Thursday, May 21, 2015

Akur anak autisma OKU


Ramai ibubapa tidak dapat menerima kenyataan anak mereka dikategorikan sebagai cacat terutama ibubapa yang mempunyai anak autisma. Walaubagaimanapun mereka terpaksa akur sekiranya anak-anak mereka berada di kelas pendidikan khas walaupun diinklusifkan kerana mereka merupakan pemegang kad OKU. Anak-anak autisma dikategorikan sebagai kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam kad OKU. Ini termaktub dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008. OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka masa panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan keberkesanan mereka dalam masyarakat. Masalah pembelajaran merupakan salah satu daripada kategori OKU.

No comments:

Post a Comment