____________________________________________________________________
Samsul Muariff Saroni,50 (Kiri) dan Hayani Zakaria,48 mencium anaknya yang juga pelajar terbaik bagi calon berkeperluan khas, Muhammad Syahmi Asyraf Samsul Muariff selepas pengumuman keputusan UPSR 2014 di Sekolah Kebangsaan Sri Budiman, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail

________________________________________________________________________________________
Jika dilihat dengan mata kasar tiada apa yang kurang mengenai murid tahun enam ini tetapi dia sebenarnya sangat istimewa kerana dilahirkan sebagai anak autisme.
Bagaimanapun, autisme iaitu kecacatan terjadi pada kanak-kanak yang biasanya melibatkan pelbagai masalah dalam pembelajaran, komunikasi dan juga hubungan sosial itu tidak menghalang Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff, 12, yang mengalami masalah sama membuktikan kepada umum bahawa dia mampu mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.
Berkongsi rahsia kejayaannya, murid Sekolah Kebangsaan Seri Budiman II itu berkata, dia meluangkan masa lebih kurang lima jam untuk mengulangkaji pelajaran sambil ditemani ibunya terutama pada waktu subuh dan selepas waktu persekolahan pada setiap sehari.
“Saya belajar pada waktu petang, malam dan pagi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan guru yang banyak membantu saya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan ini adalah hadiah untuk mereka,” ujarnya.
Selepas ini, saya merancang untuk menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek,” katanya yang bercita-cita untuk menjadi angkasawan dan turut memiliki hobi mengumpul replika kapal terbang.
Pasangan Samsul Muariff Saroni,50, yang merupakan seorang pengurus bank dan Hayani Zakaria,48, yang juga bekas pegawai bank melahirkan perasaan syukur atas kejayaan anak mereka itu.
Hayani berkata, ketika usia masih kecil, Syahmi pernah dirujuk kepada pakar psikiatri selama setahun berikutan masalah pertuturan dan kemudian ditempatkan di prasekolah pendidikan khas ketika berumur enam tahun sebelum memulakan persekolahan darjah satu di kelas harian biasa sekolah tersebut.
Menurut Hayani, anaknya itu sudah menunjukkan potensi cemerlang sejak berada di tahun tiga dengan lebih cenderung kepada mata pelajaran Sains dan Matematik.
“Syahmi mudah untuk mengingati sesuatu dan suka menghafal. Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan lalu, dia selalu menghafal juzuk ‘Amma hanya melalui pendengaran di radio.
Setiap hari, dia akan menjawab 200 soalan latih tubi UPSR di rumah selain menghadiri kelas tuisyen di sekolah pada sebelah malam,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis ringkas penyampaian keputusan UPSR di sekolah itu.
Sumber - http://teganukita.my
Masih terdapat 2 orang murid yang memperolehi 5A dalam UPSR 2014 iaitu Faiq dan Daud. Moga dengan kejayaan mereka dapat memberikan semangat baru kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak autisma. Sesungguhnya mereka mampu memberikan sesuatu yang terbaik disebalik kekurangan yang ada. Komitmen ahli masyarakat diperlukan terutama ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan-rakan murid autisma dalam memastikan kejayaan mereka.

FAIQ
![]() |
Muhammad Faiq Haikal Kahirulzaman (left) who scored 5A's for the 2014 UPSR examination received a high five from his friends at Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya hari ini.- BERNAMA pic |
DAUD