Wednesday, November 29, 2017

Logo hasil seni Faqihah

No automatic alt text available.
Tempat di mana Faqihah dididik semasa kecil 


Monday, November 27, 2017

Lumpuh selepas lahirkan anak

MOHD Zaki Ismail, bersama anak-anaknya termasuk Nur Fathia Izara, empat bulan, melihat keadaan isterinya, Meriam Zakaria, yang lumpuh dan perlu dibantu sepenuhnya di Kampung Felcra Bukit Tandak. - Foto Syaherah Mustafa

Lumpuh selepas lahirkan anak



RANTAU PANJANG: Siapa sangka, kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dia lumpuh sejak empat bulan lalu, selepas 18 hari berpantang.
Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.
Suaminya, Mohd Zaki Ismail, 37, berkata keadaan isterinya menjadi teruk selepas melahirkan anak bongsu, Nur Fathia Izara, yang kini berusia empat bulan, apabila mengalami muntah yang kerap manakala kedua-dua tangannya menjadi lemah dan tidak bermaya.
Beliau berkata, dia kemudiannya membawa isteri ke hospital namun, selepas itu isterinya tidak sedarkan diri dan lumpuh seluruh badan.
Katanya, hasil pemeriksaan juga mendapati oksigen tidak sampai ke bahagian kepala menyebabkan dia tidak dapat bercakap.
"Sebelum ini, selepas melahirkan anak kami yang ketiga, isteri saya kerap kali diserang penyakit ini yang menyebabkan tangannya menjadi lemah dan kaku namun, selepas mendapat rawatan dalam beberapa hari dia akan kembali pulih.
"Saya tidak sangka kali ini, keadaannya menjadi teruk sehingga hanya terlantar tanpa mampu membuat apa-apa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Felcra Bukit Tandak, di sini.
Mohd Zaki bekerja sendiri di bengkel kimpalan di Lubok Stol, di sini dan dia mengakui pendapatannya tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan isteri dan empat anaknya.
Beliau berkata, isterinya memerlukan lampin pakai buang dan susu khas, membabitkan perbelanjaan kira-kira RM600 sebulan, tidak termasuk perbelanjaan anak.
"Saya perlu menguruskan isteri saya sepenuhnya termasuk pakaian serta memberinya susu khas menggunakan wayar melalui hidung.
"Isteri saya juga perlu katil khas memandangkan keadaannya yang tidak boleh bergerak. Sekarang ini kami meminjam katil daripada saudara dan perlu memulangkannya," katanya.
Mohd Zaki berkata, dia dan keluarga menumpang di rumah kakak yang membantu menguruskan isteri dan anak-anak yang berusia empat hingga 11 tahun

Friday, November 24, 2017

UPSR 2016 - Autisme 5A1B

KONGSI KEGEMBIRAAN. Alhamdulillah.....

# fbparentanakautisme# 

Dgn penuh kesyukuran dan air mata kegembiraan kami sambut keputusan UPSR dr Adam.. 5A 1B.. 

Adam dh buktikan Adam blh berjaya spt anak2 normal yg lain.

Mmy sgt terharu bila cikgu semua dtg pelok dgn ucapan tahniah..
plg terharu bila ada cikgu bgtaw dlm beratus2 calon yg ambil result, hanya Adam sorang sj yg membuat sujud syukur..

Alhamdulillah..Adam dah membanggakan mmy dan ayah..

Semoga Adam akan terus membanggakan kami...


Yg pasti mmy sgt ketaq sbb kena interview ngan wartawan astro awani td..Dua2 kami ketaq tk taw nk ckp apa...

Perintis Program Inklusif.

  • Mengemparkan.

Suatu pengiktirafan.

Merupakan antara 4 sekolah yang terpilih sebagai program perintis.

Terima wasap daripada pegawai ppd kinta utara.

  • Pihak JPN akan menjalankan program pendidikan inklusif Perak bermula di daerah Kinta Utara.....sekolah-sekolah berikut telah dikenalpasti utk program tersebut
    1. SKPI
    2. SK Sungai Rokam
    3. SMK Jelapang Jay
    4. SMK Ulu Kinta
    Juga mohon kerjasama pastikan fizikal PPKI dalam keadaan yang teratur, kemas dan bersih serta kemaskinikan dokumen-dokumen PPKI sebelum JPN turun ke sekolah. Segala kerjasama dan komitmen daripada tuan-tuan dan puan-puan amat dihargai dan didahului dgn ucapan terima kasih.

Selari dengan hasrat dan perlaksanaan yang telah pak yoep amalkan sejak tahun 2010 di ppki yang pak yoep berada walaupun tidak memegang sebarang jawatan.

Melibatkan semua murid ppki dengan murid arus perdana dalam semua aktiviti di peringkat sekolah.

Kemuncak kejayaan cemerlang apabila ppki menjadi JOHAN dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah pada tahun 2014.

Cabaran tetap ada. Alahamdulillah pentadbir dan guru-guru perdana dan pendidikan khas memberi sokongan.

Akan terus dimartabatkan demi kelangsungan hidup murid ppki di masa depan agar sifat rendah diri tidak wujud. Merasai diri merupakan sebahagian masyarakat di sekeklilingnya.

Thursday, November 23, 2017

Umar ke Tadika Cina

13. 11. 2017

Ummi Umar telah membuat tinjau di Tadika Cina.

Berpuashati dengan taklimat yang diberikan.

Berpuashati dengan perkhidmatan yang bakal disediakan.

Kami membuat keputusan.

Menempatkan anak bongsu kami ke Tadika Cina.

Bermula tahun 2018 umurnya 4 tahun.

Bayaran RM230.00 sebulan.

Jika transit sekali tambahan bayaran dikenakan RM23.00 sehari (RM460.00 sebulan).

Semua berjumlah RM690.00 sebulan.

Mampukah kami???


Tuesday, November 21, 2017

Autisme memang luar biasa

Seorang murid autisme lelaki saya sebelum tahun 2016 belajar di kelas Pendidikan Khas Bermasalah Bembelajaran (PKIBP)selama 3 tahun.

Semasa di kelas PKIBP dia menunjukkan kebolehan yg sangat luar biasa dalam akademik terutamanya subjek Matematik & Bahasa Inggeris. Kami guru2 tak ajar pun tajuk2 dalam Matematik & BI silibus tahun 1..2 & 3 tetapi dia boleh jawab kertas peperiksaan tahun 1..2..3 dengan baik..malah lebih baik daripada murid normal tahun 1..2..3 tu.

Menyedari keistimewaan & kebolehan murid autisme itu saya & seorang kawan berjumpa dengan GPKPK GPK1 & GB pada akhir tahun 2015 memohon supaya murid ini diinsklusifkan sepenuh masa di tahun 4 arus perdana pada thn 2016.

Seminggu murid ini berada sepenuh masa di tahun 4 arus perdana pd 2016...GB telah buat perjumpaan khas pasal murid ini.

Wahh bukan main lagi guru Matematik yg mengajar kelas berkenaan menghentam murid ini..kata bermasalah tingkah laku tak boleh ikut arahan guru tak boleh ikut PnP dan macam2 lagi alasan bagi menolak murid ini dari berada & belajar di arus perdana. GB..GPK1..& GPKPK pun sama memberi bermacam2 teori & alasan bagi menolak murid ini.😭😭😭


Saya keseorangan bangun menjawab segala macam alasan yg mereka berikan.

"Murid ini baru seminggu berada di alam.yg baru & asing bagi dia....sedangkan murid normal yg dah bertahun2 belajar di arus perdana juga mempunyai masalah tingkah laku yg kadang2 lagi teruk. Saya mohon pada cikgu berilah peluang kepada dia..sekurang2nya untuk tempoh masa 2 tahun..kalau dia tak boleh ikuti PnP di arus perdana saya redo cikgu2 menolak keberadaan dia di arus perdana...pulangkan dia kembali ke PKIBP. Tolong lah cikgu2 jgn bunuh masa depan dia yg ada potensi untuk berjaya."

Mereka dengan penuh berat hati terpaksa menerima kehadiran insan yg tidak diingini itu😭.

7 bulan pertama murid itu berada di tahun 4...sebagai kanak2 autisme murid itu memang mempunyai masalah tingkah laku yg kadang2 diluar jangkaan..namun berkat bimbingan & tunjuk ajar Guru Pembimbing masalah tingkah laku itu boleh dikawal di atasi.

Tahun 2017 murid ini berada di tahun 5...masalah tingkah laku kanak2 autisme telah 95% berjaya di atasi..murid ini tidak lagi memerlukan Guru Pembimbing kerana dia boleh berdikari...cuma murid terpaksa berhadapan pula dengan masalah tingkah laku rakan2 sekelasnya yg suka mengusik membuli dia. Murid ini tidak pernah menimbulkan masalah disiplin tidak pernah mengacau mengusik kawan2 dia. Dia yg dikacau diusik maka menangis lah dia.

Hari ini dia di tahun 5.. lihat pencapaian akademik dia sangat2 membanggakan kami guru2 PKIBP yg pernah mengajar dia. Semoga dia beroleh 6A dalam UPSR pada tahun 2018
#TAKSIA2USAHAKU😍😍😍
******

Artikel ini dikongsi oleh Cikgu Ros Dahlia Amri. Saya hanya panjangkan kat sini dengan izin. 
*CIKGU MOHD FADHLI SALLEH

Sunday, November 19, 2017

Kak Long - Dah seminggu SPM 2017

Dah seminggu kak long selesai menduduki spm

Dah 5 mata pelajaran dilaluinya.

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sejarah
Pendidikan Islam

Setakat ini, tiada kedengaran keluhan daripanya.

Doakan terbaik buat kak long.

Berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.

Sebagaimana yang dihajatinya.

In shaa Allah.

Friday, November 17, 2017

Penghargaan ibubapa kepada ppki pak yoep

Jamuan hari jadi dan akhir tahun SK XXXXXX..Terima kasih kepada semua cikgu2 pembantu pelajar yg banyak berjasa menjaga,mengajar dan mendidik Salsabilla selama 8 tahun belajar disekolah ini..Jasa cikgu dan pembantu pelajar yg menjaga Bella seperti anak sendiri tidak dapat kami sekeluarga balas..Akan dikenang hingga akhir hayat..Terima kasih semua.

LikeShow more reactions
Comment
Comments
Zuraiwati Zamri Bestnyer

LikeShow more reactions
Reply
2
18 hrs
Remove
Norizan Umar Ya mmg best..sekolah dan cikgunya terbaik...

LikeShow more reactions
Reply
1
17 hrs
Remove
Hamidah Ismail Bestnye salsabilla..pg naik bas ke jan

LikeShow more reactions
Reply
1
17 hrs
Remove
Norizan Umar Mmg best...naik bas..pergi dgn cikgu je...jan tak pergi.

LikeShow more reactions
Reply17 hrs
Remove
Adilla Adlan terima kasih cikgu2 di sk pinji jaga bella dgn penuh ksh syg 

LikeShow more reactions
Reply
1
8 hrs