Thursday, April 8, 2010

Rahsia Mandi Malam

Mandi malam amat digalakkan kerana ia membantu Hidrotherapy mencapai Resonan dalam usaha untuk mencapai Teori Tekanan dan kelancaran vibration dalam medium kekonduksian kegelapan (Rahsia Kegelapan). Waktu mandi yang terbaik sehingga memberi kesan sama seperti rawatan rendaman Hidrotherapy Ice ialah mandi pada waktu sebelum terbit fajar atau sejurus (dalam 30 minit) sebelum masuk waktu subuh, Insya Allah.

Sebenarnya apabila sakit, ramai yang tercari-cari ubat. Sedangkan ubat itu ada di sekeliling kita. Ais yang ditakuti dengan mitos punca paru-paru berair, urat bengkak, batuk dan sebagainya sebenarnya ialah penawar yang amat hebat, tetapi tidak diketahui umum.

Di Malaysia, suhu malam akan turun antara 1 ke 3 darjah daripada waktu siang. Pada kedudukan yang biasa (bukan tanah tinggi), suhu paling sejuk tidak kurang daripada 25 darjah celsius. Di negara yang mengalami empat musim, mereka tetap mandi dalam keadaan suhu di bawah 0 darjah celsius. Malah mereka tinggal dalam atmosfera dan iklim yang di bawah tahap beku tanpa mengalami masalah paru-paru berair. Istilah paru-paru berair ialah istilah Melayu bagi sejenis penyakit yang dinamakan Pneumonia. Sedangkan pneumonia ialah penyakit akibat jangkitan paru-paru dan ia terjadi bukan disebabkan oleh mitos mandi malam.

Urat bengkak adalah disebabkan oleh masalah sistem limpatik. Ia terjadi kerana gangguan buku limpa di bahagian sebelah perut (atas pankreas). Bukan disebabkan oleh mandi malam. Mereka yang kerap mendapat batuk ialah mereka yang biasa mengambil munuman panas. Mereka yang mengamalkan pengambilan ais setiap hari akan kebal daripada penyakit batuk, insya Allah.

Ais, mandi sejuk dan mandi malam sebenarnya mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan

No comments:

Post a Comment