Monday, April 3, 2017

Autisme - Jangan pendam rasa

Saja nak sharing semula post saya pada tahun lepas...... 

biarlah apa orang lain mahu kata saya ni parent yang fanatik tentang autism 


sedangkan sebenarnya sikap fanatik inilah berlakunya proses pembelajaran 


dan mengumpul ilmu di dada dalam mencari pelbagai kaedah terbaik untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar khas untuk anak2 kita 


tidak kiralah dia autism atau tidak. 


Walaupun anak kita autism jangan lupa simpan dilubuk hati dan minda sebenar dia juga anak yang normal 


cuma Yang Maha Kuasa bagi dia sedikit kelebihan yang hanya kita saja dapat merasakannya tidak pada orang lain 


dan kelebihan mendidik dua kaedah cara mendidik anak normal dan anak autism 


"BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL" 


biar mengeluh, biar menangis, kontrol marah dan geram, sabar, senyum, riang ketawa tapi jangan pernah putus asa 


setiap masalah InshaAllah ada jalan penyelesaiannya.... 


berkongsilah masalah pengalaman kita jangan pendam jangan simpan dihati nanti kita yang stress..


setengah orang kata gila, mental sickness, naik uri atau meroyan.....


kita masih ada famili, rakan2 dan banyakkan berdoa minta pada Maha Kuasa selepas menunaikan solat sebab itulah senjata yang paling utama dan paling mujarab.


Sumber - Posts to Page KAA

No comments:

Post a Comment