Sunday, May 3, 2015

Hak anak autisma dilucutkan


Kes 1

Bismillahhirahmannirrahim. Saya sebenarnya berasa amat marah bila membaca status XXXX . Saya mula terfikir adakah pihak sekolah mempunyai hak untuk TIDAK MEMBENARKAN SEORANG ANAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN. Tambah marah lagi bila sekolah ini ialah sekolah agama. Bagaimana pula guru-guru yang dilabelkan sebagai Ustaz & Ustazah yang saya rasa pastinya mempunyai ilmu agama yang lebih tinggi daripada orang-orang biasa tidak sanggup menerima murid yang istimewa. Dimana hilangnya jiwa nak mendidik seorang anak menjadi muslim? Memang ada sesuatu yang tidak kena dalam kes ini. Saya yakin kes XXXX ini bukan kes yang pertama, dari komen-komen yang saya baca ramai ibu bapa yang menghadapi masalah ini. Pandangan saya selagi anak XXXX berada dalam keadaan tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain maka mereka sepatutnya menerimanya sebagai pelajar. So What kalau dia tidak boleh duduk diam, atau selalu merayau maka bukankah tugas ustaz & ustazah untuk mendidik anak-anak yang lain yang normal tu supaya faham dan menghormati mereka yang kelainan upaya? Bukan Islam itu mengajar kita berkasih sayang? Bukankah Islam juga mengajar kita supaya menerima semua ini adalah ciptaan Allah dan setiap makhluk Allah adalah sebaik-baik ciptaan? Maaf agak beremosi kali ini tetapi kalau beginilah mentaliti ustaz & ustazah maka memang ada sesuatu yang tidak kena kerana ramai umat yang berilmu tapi kurang mengamal ilmunya May Allah grant them understanding, Wallahualam.

Kes 2

Sahabat2...saya baru balik dari berjumpa dgn cikgu2 sek agama muaz. Mrk terus terang tak sanggup nak ajar muaz lg dgn pelbagai alasan. Saya dan suami terdiam, merasa kesedihan dn kekecewaan yg dalam. Kami redha dgn ujian ini. Kami terpaksa berhentikan muaz dari sek agama tu. Hingga skg kami buntu utk memberitau muaz yg dia kami dah berhentikan sek. Tak sanggup nk lihat dia menangis merayu jgn berhentikn dia dari sek. Kami bertekad utk homeschool dia. Doakan kami ye sahabat2. Doakan kami kuat menghadapi ujian ini.

No comments:

Post a Comment