Monday, May 24, 2010

Nasi Punca Penyakit
















Selepas makan nasi tenaga semakin berkurangan?
Selepas makan nasi sendi-sendi semakin ketat?
Selepas makan nasi otak semakin lembab?
Selepas makan nasi menjadi lebih mengantuk?

Kini nasi yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia merupakan salah satu punca kepada berbagai jenis penyakit moden.

Bagaimana ia terjadi?

Kandungan utama beras ialah karbohidrat dan juga zat-zat yang lain. Tetapi kini beras telah menjadi makanan (dalam bentuk nasi) yang mempunyai kandungan karbohidrat, air dan protein yang tidak seimbang sehingga mencetuskan berbagai jenis penyakit moden.

Nasi pada zaman ini sudah semakin kurang kadar kanjinya.

Faktor-faktor penyebab

Tanaman padi dua kali setahun menukar sifat asal padi yang sepatutnya lebih baik ditanam sekali setahun – cukup zat dan sifatnya sebagai “fitrah”nya.

Terlalu banyak baja kimia yang boleh menjejaskan tindak balas kimia di dalam tubuh.

Berlebihan kandungan air yang mempunyai kadar klorin yang tinggi apabila dimasak.

Padi ditanam di tanah yang sama dan mendapat sumber air dari punca yang sama menjadikan kandungan nutriennya berkurang.

Kesannya?

Tindak balas kimi di dalam tubuh bercelaru dan tidak dapat menymbangkan keperluan tenaga malah menimbulkan berbagai karenan penyakit.

Bagaimana mengatasinya?

Pilih jenis beras yang sesuai dengan kaedah Applied Kinesiology.

Tentukan kaedah memasak nasi yang terbaik, gunakan air beralkali dan bilas beras dengan menggunakan dengan rawatan air berozon.

Diet atau berhenti memakan nasi untuk satu tempoh contoh terbaik dan paling berkesan ialah 2 minggu setiap 3 bulan (setiap orang mempunyai diet berbeza mengikut keadaan tubuh).

Zakat fitrah?

Zakat fitrah sebenarnya ialah tuntutan untuk kesihatan, pembersih diri sesuai dengan fitrah pemakanan yang diambil secara ruji. Di rantau ini beras adalah makanan asasi. Maka sebenarnya beras atau padi perlulah mengikut kepada “fitrah”nya atau “karektor”nya yang asal barulah seimbang dengan zakat fitrah setiap mereka yang dituntut melakukannya. Hasilnya, tubuh semakin subur / sihat untuk tahun-tahun berikutnya untuk diri dan keluarga.

Waktu terbaik untuk berzakat fitrah ialah waktu sebelum sembahyang / solat Aidilfitri. Alasannya : Di pagi Aidilfitri, tuntutan berpuasa tidak lagi berlaku, tetapi wajib diraikan dengan kemenagan salah satunya secara pengambilan makanan. Maka itulah simbolik suatu kesimbangan tenaga dalam “fitrah” atau aturan alam yang berlaku apabila zakat fitrah ditunaikan pada waktu tersebut.

Imbangkan pemakanan melalui nasi untuk membantu merawat penyakit di samping mengawal berat badan.

Beras organik

Di Malaysia, satu-satunya beras yang ditanam secara organik ialah beras Bario di Sabah. Namun tidak semestinya beras organik boleh menyelesaikan masalah beras sebagai punca penyakit. Kembali kepada kaedah mendiagnos beras menggunakan kaedah Applied Kinesiology akan menemukan beras yang tidak organik sebagai beras terbaik.

Jenis-jenis beras

Terdapat beberapa jenis beras iaitu berat tempatan, beras hancur, beras thai, beras pulut, beras herbaponi, beras organik, beras perang dan sebagainya. Sama ada ia organik atau tidak atau banyak gula atau tidak, semuanya perlu didiganos.

Walaupun kita telah mengetahui beras yang sesuai, ulangan diagnos perlu dibuat sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali. Dalam sesebuah keluarga, biasanya setiap ahli keluarga mempunyai kesesuaian beras yang berbeza. Biasanya dalam sebuah keluarga terdapat 3 jenis kesesuaian beras yang berbeza.

Mereka yang mengambil rawatan Colour Vibration Therapy dengan saya akan didiganos secara percuma untuk mengetahui tentang beras yang sesuai dimakan.

Beras digilap

Zat yang paling banyak terdapat di dalam beras ialah di bahagian selaputnya. Apabila beras digilap atau dilunturkan, banyak zat akan termusnah.

Beras bercampur air

Cara menyediakan nasi yang terbaik ialah dengan menguranakan air ketika menanaknya. Sukat air pada tahap 3/4 daripada sukatan beras.

Karbohidrat apabila bercambur dengan hidrogen (daripada air) akan membentuk ikatan lemak. Bubur ialah diet yang paling tidak sihat untuk kita atau pesakit. Bubur nasi mempunyai gula yang tinggi dan mudah membentuk lemak. Memberi bubur nasi kepada pesakit hanya akan memudaratkan lagi keadaan pesakit.

Kini terdapat periuk nasi moden yang boleh diselaraskan kandungan air untuk menanak nasi. Walaupun nasi yang dimakan itu kurang air, tetapi meminum air selepas makan nasi akan menyebabkan nasi tersebut kembali bercampur dengan air. Oleh itu, setiap kali setelah selesai makan nasi, jarakkan waktu untuk minum air lebih kurang antara 10 ke 30 minit.

Waktu makan beras
Waktu terbaik untuk penghadaman dan penyerapan karbohidrat ialah dalam waktu indigo iaitu pada pukul 7.30 malam hingga 9.00 malam dan 3.00 pagi hingga 6.00 pagi. Sila rujuk post bertajuk Warna Resonan Waktu untuk memahami tentang perubahan gelombang warna setiap hari.

Petua diabetes

Post ini ialah panduan untuk pesakit diabetes. Tetapi bukan bermaksud pesakit diabetes tidak boleh mengambil nasi sama sekali. Dengan kaedah dan teknik pengambilan nasi yang betul akan membantu merawat dan mengelakkan penyakit diabetes menjadi bertambah mudarat.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat demam denggi atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy

No comments:

Post a Comment