Saturday, April 17, 2010

Sejarah Pendidikan Faqihah

2001 -2004
Taska Riang Bestari, Ipoh (Tidak diterima untuk memasuki Tadika Bestari Ria (cawangan Taska Riang Bestari) untuk tahun 2005 kerana mereka tidak mampu menjaga Faqihah). Nov/Dis 2004 terus mencari tadika untuk Faqihah tetapi tiada tadika yang sanggup menerima kanak-kanak seperti Faqihah. Isteri terpaksa cuti tanpa gaji selama 6 bulan untuk mengurus pendidikan Faqihah.

2005
Tadika Hospital Ipoh sanggup menerima Faqihah tetapi hari pertama Faqihah telah didera oleh guru tadika disebabkan hiperaktif kerana terdapat kesan-kesan cubitan/pukulan. Terpaksa memberhentikan Faqihah dari Tadika tersebut dengan serta-merta dan wang RM 250.00 tidak dikembalikan walaupun pada peringkat perbincangan mereka sanggup menerima Faqihah). Sehari sahaja berada di taska tersebut.

2005
1. NASOM. Perkhidmatan diberikan tidak memuaskan dengan bayaran RM250/bulan untuk perkhidmatan separuh hari. Berhenti daripada menghadiri aktiviti di NASOM setelah 6 bulan di sana disebabkan perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan di mana tiada perubahan berlaku ke atas Faqihah.
2. Tadika Brighter Future, Ipoh. Tadika dimiliki oleh pengusaha berbagsa cina. Perkhidmatan amat memuaskan sehingga dapat membentuk Faqihah dalam pelbagai aspek. Bayaran untuk separuh hari RM170.
3. Yayasan Sultan Idris. Perkhidmatan yang diberikan memuaskan di mana Faqihah mendapat perkhidmatan Speach Therapy dan terapi cara Kerja.

2006
Menempatkan sepenuhnya Faqihah di Tadika Brighter Future (Kg Simee) dari pagi sampai petang dengan bayaran RM370 sebulan. Banyak perubahan berlaku ke atas Faqihah dengan pelbagai aktiviti yang mereka lakukan termasuk aktiviti lawatan turut diadakan (Tesco, pasar, kedai dan bomba). Disamping itu Faqihah masih lagi mengikuti aktiviti di Yayasan Sultan Idris secara percuma.

2007 - Mei 2008
SK Seri kepayang Ipoh. Terpaksa menamatkan persekolahan di sini kerana tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak sekolah terhadap Faqihah. Faqihah tidak dilibatkan dalam aktiviti luar dengan alasan hiperaktif.
Tadika Brighter Future, Ipoh (Transit - Tuition)

Jun 2008 - kini
SK Seri Mutiara Ipoh. Terlalu banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak sekolah sehingga berjaya membentuk Faqihah ke peringkat sekarang. Ditempatkan dalam kelas ke-2 pada tahun 2009 dan kelas pertama pada tahun 2010. Berjaya menerima anugerah cemerlang dalam akademik pada tahun 2010 semasa Majlis Hari Anugerah sekolah tersebut.
Tadika Brighter Future, Ipoh (Transit - Tuition)

Disamping itu, Faqihah turut mendapat pendidikan di Semangat Maju Ipoh, NASOM Ipoh, Yayasan Sultan Idris dan Speach Therapy Swasta selama 4 bulan.

No comments:

Post a Comment