Rahsia KEJAYAAN ahli perniagaan
Ini merupakan kisah seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Pada suatu hari, ahli perniagaan ini telah ditemu ramah oleh seorang wartawan.
Wartawan : "Apakah sebenarnya rahsia kejayaan tuan?"
Ahli perniagaan: "Oh, itu senang sahaja. Hanya ada 3 perkataan untuk itu".
Wartawan : "Apakah 3 perkataan itu tuan?"
Ahli perniagaan: "Keputusan yang tepat".
Kemudian, si wartawan pun bertanya, "Bagaimana untuk memperoleh keputusan yang tepat itu tuan?".
Ahli perniagaan itu pun menjawab, "Yang itu hanya ada 1 perkataan sahaja".
Si wartawan pun lantas bertanya, "Apakah 1 perkataan itu tuan?". Ahli
perniagaan itu pun menjawab, "Pengalaman". Dengan perasaan yang masih
kurang mengerti, si wartawan itu pun bertanya lagi, "Bagaimana untuk
mendapatkan pengalaman itu tuan?".
Dengan riak wajah yang tenang, ahli perniagaan itu pun menjawab, "Keputusan yang salah".
Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita memerlukan pengalaman. Dan,
untuk mendapatkan pengalaman itu sudah semestinya melalui
kesalahan-kesalahan yang pernah kita lakukan. Tanpa adanya pengalaman
tidak mungkin kita dapat belajar banyak perkara dalam hidup. Pengalaman
adalah guru yang terbaik dalam hidup. Ianya tidak boleh dipelajari.
Hanya boleh dirasai & dilalui. Jadikanlah kesalahan lalu sebagai
pengalaman dalam hidup. Dan daripada pengalaman itulah kita belajar
untuk mendewasakan diri, mematangkan fikiran & melakar sejarah
kejayaan dalam hidup kita. :)
No comments:
Post a Comment