Bonus raya 2013 :
Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa
tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tidak angka yang
cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan.
Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan
ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang.
Minta kurang? Dapat ________________
Hari ini,
sudah masuk hari ke 14 umat Islam berpuasa. Bermakna lagi 2 minggu
daripada sekarang kita kita akan menyambut Hari Raya. Jadi seperti
biasa, bersempena dengan kedatangan Ramadhan & menjelang sambutan
Hari Raya Aidilfitri kelak semestinya kakitangan awam terus menantikan
dan mengharapkan pembayaran bonus Raya 2013, sekurang-kurangnya dapatlah kiranya meringankan beban kewangan 1.4 juta penjawat awam.
Berdasarkan sumber yang Berita Semasa perolehi langsung daripada MOF, kewangan negara tidak berada dalam keadaan sihat ketika ini. Oleh itu, untuk pemberian bonus raya 2013
sehingga setengah bulan kali ini agak tipis sedikit. Tetapi harapan
tetap ada, ini kerana berbalik kepada tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi
& juga bonus penjawat awam. Untuk terus menggalakkan perbelanjaan
& aliran tunai yang aktif di dalam negara dan sekaligus memastikan
duit tidak tepu di dalam bank sahaja.
Setakat hari ini, nah….inilah dia maklumat & angka bonus Raya 2013 yang Berita Semasa telah berjaya perolehi, di mana Perdana Menteri telah pun selesai mengadakan mesyuarat di MOF.
Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013
Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :
- Kakitangan Awam : RM500
- Pesara Kerajaan : RM250
Pengumuman Bonus Raya 2013
- Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
- Hari : Rabu
- Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)
Walaubagaimanapun
terpulang kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri selaku
Menteri Kewangan Malaysia sewaktu pengumuman kelak.
Berita Semasa dimaklumkan akan ada
pengumuman rasmi samada 24 Julai atau 31 Julai 2013 ini, melibatkan
tuntutan bonus raya 2013 kali ini oleh kakitangan awam. Nantikan
pengumuman daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dan yang pastinya bonus hari raya 2013
kali ini, tidak akan dimasukkan sekali dengan slip gaji seperti yang
diharapkan. Ini kerana gaji penjawat awam telah pun siap diproses.
Memang tidak sempat.
P/S : Dan kepada peniaga pula, dengan
adanya pengumuman bonus hari raya kelak janganlah ada peniaga mengambil
kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati.
PP/S : Tahniahlah mana-mana daripada
anda di sini yang dapat bonus raya 2013 ataupun saguhati raya kali ini.
Apa respon balas anda pula?
Sumber: http://www.beritaterkini.my
Sumber: http://www.beritaterkini.my
No comments:
Post a Comment