Monday, May 11, 2015

Pusat Tuisyen - Siapa perlu dipersalahkan


Kadang-kadang geram juga tengok pelajar tuition dengan pak yoep. Dah belajar kat sekolah tapi bila tanya satu benda pun tak tahu. Terpaksa ajar satu persatu. Itu bukan peranan pusat tuition. Pusat tuition fokus kepada latih-tubi sahaja. Jika ajar satu persatu seolah-olah pihak sekolah tidak memainkan peranan bagi memastikan pelajar menguasai pengajaran dan pembelajaran. Masalahnya, pelajarnya okey. Bila ajar mampu faham. Siapa yang perlu dipersalahkan? Tidak perlu pusat tuition sekiranya pihak sekolah memainkan peranan mereka walaupun tidak semua sebegitu. Sedih rasanya. Ini merupakan satu faktor yang menyebabkan pak yoep ingin melibatkan diri dalam bidang ini. Membantu mereka yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment