Sunday, May 30, 2010

Kepala Hadif BOTAK

Ekoran daripada penyakit gatal-gatal yang dihadapi oleh Hadif, aku telah membotakkan kepalanya di kedai gunting India. Bayaran RM 5.00. Nampaknya dia tak buat kerenah, diam sahaja apabila digunting rambutnya. Kini nampak semakin nakal pulak. Keadaan penyakitnya telah beransur pulih setelah dua kali ke klinik. Jika tiada berkesan juga tempohari terpaksalah membawanya ke klinik pakar. Alhamdulillah, dah sihat seperti sediakala. Cuma batuk-batuk pulak disebabkan rajin mengutip apa saja untuk disumbatkan ke dalam mulutnya.

No comments:

Post a Comment