Thursday, April 15, 2010

47,000 Hidap Autisme termasuk Anakku

Ibu bapa perlu tahu cara mengetuk ‘pintu rahsia’ anak sebelum boleh mendekati dan berinteraksi dengan anak autisme. Jika pintu rahsia ini tidak ditemui, anak anda makin sukar didekati dan mungkin terus hidup dalam dunianya sendiri.

Anak autisme sering dilabel sebagai kanak-kanak bodoh, degil, berkelakuan pelik, mementingkan diri dan berkemungkinan besar keciciran dalam pelajaran.

Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal, tetapi melalui pendidikan sewajarnya mereka mampu memiliki kehidupan baik, malah mungkin lebih berjaya daripada individu normal.

Dunia kanak-kanak autisme masih menjadi misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka, khususnya apabila mereka mula ‘buat perangai’, sama ada tidak mengendahkan orang lain, asyik mengulangi perkara sama atau melakukan perkara yang boleh mencederakan diri.

Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.

Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah ini dan statistik menunjukkan kini ada kira-kira 47,000 penduduk negara kita menghidap autisme. Daripada jumlah ini, empat atau lima orang bagi 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri sendiri.

Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku.

Kekurangan dialami kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Pun begitu, bukan semua individu autisme mengalami masalah pembelajaran kerana ada yang berjaya dan menjadi orang ternama seperti Albert Einstein, Bela Bartok dan Bill Gates. Mereka berkongsi masalah sama, iaitu mengalami Sindrom Asperger iaitu sejenis autisme.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:

a. Tidak mampu bersosial — Perkembangan sosial kanak-kanak autisme sangat perlahan, menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding rakan sebaya dan menunjukkan perlakuan sangat berbeza daripada normal seperti:
Tidak menghiraukan orang lain.

Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.

Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.

Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang).

Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran.

Lebih suka bermain sendiri.

Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

b. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi
Lambat bercakap.

Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.

Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

Bercakap dalam nada pelik — seperti menyanyi atau bercakap macam robot.

Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap).

Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.

Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan pertuturan mereka kedengaran seperti orang dewasa.

c. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan
Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.

Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek.

Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan.

Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang.

Tidak boleh duduk diam.

Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang dewasa.

d. Masalah tingkah laku
Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.

Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang dicetuskan orang lain.

Tidak tahu bersosial — jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.

Aktif tetapi berperangai 0pelik — kanak-kanak autisme jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-kanak lain.

Memiliki ciri yang disenaraikan di atas mengakibatkan kanak-kanak autisme sukar didekati. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’ anak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak autisme sebagai bodoh.

“Kanak-kanak autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu bapa tidak tahu cara mendekati mereka. Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial, perkembangan kanak-kanak autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak normal.

http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=884

No comments:

Post a Comment