Sunday, April 18, 2010

Makan Untuk Keberkatan

Tujuan makan yang sebenar ialah untuk mendapatkan berkat, bukan mendapatkan nutrient. Apabila kita makan, apa yang akan terjadi tehadap makanan tersebut akan ditentukan oleh cara dan keadaan kita ketika makan. Semakin tinggi adap makan yang dijaga serta semakin tinggi kefahaman terhadap tujuan makan, maka semakin tinggi keberkatan yang akan diperolehi daripada makanan.

Untuk mencapai matlamat keberkatan, agenda makan merupakan salah satu protocol yang paling besar dan utama. Makan dengan tidak beradap seperti makan berdiri, makan dengan tangan kiri, makan sambil menonton TV atau sebagainya akan menghilangkan keberkatan makanan.

Antara adap makan adalah seperti berikut;

1. Mulakan makan dengan membaca bismillah. Menyebut nama Allah sebelum makan ialah makan bersama kalimah yang agung dan tertinggi. Makanan yang disertai dengan kalimah agung akan mambantu menjadikan molekul di dalam makanan tersebut teratur dan sempurna untuk dihadam dan serap oleh tubuh.

2. Makan dengan tangan kanan. Tangan kanan mempunyai fungsi mengalirkan tenaga dalam bentuk ion-ion electron kepada makanan. Makan dengan tangan kiri akan menyebabkan tenaga makanan tersebut hilang dan tidak dapat membentuk zat apabila dimakan.

3. Duduk semasa makan. Makan sambil berdiri akan mengganggu organ-organ pencernaan untuk menghadam makanan dengan baik. Hanya air yang bermineral tinggi seperti air zam-zam yang digalakkan diminum sambil berdiri.

4. Elakkan makan seorang diri. Makan sambil berfikir akan menyebabkan proses penghadaman terganggu. Untuk mengelakkan berfikir ketika makan, elakkan makan berseorangan, sebaik-baiknya makanlah sekurang-kuangnya berdua dengan rakan. Apabila makan bersama rakan, keinginan untuk berfikir ketika makan dapat dikurangkan. Tabiat yang paling buruk ialah makan sambil menonton TV. Akibatnya makanan yang hendak dimakan akan terganggu susunan molekulnya kerana dipengaruhi oleh keadaan siaran TV ketika dimakan.

Cara terbaik untuk mendapatkan keberkatan makanan adalah seperti berikut;

1. Duduk menghadap kiblat. Magnetik tulang belakang akan menjadi lebih resonan apabila tubuh dihadapkan ke arah kiblat. Ketika itu organ penghadaman dapat menghadam makanan dengan lebih baik. Makan secara berdiri atau berjalan atau berbaring atau sebagainya akan mengganggu Elektromagnetic Tulang Belakang seterusnya mengakibatkan organ pencernaan tidak dapat berfungsi dengan baik.

2. Membaca doa untuk mendapatkan berkat daripada makanan. Boleh juga membaca sesuatu doa atau hajat sebelum makan. Misalnya berdoa supaya cepat sembuh, berdoa supaya dimurahkan rezeki, berdoa supaya makanan ini bertukar menjadi akal dan sebagainya. Tetapi berdoa untuk berkat adalah lebih besar daripada semua itu. Pastikan doa ini diiringi dengan selawat.

3. Menghormati makanan. Sesuatu yang cuma berlu dilakukan di dalam hati dan perasaan ialah hormatilah makanan. Jangan makan secara lahap, makan perlahan-lahan dan bersedia untuk makan. Jika makanan itu tidak lazat, janganlah menghina makanan tersebut. Contohnya menyatakan “makanan ni tidak sedap lah!”, sedangkan makanan tersebut telah pun masuk ke dalam tubuh. Kesan daripada tidak menghormati makanan ini amatlah mudarat.

4. Pilih sumber makanan yang berkat. Makan untuk berkat hendaklah bermula daripada pemilihan makanan yang berkat. Pilihlah makanan yang baik karektor pembawaannya seperti daging yang halal. Elakkan memakan daging yang bercelaru karektornya seperti haiwan-haiwan yang diharamkan. Elakkan juga makanan yang tinggi protein dan kolestrol tepu. Protein ialah unsur berat yang mengganggu pembentukan keberkatan. Kolesrol tepu akan mensenyawakan DNA kita menjadi bercelaru karektronya. Perlu diingat, walaupun makanan tersebut yang halal dan suci, tetapi jika sumbernya tidak bersih seperti hasil rasuah, korup, judi, penganiayaan, penipuan dan mencuri, maka makanan tersebut juga akan rosak susunan molekulnya dan mengganggu pembentukan keberkatan.

5. Makan hanya ketika lapar. Pembentukan berkat ini hanya berlaku ketika tubuh sedang lapar. Ketika itu organ penghadaman tidak akan terbeban untuk memproses makanan. Oleh itu, mengamalkan kerap berpuasa adalah cara terbaik untuk mendapatkan keberkatan setiap kali makan. Atau sekurang-kurannya makanlah hanya ketika perut betul-betul lapar. Ketika lapar, lebih banyuk instinct dan intuisi akan hadir. Kehadiran instinct dan intuisi ketika sedang memulakan makan akan menjadikan keberkatan bertambah kuat dan nyata.

Beberapa Fenomena Tentang Makan Dan Berat Badan

Mereka yang telah lama sakit dan mulai hendak sembuh akan meningkat selera makannya. Selera makan adalah satu nikmat dan petanda saraf-saraf deria pada gigi mulai mendapat tekanan. Selera juga ialah tanda organ-organ pencernaan mulai hendak memproses makanan dengan sempurna. Meraka yang makan dalam keadaan selera yang tinggi dan cermat, tidak akan meningkat berat badannya. Tetapi mereka yang makan tanpa selera tetapi makan kerana nafsu atau takut lapar akan sentiasa bertambah berat badannya.

Penagih ganja terganggu bahagian Hipothalamus (NW4) iaitu bahagian yang menjaga tumpuan dan nafsu makan. Penagih ganja akan makan dengan banyak setiap hari secara luar biasa tetapi tubuhnya masih kurus dan berat badannya tidak bertambah.
Ahli sihir yang ingin memulakan pertunjukan akan melakukan upacara menghilangkan “masa” di dalam tubuhnya supaya dia dapat menguasai “jisim” di dalam “ruang” yang kehilangan “masa” [rujuk teori Masa + Ruang = Jisim]. Amalan tersebut ialah dengan memakan kuning telur yang mengandungi protein tinggi sebanyak 40 biji atau beratus-ratus biji dalam sesuatu waktu. Setelah makan, perutnya tidak pula kembung atau rasa kenyang. Keadaan ini disebabkan kuning telur tadi (jisim berat) telah bertukar tenaganya kepada sesuatu bentuk yang berfungsi untuk mengganggu “masa” dan menzahirkan jisim.

Makanan sepatutnya membentuk “masa” di dalam tubuh, tetapi apabila makanan membentuk “jisim” maka wujudlah fenomena ada gunting atau paku atau kaca atau jarum atau pisau belit atau apa-apa benda tajam di dalam perut.
Sila klik di sini untuk mengetahui tetang Teori Ruang dan Masa
Kenapa Perlu Mendapatkan Keberkatan Makanan?

Keberlangsungan hidup kita disebabkan kita melakukan aktiviti makan sebagai salah satu cara pengaliran tenaga secara semula jadi. Tenaga semula jadi ini akan berubah bentuk kepada bentuk yang membawa manusia untuk terus dapat hidup dan bahagia. Maksudnya apabila kita makan, kita akan hidup… apabila kita makan, kita akan bahagia… apabila kita makan, kita akan dimurahkan rezeki. Bukannya makin makan makin bertambah berat badan… makin makan, makin susah hati… makin makan masih sakit.

Keberkatan adalah perkara umum dan meluas. Antara contoh keberkatan adalah seperti berikut;

1. Kekayaan dan dimurahkan rezeki.
2. Kesihatan dan merawat penyakit.
3. Memecah kebuntuan.
4. Kemakmuran.
5. Kebahagiaan.
6. Mencapai matlamat dan hajat.

Mereka di mengalami masalah dalam kehidupan atau kesempitan rezeki atau mengidap sesuatu penyakit yang sukar untuk sembuh boleh menggunakan pengetahuan ini untuk mengetasinya, insya Allah. Berikut ialah beberapa contoh cara untuk mendapatkan manfaat makanan;

1. Mereka yang telah memakan pelbagai jenis ubat tetapi masih tidak sembuh, atau telah lama menghidap pelbagai penyakit yang tidak diketahui punca dan rawatannya, maka berniatlah untuk sembuh sebelum makan atau berdoalah agar keberkatan makanan ini dapat memberikan penyembuhan.
2. Mereka yang berat badannya terlampau tinggi, berniatlah makan untuk turun berat badan.
3. Mereka yang dirundung pelbagai konflik masalah, berniatlah untuk selesai segala kebuntuan sebelum makan.
4. Mereka yang benak atau lembab dalam pelajaran, berniatlah untuk terang hati sebelum makan.

Walau apa pun doa atau niat, doa yang paling terbaik dan menyeluruh malah lebih besar daripada segala doa yang dinyatakan tadi ialah bedoa untuk mendapat berkat daripada makan.

Makan secara lalai atau sikap makan “pantang nampak” akan mengakibatkan keberkatan makanan tersebut hilang. Makanan yang dimakan tidak dapat ditukar tenaganya menjadi nutrient yang memberikan manfaat sebaliknya akan bertukar menjadi lemak dan toksik yang akan menambah berat badan, menjejaskan kesihatan dan menumpulkan pemikiran. Dengan melihat gambarajah di bawah, ia akan membantu memberi lebih kefahaman mengenai makanan yang memberikan keberkatan dan makanan yang mendatangkan kemudaratan.

No comments:

Post a Comment