Monday, April 5, 2010

Produk 3 - Wangi Antioksidan


Antioksidan yang terbaik hendaklah yang bersifat alkali dan tidak masam. Memang benar ramai yang mengeluarkan teori antioksidan, malah ia diperakui. Tetapi malangnya, teori hanya tinggal teori kerana hanya sedikit sahaja yang berjaya menemui antioksidan bersifat alkali. Dalam Atitude Therapy, formula ini dapat dihasilkan dengan cara yang mudah iaitu bahan yang bersifat alkali dibeamkan dengan gelombang elektron yang akan bertindak sebagai antioksidan. Maka terhasilkan antioksidan yang bersifat alkali. Mungkin nampak remeh, tetapi apabila diuji berkali-kali, ternyata ia tetap bertindak sebagai antioksidan yang amat stabil.
Teknology Elektron

Fakta saintifik tidak lagi dapat menolak bahawa teknologi elektron adalah diperlukan bagi mengimbangi tenaga hayat sel. Sebenarnya sel-sel menyerap sesama sendiri kerana mengalami ketempangan elektron untuk memegang kukuh binaan molekul oksigen. Keadaan ini menyebabkan berlakunya ‘rompakan’ untuk mendapatkan elektron bagi menstabilkan aktiviti sel tetapi boleh menimbulkan masalah kerana electron semakin berkurangan. Elektron seumpama nadi yang perlu ada di sekeliling atom-atom oksigen untuk meneruskan kehidupan.

Walaupun satu ketika dahulu nutrien-nutrien antioksidan boleh memainkan peranan yang amat besar dalam mencegah beberapa penyakit yang berkaitan sel-sel darah.
Tetapi nutrien yang paling efektif bertindak ajaib iaitu Habbatus Sauda’ (Black seed) didapati lebih aktif berkali-kali lebih hebat apabila dirakamkan dengan gelombang elektron. Habbatus Sauda’ diberi pasangan dengan bunga Saffron sebagai kombinasi yang paling ideal khususnya untuk kaum wanita yang dapat berkongsi formula bagi mencapai tujuan dan faedah yang tersendiri.

Antioksidan yang dirumus dalam bentuk minyak esensial pelbagai herba adalah lebih efektif untuk bertindak merangsang enzim-enzim di bahagian pencernaan. Bagi mereka yang terlalu gemuk antioksidan yang bersifat membakar lemak amat membantu di dalam mengurangkan badan yang berlebihan.

Bagi yang terlalu kurus pula adalah tidak digalakkan kerana ia tidak membantu untuk membentuk otot malah akan semakin kurus.

Antioksidan yang berkesan

Antioksidan mesti dapat menyingkirkan gas di dalam perut dengan cepat.
Dapat meningkatkan selera makan.

Dapat membakar lemak di bahagian kedutan jika disapu pada permukaan kulit yang bermasalah.

Dapat merawat semula penyakit yang berpunca daripada alahan-alahan pemakanan yang tidak disedari yang sebenarnya sangat mengancam kesihatan individu.

Antioksidan dapat mengatasi kesan-kesan gastrik apabila perut kosong jika lewat mengambil makanan.

Mampu menukar dengan cepat segala makanan yang dimakan menjadi zat-zat yang diperlukan tubuh dan kita akan terelak daripada berbagai penyakit yang berpunca daripada kekurangan zat-zat tertentu.

Antioksidan dapat meningkatkan kadar hormon bagi berat badan yang merosot akibat tubuh menjadi seumpama tanah yang tidak dibaja dan ini amat mempengaruhi bahagian reproduktif lelaki dan wanita. Atau berat badan yang meningkat secara keterlaluan bagi wanita selepas bersalin kerana kadar hormon kesuburan begitu teruja ketika ibu-ibu mengambil makanan yang berlebihan semasa mengandungkan bayi mereka.

Kaum ibu amat ditekankan mengambil makanan yang terlalu banyak zat secara berlebihan namun akhirnya sisa-sisa makanan memberi kesan toksik yang menghodohkan beberapa bahagian tubuh.

Cara penggunaan:

1. Ambil beberapa titik dan letakkan pada lidah sebelum dan selepas makan. Boleh juga dimasukkan beberapa titik ke dalam air sejuk.

2. Boleh dijadikan amalan 3 hingga 5 kali sehari untuk menjaga berat badan dan merawat sistem penghadaman.

Antioksidan dan sistem penghadaman amat berkait rapat di antara satu sama lain. Sesuai dengan pepatah ‘perut adalah tempat tersembunyi’ yang boleh mewujudkan berbagai jenis penyakit.

Gelombang Elektron

Frekuensi potensi rakaman energi gelombang elektron sebenarnya akan memberi kepantasan kepada seluruh sistem tubuh kita yang bekerja melalui aliran darah.

Rakaman tenaga dalam kelajuan gelombang terpantas ini tidak akan memberi ruang masa kepada segala jenis bakteria untuk menjadi lebih pantas daripadanya.

Teori ini amat meyakinkan kerana bakteria tidak mampu memintas, menceroboh atau melalukan sebarang keganasan di dalam sel-sel darah kita.

Rakaman gelombang dalam frekuensi elektron ini akan membina keimunan yang paling semula jadi malah akan menjadi penentang kepada virus-virus yang luar biasa daripada keturunan streps yang berbahaya. Tambahan pula generasi akan datang mempunyai sistem keimunan yang sangat rapuh sehingga ubatan antibiotik tidak lagi berkesan malah dengan mudah ditentang oleh bakteria.

Kuman-kuman pada hari ini semakin digeruni seperti virus ‘SARS’ yang menyaksikan satu kemunculan mikroorganisma (‘SUPER KUMAN’) yang luar biasa berbisa dan ganas.
Frekuensi elektron dengan kepantasan masa melalui kaedah rakaman gelombang bunyi akan menggetarkan ubat-ubat lebih aktif untuk menentang ‘Super Kuman’.

Makrofaj (sel di antara tisu-tisu) yang aktif dapat dipercepatkan pergerakannya melalui kelajuan yang lebih tinggi menerusi teknologi ini.

Dengan teknologi ini pasukan sel-sel T akan melalui proses kenalpastian diri sendiri dengan pantas dan tiada satu pencerobohan yang dapat berlaku kerana tiada lagi peruntukan masa untuknya mencuba sesuatu di luar kawalannya.

Diet yang buruk seperti mengambil terlalu banyak makanan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi hanya akan menyebabkan sel-sel semakin tidak dapat mengawal diri sendiri.

Pengambilan alkohol (arak, wain) sebenarnya telah dikenalpasti sebagai satu tabiat yang buruk kerana ia merupakan minuman yang terlalu banyak kandungan jisim iaitu lebih daripada 1500 jenis.

Jisim-jisim di dalam alkohol ini sebenarnya bertindak sebagai penindas imun dan merangsang radikal bebas yang jahat dan sentiasa menunggu kehadiran jisim-jisim berat ini.

Aromatherapy Seri Wanggi dan Seri Wanggi Antioksidan

Jika Seri Wanggi bertindak merawat kerohanian (masa) seseorang, maka Seri Wajah Antioksidan bertindak merawat jasmaniah (jisim/fizikal) seseorang.

Gabungan 5 jenis minyak esensial herba seperti Habbatus Sauda, Black Pepper, Peppermint, Ginger dan Kulit Kayu Manis amat sesuai kepada diet antioksidan masyarakat Asia. Antioksidan dalam bentuk cecair ini dirakam dengan teknologi elektron dapat menentang radikal bebas yang menguasai bahagian usus dan menghalang usus membersihkan lebihan gas dan asid yang bersifat toksid malah akhirnya membentuk radikal bebas yang merbahaya.

No comments:

Post a Comment