Saturday, April 25, 2015

OKU - Penerimaan masyarakat?


Bagaimanakah penerimaan masyarakat kini terhadap anak-anak istimewa. 
Apakah pandangan anda ?


Isu yang dikeutarakan oleh Pn Hasmah Hitam. Beliau merupakan sifu pak yoep semasa menimba ilmu pendidikan khas di Melaka. Ketika itu, beliau merupakan Penyelaras Pendidikan Khas SK Ujung Pasir. Banyak ilmu yang pak yoep terima semasa menimba ilmu di sana. Bimbingan yang diberikan amat pak yoep hargai.

Antara komen-komen FB  Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep.

  • Fida Imanina kadang 2 mereka xfham ank 2 ini... mereka akn digelar ank yg nakal n sakit

  • Illa Nabilla Kalau yang tak tau dan tak paham ape itu autism mereka akan fikir anak kita bukan2..tapi kalau yang paham tentang anak kita,mereka akan menganggap anak itu istimewa

  • Md Azharudin Othman Yg tak paham depa kata kena gangguan la mcm2 ,lg, yg paham ok ja

  • Zazaryena Bt Abbas Jaja Mmg kadang2 masyarakat xpaham dgn ank2 hebat ni. Kena byk lg awareness mengenai autism ni sbnarnya. Mcm down sindrom etc. Klau ckp pon dorang akn kta, 'eh ye ke? Xnmpk mcm tu pon.' Then dorang akn suh kita explain. Sometimes perimaan ok but sometimes mcm xok. Mgkin still blur pasal autism. Kena tekankn bkn penyakit suma kecelaruan saraf. Correct me if i'm wrong.

  • Syarila Bahari Malaysia masih ketinggalan. Masih ramai tidak memberi kerjasama, masih ramai tak tahu apa itu autisme. Pengangkutan ke pdk tidak disediakan menyukarkan ibu bapa yg bekerja. Malaysia mmg jauh ketinggalan. Bila anak saya terlepas dari tgn saya, saya keja... dia bagai nak rak org ramai hanya memandang tanpa memberi bantuan. Org Malaysia mmg kurang perihatin. Walau saya org malaysia saya sedih dgn layanan org terhadap anak saya.

  • Midi Ohsem Orng ckap kmi laki bni xpndai jga anak sb biaq ank antuk kpla..bkn biaq..xleh nk lrang..xlrat dah..sdih nguhh

  • Noorfatma Muhamad Alhamdulillah

  • Faridah Azizan Rasa sedih dan sakit ati bla bdk2 lain pggl ank kita gila...yg dewasa plak pndang sinis dan pelik....

  • Dayana Elf Kadang2 mereka fikir anak autisme tu sama macam terencat akal. Kat tmpt sy bljr pun prnh org kta autisme tu mcm org terencat. Autisme bukan macam terencat mlh bnyk ank autisme yg pndai.kne ada bnyk kesedaran kt malaysia..

  • Ruzmaidah Aniq whatever apa org nak ckp..yg pntg sy syg anak sy..sy akan jaga anak syurga ini sebaik mungkin..

  • Albert Daniel Mereka malah mengejek dgn mengatakan anak Autis anak gila. Dan perhatian pemerintah terhadap anak Autis sy rasa sangat kurang apa lg seperti sy yg hidup sebatangkara utk mencari sesuap nasi sama sekali sangat sulit mengingat anak sy yg mengidap Autis perlu mendpt pengawasan yg ketat dari sy
    Like · Reply · 1 · 6 hrs
  • Khairiah Ery Sy x peduli apa orng nk kata pasal anak sy.sy yg lahir kn dn jga anak sy.sy terima dgn rela hati bersyukur sgat2 dgn anugerah allah yg x ternilai ni.

  • Khairiah Ery Apa yg saya fikir kn mengenai anak autis sy ni ialah,sy dh tentu ada anak ahli syurga..

  • Ielah Kulit Manggis Nama manusia normal pon org kata.... Buat bodoh jer yg penting terus repair n repair ank autism kita... Xdpt tunggu org lain ... Pemimpin... Kerajaan... Masyarakat... Pokok celah batu pon bole tumbuh.... Inikan manusia yg berakal... IBU bapa sndiri yg kena positip dulu br org lain.... Anak2 autism bole dibentuk... Klu diorg memandang autism ni gila atau APA pon... Biarkan kita xbole stopkan fikiran negetif org... Postifkan kita dulu.... Mudah Kerja kita Xpercaya Cuba praktis 1 hari... Mind is power... Allah permudahkan.. Amin
  • Hamba Binti Hamba Yg akan faham jika ada anak, cucu atau saudara terdekat jer. Sebb baru kita kaji pasal autisme ni. Itu pun untuk darah daging kita. Yg x pernah alami tetap x kan faham. Kalau ada pun mereka yg betul2 prihatin.

  • Zuraidah Mohd Nor Anak kita biasa je macam anak org lain...

    Cuma nya mereka Lebih istimewa....


    Itu yg membuat mereka lain dari anak orang lain...

    Dan kita Ibu bapa yg bertuah dapat memiliki mereka...

    Xsemua Ibu bapa bertuah seperti kita...

    Anak kita ISTIMEWA...
    Kita Ibu bapa pula SPECIAL dapat Anugerah dari NYA....

Sunday, April 19, 2015

Anak pak yoep masuk Sinar Harian

Haziq..6 dari kanan sebelah pemain import Korea

Saturday, April 18, 2015

Kepentingan Terapi

Friday, April 17, 2015

Pak Yoep berceramah demi anak istimewa



Nampaknya dah tak cukup masa untuk pak yoep luangkan masa untuk kemaskini blog dan facebook Kelab Anak Autisma akibat komitmen tugas hakiki dan tugasan sampingan. Juga komitmen terhadap keluarga yang masih mempunyai anak-anak yang kecil.

Setelah terima jemputan ceramah kepada ibubapa anjuran PDK Alor Pongsu di Lumut pada bulan Januari, pak yoep terlibat dengan program untuk guru-guru baru di Hotel Dynasty, KL selaku penceramah dan urusetia pada awal bulan April 2015.

Manakala esok, akan memberi ceramah lagi dalam program LADAP untuk guru-guru anjuran SMK Sultan Yusuf Batu Gajah.

Minggu depan bakal berceramah dalam program kecemerlangan UPSR untuk murid berkeperluan khas anjuran JPN Perak di PULARES, Batu Gajah Perak..

Bulan Mei dah terima jemputan ceramah untuk ibubapa sempena Hari Bertemu Waris peringkat sekolah anjuran SMK Seri Putera Ipoh di Fair Park, Kepayang Ipoh Perak.

Tadi baru buka email... rupa-rupanya ada jemputan ceramah lagi dari: 

"Wakil Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) merangkap sukarelawan Autism-Hub for Educational Resources and Training (A-Heart) UniMAP dan mewakili pihak pengerusi ingin menjemput Pak Yeop menjadi salah seorang penceramah untuk menyampaikan ceramah motivasi perkembangan anak-anak Istimewa sempena penganjuran program kesedaran Autisme peringkat UniMAP. Cadangan tarikh adalah pada 28/4/2015."

Moga dipermudahkan urusan pak yoep demi anak-anak istimewa.

Friday, April 10, 2015

Kursus Pendedahan Pendidikan Khas


Lama dah pak tak ke udara... tak jenggok laman blog ini. Pak Yoep amat sibuk dengan persiapan untuk memberi ceramah buat kali ke-2.

Kali pertama di Teluk Senangin, Lumut. Beri ceramah kepada ibubapa kepada kanak-kanak OKU daripada PDK Alor Pongsu. Kali ini, diminta beri ceramah kepada kaum guru pulak. Melibatkan 94 orang guru baru dalam Kursus Pendedahan Pendidikan Khas Negeri Perak 2015.

Persiapan pasti perlu lebih teliti kerana melibatkan golongan berpelajaran. Tajuk yang diberikan ialah Program Pendidikan Khas Cemerlang.

Selain berceramah, pak yoep terlibat sebagai urusetia kursus. Terpaksalah berkampung 3 hari di sana. Lokasi tempat kursus ialah Hotel Dynasty, Kuala Lumpur. Terpaksa juga meninggalkan ahli keluarga.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Thursday, April 2, 2015

"Penyakit Bawaan Anak"

Hari ini di klinik review seorang pakcik berusia 75 tahun yang datang ke klinik kerana masalah ingatan. Sewaktu pemeriksaan perasan matanya berkaca dan nada suaranya berubah bila cerita pasal anak-anak.
"Ada juga kadang-kadang terlintas, kalau pakcik tak ada pun tak apa.."
"anak-anak ramai..tapi...."
Air mata menitis. Macam dalam drama yang anda selalu tengok dekat slot Samarinda tu, tapi yang ini real, saya bukan Aiman Hakim Redza.
Pakcik ini mengalami kemurungan, antara puncanya ialah kecil hati dengan layanan anak-anak terhadapnya.
Akibat stress yang di alami, dia jadi susah tidur, berat badan turun, kencing manis, darah tinggi dan kolestrol pun tak terkawal sebab stress. Akibatnya macam-macam penyakit datang. Sakit urat, mata kabur, jalan dah tak larat dan macam-macam lagi.
"Pakcik ini sakit ada semua anggota, semua pakar kena jumpa..pakar telinga, mata, jantung". Sekarang kena tambah satu lagi pakcik, doktor sakit 'emosi' pula.
Kalau cakap dengan anak-anak, mereka akan kata "itu lah, ayah tak jaga makan, ubat makan tak ikut aturan!"
Sedangkan anak-anak lupa, mungkin orang tua itu tak sihat disebabkan 'sakit bawaan anak'.
Bila saya tanya, "apa yang pak cik harapkan?". Tak nak apa-apa, duit, makan, pakai semua cukup...nak anak-anak bagi kasih sayang cukuplah..tanya khabar, bawa ke klinik, jenguk kami..lebih dari cukup dah'.
Tak besar mana pun harapan, tapi tak tentu lagi tercapai.
Yang sakit jiwa sebenarnya anak-anak yang tak kisah mak ayah, tapi sebab anak-anak, mak ayah yang dapat penyakit jiwa.

Wednesday, April 1, 2015

Duka anak hidap Sindrom Asperger



TIADA siapa yang mampu menyelam duka di hati apabila anak dikasihi dianggap gila. Hati mana yang tidak pedih apabila jiran sendiri menganggap mereka sekeluarga tidak layak mendiami kawasan kejiranan itu gara-gara ketidakupayaan anak yang sering disalah anggap sebagai tidak siuman.

Lantaran keadaan itu, pasangan suami isteri ini juga sering dikatakan 'tidak pandai mengajar anak', hanya kerana anak mereka tidak mampu berkomunikasi dan bersosial dengan rakan sebaya seperti remaja lain.

Tidak kurang kata-kata sinis saudara-mara terdekat yang menggelarkan anak mereka sebagai 'makhluk asing'.