1.    Menyediakan satu peraturan untuk kelas pendidikan khas dan mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah sebelum
       diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
2.    Memastikan suasana kelas pendidikan khas selesa untuk pengajaran dan pembelajaran,
3.    Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas pendidikan khas mencukupi,

Pengurusan Jadual Waktu

1.    Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru pendidikan khas untuk menyediakan jadual waktu yang sesuai dengan opsyen guru
       masing-masing.
2.    Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah.

Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran

1.    Menyediakan jadual penyeliaan dan menyelia pengajaran dan pembelajaran di kelas pendidikan khas dari masa ke semasa,
2.    Memastikan Buku Persediaan Mengajar dan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) sentiasa berada bersama dengan guru pendidikan
       khas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dan kedua-dua dokumen ini hendaklah dikemaskini,
3.    Menyemak dan memastikan rekod prestasi murid dikemaskini sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga,
4.    Berhubung dengan Setiausaha Peperiksaan sekolah untuk mendaftarkan murid pendidikan khas di kelasnya yang berpotensi untuk
       menduduki peperiksaan awam,

Pengurusan Diri

1.    Menjadi `role-model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada semua guru pendidikan khas,
2.    Memainkan peranan sebagai guru pembimbing dan kaunseling kepada semua guru pendidikan khas.


Catatan - Sebahagian drp bahan rujukan pak yoep yang akan menghadiri temuduga jawatan Penolong Kanan Pendidikan Khas pada 20 Feb 2014 (Khamis) jam 8.30 pg hingga 4.30 ptg bertempat di SK Pendidikan Khas Ipoh. Doakan pak yoep berjaya dalam temuduga tersebut. Matlamat pak yoep adalah untuk menimba pengalaman sebagai pentadbir. Tujuan memudahkan urusan pentadbiran pusat pendidikan dan latihan autisma yang bakal diwujudkan di masa depan.

Majlis Perpisahan Guru

Pn Yusniza dan En Mazlan 24 Jan 2014

Saturday, February 15, 2014

Kemuliaan Hamil



14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG
SEDANG HAMIL’ ::

1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam
rahimnya, maka beristighfarlahpara malaikat

untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT
mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan
Allah SWT.

3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,
hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru
dilahirkan.

4. Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya,
maka bagi ibu itu setiap setegukan dari pada
susunya diberi 1 kebajikan.

5. Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan
memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70
orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama
Allah SWT.

6. Rakaat shalat wanita yang sedang hamil adalah
lebih baik dari pada 80 rakaat shalat wanita yang
tidak hamil.

7. Wanita yang memberi minum air susu (ASI)
kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat
1 pahala pada tiap² tetes susu yang diberikannya.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari
karena menjaga anaknya yang sakit akan
diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan
bila ia menghibur hati anaknya Allah memberi 12
tahun pahala ibadah.

9. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
berpuasa pada siang hari.

10. Wanita yang hamil akan dapat pahala terus
beribadah pada malam hari.

11. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70
tahun shalat dan puasa, serta setiap kesakitan
pada 1 uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala
haji.

12. Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas
bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup
tempo (2,5 tahun), maka malaikat² dilangit akan
kabarkan berita bahwa syurga wajib baginya.

14. Jika wanita memberi susu dirinya pada
anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi
pahala 1 tahun shalat dan berpuasa.

► Subhanallah...

► Betapa mulianya "status" wanita hamil, tentunya
dengan jalan kehamilan yang diridhai oleh Allah
SWT, bukan dengan cara/jalan kehamilan yang
tidak di sukai-Nya....


Sumber - Aku dan Hatiku FB

Wednesday, February 12, 2014

Zaman Kanak2

Tuesday, February 11, 2014

Latih anak autisma berkomunikasi

Sejujurnya, sepanjang pengalaman kerja saya, tiada kes autism yang boleh disamakan atau dibandingkan. Mereka semua unik, ada ciri tersendiri dan keupayaan yang amat berbeza.
Saya boleh membuat senarai 50 orang kanak-kanak autism yang datang terapi, terapi tiada satu pun kesimpulan yang dapat merumuskan teknik tertentu untuk merawat komunikasi kanak-kanak autism.

Sebagai therapist, saya benar-benar kena nilai setiap individu, dapatkan baseline masing-masing dan plan terapi mengikut tahap kebolehan dan kesesuaian individu.

Tidak dinafikan ada ciri-ciri autism klasik yang sering dilihat. Contohnya sikap obses pada sesuatu, mengelak eye contact, menggerakkan tangan dengan pergerakkan ganjil, tidak berminat pada permainan dan masalah untuk bersosial. Namun ciri-ciri klasik ini tidak mencerminkan tahap IQ kanak-kanak.

Kemahiran pra-pertuturan umumnya amat sukar bagi kanak-kanak autism. Ini kerana mereka berada dalam dunia mereka tersendiri sehingga berasa tidak perlu dan tidak penting untuk berkomunikasi. Oleh sebab inilah, dalam sesi terapi bersama kanak-kanak autism, kemahiran pra-pertuturan amat dititikberatkan.

Berikut adalah kemahiran pra-pertuturan:
1) eye contact
2) daya tumpuan
3) bermain
4) mengikut giliran
5) memadankan

Kebiasaannya, kanak-kanak autism yang mempunyai daya tumpuan yang baik dan kemahiran bermain yang bagus, melambangkan kemungkinan untuk bercakap dengan bagus. Bukan semua kanak-kanak autism tidak bercakap. Ada yang boleh bercakap dan bersembang dengan baik. Mereka masih boleh memahami kepentingan komunikasi dalam hidup.

Oleh itu, amat penting bagi ibu bapa memahami perspektif kanak-kanak autism dan menangani isu-isu yang berkaitan. Menerima seadanya mereka adalah satu perkara, namun persoalan yang lebih besar ialah, – apa nak buat lepas tu?

Maka, buat ibu bapa yang mempunyai anak autism, segeralah dapatkan rawatan intervansi awal dari speech therapist atau occupational therapist. Belajar teknik-teknik dan applikasikan di rumah bersama anak anda. Jangan biarkan anak autism terkurung dalam dunianya berseorangan.

Sumber - Ruby