Sunday, May 30, 2010

Catatan seorang ibu anak autistik

Catatan seorang ibu anak autismeShare
Today at 5:11pm | Edit Note | Delete
APA MAK BUAT UNTUK ARIFF : 2001 - 2009 ?

MACAM-MACAM MAK BUAT UNTUK ARIFF.

KITA BERHIJRAH KE MELAKA. MASUK NASOM. MAK DAPAT SEDIKIT ILMU. MAK GUNAKAN.

MAK LAYARI INTERNET. BELAJAR TENTANG INTERVENSI AWAL. MAK PRAKTIKKAN.

MAK BACA ARTIKEL TENTANG GLUTEN-FREE. MAK CUBA.

MAK DIBERITAHU TENTANG CASSEINE-FREE. PUN MAK CUBA JUGA.

RAWATAN TRADISIONAL ? MANA KITA TAK PERGI ? JOHOR ? MELAKA ? NEGERI SEMBILAN ? SELANGOR ? PERAK ? KITA IKHTIAR.

ORANG CADANGKAN COLOUR VIBRATION THERAPY, MAK JUMPA DOKTOR NORHISHAM WAHAB SENDIRI (PENGASAS CVT). KITA GUNA FORMULA DIA.

KAK INA KATA, GUNA KOMPUTER - BUAT POWERPOINT. MAK GUNA. SIAP DOWNLOAD BAHAN DARI INTERNET LAGI.

MAK DAPAT IDEA GUNA CD, MAK BELI BERATUS-RATUS KEPING CD.

SEORANG CIKGU SMK GAJAH BEHRANG KATA, GUNA MUZIK BEETHOVEN, MAK GUNA : BAGI ARIFF DENGAR MUZIK BEETHOVEN HARI-HARI.

URUTAN ? MAK URUT ARIFF HARI-HARI GUNA MINYAK BABY JOHNSON UNTUK MERANGSANG SARAF.

AYAT-AYAT AL-QURAN ? MAK AMALKAN DAN HEMBUS DI UBUN-UBUN ARIFF.

DATANG SEORANG ALIM DARI KOTA MEKAH, MAK BERLARI JUMPA DIA.

MAK BUAT SEMBAHYANG HAJAT.


MAK HANTAR MAKANAN KE MASJID.

MINYAK IKAN ? MAK BELI EFALEX BAGI ARIFF MAKAN.

MAK AJAR ARIFF MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA.

MAK AJAR ARIFF MENGAJI.

MAK AJAR ARIFF PENGURUSAN DIRI.

MAK BUAT TOILET-TRAINING UNTUK ARIFF.

MAK AJAR ARIFF TENTANG KEHIDUPAN SECARA PERLAHAN-LAHAN...

DAN , SATU YANG SUKAR MAK LUPAKAN, MAK TUNGGU BURUNG BERTELUR DI TAMAN BURUNG MELAKA SEBAB ORANG KATA TELUR TU BERKHASIAT DAN BOLEH MEMBUATKAN ARIFF BERCAKAP.

Tak lupa juga, susah payah mak cari tebu hitam ...

Bertahun-tahun mak buat semua ni. Tanpa jemu. Akhirnya, Ariff improved. Dr Zainal Southern Hospital terperanjat tengok perubahan Ariff. Mak syukur pada Allah. Usaha mak tak sia-sia. kita hampir berjaya ... cuma masih ada hiper sikit-sikit, komunikasi minima dan belum cekap betul untuk ke tandas.

2004 - Ariff masuk sekolah. Mak cuti 5 bulan Mak nak biasakan Ariff dengan alam persekolahan. mak berterima kasih sangat pada pengetua mak masa tu CIKGU MD FIAH MD JAMIN sebab rekomen mak dapat cuti separuh gaji. Terima kasih banyak-banyak.

TAPI ...

MAK NAK CAKAP APA ? MASUK AJE SEKOLAH, TERLALU BANYAK BULI DAN PENDERAAN.

KENAPA CIKGU SANGGUP CUBIT, PIAT, ROTAN, LEMPANG, PUKUL DAN TUMBUK ARIFF ?

SUSAH PAYAH MAK GUNA PELBAGAI PENDEKATAN UNTUK PULIHKAN ARIFF, CIKGU GUNA CARA CUKUP MUDAH.

MAK KECEWA SANGAT !

TOLONGLAH, JANGAN GUNA KEKERASAN ATAS KANAK-KANAK AUTISTIK.

TOLONGLAH , JANGAN GUNA KEKERASAN ATAS ANAK SAYA.

SAYA DAH KORBANKAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK PEMBANGUNAN MANUSIA - PEMBANGUNAN SEORANG AHMAD ARIFF TERCINTA.

JANGAN MUDAH-MUDAH NAK SESAH AJE. KALAU DENGAN BELASAH, MANUSIA AUTISTIK BOLEH DIBANTU, CARRY ON. TAPI, SAYA TENGOK TINDAKAN KERAS HANYA MEMBURUKKAN KEADAAN.

BERTAHUN-TAHUN, MAK TAK ADA KERETA BESAR. PAKAI KERETA KECIK JE. MAK TAK ADA BARANG KEMAS. MAK TAK ADA BAJU MAHAL. MAK TAK ADA APA-APA. KITA HIDUP MINIMA SAHAJA. SEBAHAGIAN BESAR DUIT MAK, MAK LABURKAN UNTUK RAWATAN DAN PEMULIHAN ARIFF.

BILA MAK RASA TUA NI, BARU LA MAK BELI RUMAH UNTUK MASA DEPAN KITA. TEMPAT UNTUK KITA BERTEDUH.

SELAINNYA, MAK SIMPAN BUAT PELABURAN , UNTUK KEHIDUPAN ARIFF PADA MASA AKAN DATANG. MAK HIDUP SIMPLE JE. BAGAIKAN ORANG YANG TAK PUNYA APA-APA. LEKEH JE KATA ORANG KAMPUNG MAK. EVERYTHING I DO, I DO IT FOR U, ARIFF.

UNTUK MAK ? TAK ADA APA-APA ... NOTHING. CUMA MENERUSKAN KEHIDUPAN SEADANYA!

KALAU ORANG NAK BERCAKAP TENTANG INTERVENSI, INSYAALAH MAK BOLEH BAGI PANDANGAN. CARILAH MAK . MAK DAH CUBA . MEMANG BANYAK PENINGKATAN....DENGAN IZIN YANG MAHA KUASA.

KERJALAH DENGAN ILMU. ANAK-ANAK AUTISTIK PERLUKAN GURU YANG ADA KEPAKARAN. BUKAN GURU YANG MEMBABI-BUTA.

KALAU KITA SILAP CARA, ROSAK ANAK-ANAK INI... SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU.

MAK HARAP MEREKA TAK MARAH MAK CAKAP MACAM NI SEBAB MAK BERCAKAP DARI PENGALAMAN.

ARIFF, APABILA PERSEKOLAHAN ARIFF BANYAK MASALAH, MAK DAH BLURR. UNTUK SEKETIKA MAK TENGGELAM ... KE SATU DAERAH ASING ... MAK TAK TAU NAK BUAT APA ...

HANTAR ARIFF SEKOLAH , CUTIKAN KEJAP, HANTAR LAGI, CUTI LAGI, HANTAR LAGI, CUTI LAGI ...

KITA JADI BINGUNG ... SASAU ... KITA LOST TRACK ... BAHTERA MAK DAN AYAH ... HAMPIR MUSNAH ... BUKAN SALAH MAK... BUKAN SALAH AYAH ... BUKAN SALAH ARIFF ... BUKAN SALAH SESIAPA ... INI CUMA SATU LAGI UJIAN TUHAN ... TAPI JODOH MASIH ADA... KAMI BANGUN KEMBALI DEMI ANAK-ANAK ...

KERANA ARIFF, WALAU APA PUN MASALAH, KAMI TAK MUNGKIN BERPISAH!

ARIFF, MAK DAH TAK TAU NAK BUAT APA LAGI.

MALAM KELMARIN, MAK BINCANG DENGAN AYAH. KAMI SEPAKAT NAK PULIHKAN TRAUMA ARIFF DAN CUBA TURUNKAN BERAT BADAN ARIFF YANG OBESITI TU. HAVE TO. PELAN DAH DIRANGKA. AYAH DAN MAK DAH BAGI-BAGI TUGAS. KITA USAHA SAMA-SAMA YE .

MAK HARAP, LATIHAN UNTUK GURU-GURU YANG MENGAJAR KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DIMANTAPKAN. PEMANTAUAN DIJALANKAN DENGAN BAIK. CCTV DIPASANG DI SEMUA KELAS PENDIDIKAN KHAS DI SELURUH NEGARA. MAK TAK NAK ANAK-ANAK ORANG LAIN JADI MANGSA.

BAGI MAK, ARIFF ADALAH MANGSA KEADAAN. SELAMA BERTAHUN-TAHUN, MAK LETAKKAN ARIFF DI TANGAN YANG SALAH. DI TANGAN ORANG YANG TIDAK BEGITU FAHAM TENTANG AUTISME.

MAK HARAP ARIFF TAK SALAHKAN MAK. DULU, MAK INGAT, DIA ORANG ADA TRAINING SO FAHAM TENTANG ARIFF. RUPA-RUPANYA TAK.

ENTAHLAH ARIFF ... HATI ORANG MAK TAK TAU. KALAU SAMPAI BERDARAH ANAK MAK, MARAHLAH MAK.

MARAH SANGAT.

ARIFF PUN BUKAN SIHAT SANGAT. MUDAH DEMAM. MUDAH BATUK. MUDAH SELSEMA. ADA ASMA. ADA MASALAH TONSIL.

SEDIH ...

NAK BUAT ANAK MAK PUN, PATUT-PATUTLAH ...

DAH TU, TAK TAU MINTA MAAF PULAK.

BOHONG.
DOLAK-DALIK.

BOHONG SAMPAI KEMENTERIAN PULAK TU ...

PAKAT-PAKAT PULAK TU ...

KALAU DALAM MENEMPUH RANJAU DAN DURI HIDUP INI, MAK BERDOSA PADA TUHAN, MAK MOHON KEAMPUNAN ... (mak hanya insan biasa yang tak dapat lari dari kesilapan )

KALAU MAK BERSALAH SESAMA INSAN, MAK MOHON KEMAAFAN ... (mak hanyalah insan biasa yang tersilap kata tersalah bicara)

KALAU MAK DIANIAYA TANPA BELAS KASIHAN, MAK MOHON PERTOLONGAN ...

YA ALLAH YA TUHANKU, BANTULAH HAMBAMU INI YA ALLAH. TUNJUKKANLAH KEBENARAN. KALAU PUN TIDAK SEGERA ... BIAR PUN MAKAN MASA ... ASALKAN KEBENARAN ITU TERBUKTI JUA. AMIN.

6 tahun cuba bersabar, akhirnya kami tak mampu lagi berdiam diri . HARAP KAWAN-KAWAN FAHAM.

MAK TAK MENENTANG KEMENTERIAN ATAU KERAJAAN. MAK CUMA MENENTANG KEGANASAN.

MAK BUKAN EGO TAPI MAK TERPAKSA BUAT SEBAB ORANG LAIN SENYAP.

KAWAN MAK KATA : AUTISTIC ABUSED NI MEMANG BERLAKU TAPI KAU BISING-BISING PUN, KAU TAKKAN DAPAT MENGUBAH KEADAAN!

Entahlah ... mungkin betul cakap dia tapi mak rasa , kalau hari ni mak senyap, 10 atau 15 tahun lagi akan muncul juga orang macam mak yang akan bising-bising tentang hal ini ...

Akan ada ...

Tak apa la. Mak mulakan. kalau gagal, mak redha. mak bukan nak menang tapi mak cuma nak buka mata banyak pihak. Minta perhatian. minta penambahbaikan.

LASTLY : KENAPA TIPU KEMENTERIAN ? TERDESAK ?
TAKUT ? LAIN KALI JANGAN CEDERAKAN ANAK ORANG.

Catatan drp Laman blog kepunyaan Namunku Punya Hati


KOMEN-KOMEN YG DITERIMA DRP LAMAN KELAB ANAK AUTISME (Facebook)

30/5/2010

PA MAK BUAT UNTUK ARIFF : 2001 - 2009 ? MACAM-MACAM MAK BUAT UNTUK ARIFF. KITA BERHIJRAH KE MELAKA. MASUK NASOM. MAK DAPAT SEDIKIT ILMU. MAK GUNAKAN....
4 hours ago · Comment · Like · Share
Mazira A Ghani, Izhar Ibrahim and 2 others like this.

KELAB ANAK AUTISME SEDIH APABILA SAYA DAPATI MEREKA TERGAMAK MENGHANTAR LAPORAN PALSU KE PUTRAJAYA. TERSERLAH KEZALIMAN MEREKA! KENAPA TIDAK KATAKAN SAHAJA : AKAK, SAYA MINTA MAAF CEDERAKAN ANAK AKAK ! HEBATKAH CIKGU APABILA BERJAYA TUNJUK KUAT PADA ANAK OKU SAYA ? HEBATKAH CIKGU APABILA BERJAYA MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI ? HEBATKAH CIKGU APABILA ORANG PERCAYA CIKGU TIDAK BERSALAH ? YA, CIKGU MEMANG HEBAT. TAHNIAH! MAKA, GAGALKAH SAYA SEBAGAI SEORANG IBU? KATALAH APA SAJA. PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH, PERJUANGAN AKAN SAYA TERUSKAN JUA...
4 hours ago ·

KELAB ANAK AUTISME Kata2 di atas adalah ungkapan daripada ibu berkenaan.
4 hours ago ·

Anis Safraz Bt Ahmad sedih...sbg seorg pendidik (walaupun bkn pdidikan khas), saya turut rasa sedih n malu
3 hours ago · · Flag

Anis Safraz Bt Ahmad it really dropped my tears
3 hours ago · · Flag

Izhar Ibrahim Salam. Dalam konteks pengalaman ibu di atas, saya rasa perkataan "kezaliman" mmg tepat. Kejadian yg hampir sama juga pernah berlaku kepada kami. Anak kami ditampar dan cikgu berkenaan buat "donno" jer. Gurubesar aje terhegeh-hegeh datang kerumah bawak sekotak cokelat, kononnya agar kami tutup mulut dan maafkan staff dia. Cokelat pulak tu! Katanya beliau sudah ambil tindakan terhadap guru berkenaan. Bila kami tanya tindakan apa yg diambil, beliau kata "cuti rehat seminggu untuk berfikir!" Kami mcm tak percaya dengan apa yg kami dengar....

Itulah salah satu sebab anak kami, kami keluarkan dari sekolah itu dan alhamdulillah dapat penempatan di SKUP di bwh penyelarasan Pn Hjh Asmah Hitam.
2 hours ago · · Flag

Anis Safraz Bt Ahmad anak saya baru nak msk 4 thn....sdg buat early intervension..frankly speaking, saya takut nak htr anak saya ke sekolah bila baca cerita2 ni
2 hours ago · · Flag

Cikgu Sue Pkhas saya sangat simpati.kemana pun kita menghantar anak-anak perlu ada komunokasi yang baik dengan pihak sekolah.....kadangkala mereka tidak faham dan seakan tidak ambil tahu kewujudan anak-anak ini......tapi percayalah komitmen yang sangat tinggi diperlukan oleh pihak ibubapa dan guru kerana anak autisme sebenarnya boleh belajar dan berjaya ........
52 minutes ago · · Flag

KELAB ANAK AUTISME Saya pun terpaksa menukarkan anak ke sekolah lain tp bukan disbbkan penderaan, tp kerana tiada komitmen guru membentuk anak saya...sdgkan anak saya berkemampuan dr segi akademik..terbukti..di sekolah baru dia berjaya...bukan shj dari segi akademik tp pelbagai aspek. Terima kasih amat terhingga kepada semua guru pendidikan khas di sana terutama Penyelarasnya.
17 minutes ago ·

KELAB ANAK AUTISME Sebelum ditukar, sekolah anak saya sebelah saja dgn tempat bertugas saya, kini perjalanan dah lebih jauh 15 minit perjalanan dgn penuh kesesakan sehingga menjangkau 45 minit. Demi masa depan anak, kita perlu berkorban...
14 minutes ago ·

Mie Ahmad Amat menusuk hati, kalbu & nurani saya. Perkara yg sama berlaku ke atas anak saya, autisme 7 th ttp anak saya dilastik dgn getah. Saya dpt laporan dr anak kwn saya yg juga berada di kelas pend khas yg bermasalah ADHD sgt bijak budaknya, umur 11 tahun. Bukan sekali dia melaporkan kpd ibunya ttp dh berkali2, setelah berkali2 diberitahu barulah kwn saya 2 b.tau saya, setelah saya bersuara spt puan itulah balasannya anak saya diarahkan dihantar ke PDK setelah tamat tempoh percubaan 3 bln. Pihak sklh juga menafikan, kalau brtanya dgn anak saya sndri pun dia boleh menceritakan semula bgmana PPM melastik dia. Alasan yg diberikan anak saya perlu dihantar ke PDK krn dia x blh menguruskan diri. Apakah salah saya, setelah saya brjaya mengajar dia menguruskan diri di rmh, basuh sndri cuma perlu dipantau utk dia prgi ke tandas, tp pihak sklh mnta saya pakaikan diapers utk dia. Jadi apa guna usaha yg tlh saya lakukan ajar dia uruskan diri tp pihak sklh nk buat kerja mudah pakai diapers. Objektif siapa yg x berjaya, pihak sklh atau saya???????? Kalau dipakaikan diapers smpi bila dia akan pandai uruskan diri di sklh, sedangkan di rmh atau di nursery dia blh uruskan diri sendiri. Tolonglah jgn aniaya anak2 kami yg autisme, jgn fikir mereka x ada masa depan, potensi mereka sebenarnya lbh besar drp kanak2 normal, ttp guru kenalah pandai mencungkil, gunakanlah sepenuhnya ilmu yg dipelajari dan kalau tak tahu belajar lagi, teroka semua permasalahan, jgn buat alasan ini bukan sekolah anak autisme.
6 minutes ago · · Flag


31/5/2010
· Flag

Mie Ahmad Saya sndri apb mempunyai anak autisme, saya cari ibu bapa yg punyai masalah yg sama dgn anak saya, saya kongsi maklumat dgn guru2 p.khas, saya cari maklumat dr internet semoga semua itu dpt membantu saya & bukannya utk saya tunjukkan diri saya lbh pandai drp guru anak saya. Jgn ambil mudah, anak autisme tidak blh digunakan kekerasan mereka akan jd semakin degil. Skrg saya sdg berjuang utk anak saya....kalau dari bawah saya berbincang tidak brjaya saya akan bawa perkara ini kpd pihak atasan, bukan bertujuan utk membuka pekung pihak sekolah, ttp supaya anak2 khas spt ini tidak dianiaya pd masa dpn kalau pun itu bukan anak saya perkara ini akan berulang lagi ke atas anak org lain sekireanya tidak ada penambahbaikan dlm pengurusan kelas PPKI.
Yesterday at 10:07pm · · Flag

Chin Siewfah Sedih saya dengar... Maaflah bebanyak buat anak-anak autisma dan anak-anak istimewa di Kelas Pendidikan Khas di seluruh Malaysia jika kami guru-guru Pendidikan Khas tidak dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak istimewa ini terhadap mandat yang telah diberikan kepada kami.. Ribuan dan jutaan maaf dipohon dari kami guru-guru pendidikan khas kepada ibu bapa/penjaga... Ramai guru dan ppm yang tidak mendapat latihan yang secukup tentang anak-anak pend khas dan ini bukan satu alasan kenapa anak-anak istimewa ini dianiayi.. maaf sekali lagi...
Murid-murid pendidikan khas ini adalah seperti satu helai kain putih yang tiada satu titik hitam pun padanya... bersih... kita sebagai guru harus mengajar mereka seperti anak sendiri kerana anak-anak kita sendiri diajar orang lain.. kalau kita hendak yang terbaik untuk anak-anak kita, kita sebagai guru juga harus memberi yang terbaik kepada anak murid kita.. ini adalah satu kitaran hidup... yang akan berpusing dan sampai kepada kita jua kemudiannya...
Yesterday at 10:26pm · · Flag

Wan Haslinda Murni Sani sedih saya dengar..semoga ibu bapa tabah menghadapinya
Yesterday at 10:48pm · · Flag

Sri Latha Sekiranya anak saya diperlakukan sedemikian, saya akan terus laporkan kepada pihak polis atau (jika pihak polis tak endahkan), saya akan hubungi Ahli Parlimen di kawasan saya (in my case, it's none other than YB Gobind Singh Deo s/o YB Karpal Singh) kerana ia adalah suatu jenayah. Saya juga akan memastikan berita tersebut disiarkan di media massa. Baru-baru ini ,ada berita di The Star mengenai aktiviti samseng di sebuah sekolah di Rawang. Setelah bertahun-tahun kegiatan itu di'cover-up', akhirnya pihak media dapat juga membongkar keadaan tersebut. Kita tak boleh melindungi atau memaafkan penjenayah, lebih-lebih lagi jenayah ke atas kanak-kanak yang tak berdosa, tak kira dia cikgu atau murid. Lastly, bila dah tahu suasana di sekolah itu seburuk demikian, tak patut biarkan anak kita terus berada di situ. Ada cara lain spt homeschooling etc. Keselamatan anak kita lebih penting drpd segalanya. Formal education isn't the only way to attain success. Ramai di kalangan orang "biasa" yang tak lulus dengan cemerlang sewaktu di sekolah tapi tetap berjaya dalam hidup melalui cara alternatif.

Yesterday at 2:42pm · · Flag

Chin Siewfah Semua guru pendidikan khas, ppm dan ibu bapa/penjaga perlu bekerjasama dalam menjayakan semua aktiviti dan peningkatan prestasi murid pendidikan khas... tidak boleh berjaya jika hanya satu pihak saja yang berusaha tapi pihak yang lain tidak berbuat apa2 pada pendapat saya (saya buka menuding jari kepada sesiapa tetapi ini adalah kenyataan)... bangunlah semua.... termasuklah saya....
7 hours ago · · Flag

Chin Siewfah maaf... pembetulan ayat..(saya bukan menuding jari kepada sesiapa tetapi ini adalah kenyataan)..
7 hours ago · · Flag

Chin Siewfah setiap murid pend khas adalah berlainan/istimewa dan memerlukan kaedah atau pendekatan yang berlainan untuk mereka... saya juga belajar dari mereka dari masa ke semasa...
7 hours ago · · Flag

Mohd Hisham salam ... bila saya membaca kisah ni, saya terdiam seketika ... saya memikirkan byk kemungkinan yg telah berlaku semasa anak puan berada disekolah tersebut.
1. guru tersebut - kepakaran, latihan, emosi, penerimaan, latar belakang
2. anak puan - situasi,penyesuaian diri, emosi, rakan2, tingkah laku .. di skolah
3. puan/suami - harapan, toleransi,hub. dgn guru pk dan pentadbiran
4. pentadbiran - pemantauan, tindakan
5. murid lain - layanan

justeru itu, saya memohon maaf bagi semua warga pendidik 'children with special need' khususnya puan, Arif dan Suami serta semua ibubapa yg telah menerima nasib yang sama. diharap kejadian seperti ini tidak berulang. Sebagai seorang guru, saya juga akui mmg wujud dendaan namun bukan dendaan yg melampau. Kebiasaannya guru membuat dendaan utk mendidik yang membawa kepada perubahan positif.

No comments:

Post a Comment