Kuala Lumpur: Seorang pelajar genius Matematik dari
Malaysia di penjara lima tahun semalam (waktu Malaysia) oleh mahkamah di United
Kingdom selepas didapati bersalah memiliki 30,000 imej pornografi kanak-kanak.
Tertuduh dikenali sebagai Nur Nordin, 23, pelajar
jurusan Matematik Kolej Imperial London didakwa didakwa memiliki 1,156 video
dan selebihnya imej pornografi kanak-kanak yang sebahagiannya paling keji
pernah dilihat oleh pasukan negara itu.
Nur Nordin yang berasal dari Malim Nawar, Kampar,
Perak mengaku bersalah terhadap 17 tuduhan memiliki, membuat dan mengedar
gambar lucah kanak-kanak pada November tahun lalu.
Memetik laporan Mirror.uk, tertuduh ditahan selepas
pasukan penyiasat curiga selepas mendapati akaun milik lelaki itu memuat naik
ribuan imej kanak-kanak dalam keadaan lucah.
Apabila polis menyerbu bilik Nur Nordin berhampiran
Hyde Park di London, mereka mendapati tertuduh dengan komputer ribanya terbuka
dan duduk bersebelahan patung saiz lelaki.
Secara keseluruhan, polis menemui lebih daripada
30,000 imej tidak senonoh dan video kanak-kanak didera selepas mereka
menyiasat alat-alat elektronik milik tertuduh.
Berikutan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara
selama lima tahun dan akan dipertimbangkan untuk dihantar pulang ke Malaysia
selepas tamat menjalani hukuman.
Pegawai penyiasat, Konstabel Sara Keane berkata,
Nordin didakwa memiliki dan berkongsi beberapa gambar yang paling melampau yang
pernah dilihat oleh polis di negara itu.
"Kes ini amat mengerikan kerana tertuduh bukan
saja memiliki gambar itu malah memuatnaik untuk tontonan orang ramai,"
katanya. - Mirror.co.uk
No comments:
Post a Comment