Aku Bersyukur Anakku Autisma
Ada
satu kisah relevan yang membawa pengajaran. Hari itu saya menghantar 1
buku “aku bersyukur anakku autism” dan 1 buku haji (Baitullah aku
datang) kepada seorang kenalan mekanik, pemilik bengkel membaiki kereta.
Saya sedikit ‘curious’ kenapa pula dia mahukan buku ini. (Sebab tidak
mudah seseorang hendak membaca buku sebegini jika tidak ada suatu sebab
kuat yang menarik hatinya atau memaksa..) Dengan berhemat saya bertanya,
“A……., mengapa kau berminat nak baca buku ini?
Dipendek cerita. Dia dikurniakan seorang anak lelaki yang mempunyai autisme.
Dari perbualan kami, ada satu perkara penting yang diluahkan. Dia kata
isteri dia telah bawa anaknya ke hospital swasta di Melaka dan berjumpa
seorang doktor pakar…
Antara ayat yang dikatakan oleh doktor pakar itu
telah membuatkan isterinya menangis.
“anak autisme takda masa depan”
Apa agaknya perasaan saya mendengarnya? Namun saya berbaik sangka
kerana kita tidak mendapat maklumat lengkap dalam konteks apa ayat itu
dikeluarkan. Mungkin juga kerana kurang fasih berbahasa melayu, maka
ayat yang dikeluarkan bukan apa yang ingin disampaikan (dimaksudkan).
Namun situasi perbualan kami terlalu singkat disebabkan ada pelanggan
memerlukan perhatian mekanik itu. Saya tidak sempat bertanya apa-apa
lagi.
Cuma jika saya berjumpa isteri mekanik itu mungkin saya
akan katakan, “Lah tahzan, inna Allah a, ma’ana”. Mungkin tidak, kerana
takkan tiba-tiba jumpa nak cakap macam ini.
Mungkin saya akan
katakan bahawa sebahagian isi (dan tujuan utama) buku yang saya berikan
kepada suaminya itu ada dan dapat memberi jawapan terbaik dalam menjawab
kata-kata doktor pakar itu.
Sesungguhnya benarlah kanak-kanak
autisme akan mempunyai cabaran berbeza dan mencabar pada masa depan
mereka dalam memenuhi tuntutan keperluan hidup tetapi ada banyak bukti
kes-kes kejayaan dari kalangan mereka yang mempunyai autisme.
Melebihi dan di atas semua itu, bagi kita orang Islam, kanak-kanak
autisme ini adalah mempunyai kedudukan khas dan istimewa di sisi Allah.
Ia adalah satu peluang yang Allah sediakan untuk dirinya dan orang
disekelilingnya dalam meraihkan kebahagian dunia dan kejayaan hakiki di
akhirat. Jika kita (ibubapa dll) berjaya menangani dengan betul, ketika
itu tiadalah yang lain melainkan bahawa :-
“Anak autism adalah satu jalan untuk kita ke Syurga-Nya”
No comments:
Post a Comment