Kenapa Ada Sesetengah Orang Tidak Bahagia Walaupun Kaya?
1. Pemarah - Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling
banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan
dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam - Sifat dendam
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti
ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara
yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad Dengki - Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya
sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (Rezeki yang diberi oleh
Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun
fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
5. Tamak -
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan
yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa
banyak yg diminum tetap tak abis juga... lagi pun orang tamak selalu
rugi.. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita apabila ia dipakai
atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum
boleh dikatakan rezeki kita. (Mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
7. Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir
mahupun batin.
8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan
orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia
akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak atau takabbur
dengan apa yang kita ada.
Sumber: EPML
No comments:
Post a Comment