Saturday, November 8, 2014

Majlis Perpisahan Pak Yoep

5 Nov 2014 Tower Regency Hotel

Berakhirlah tugasan pak yoep di PPKI SMKSP selama 5 tahun 6 bulan. Mula bertugas di sini pada tahun 2009. Pada mulanya bertugas sebagai guru biasa selama setahun dan kemudian dilantik sebagai SU Kokurikulum pada tahun berikutnya. Bertanggungjawab dalam hal-hal berkaitan dengan kokurikulum pelajar.

Banyak kejayaan dicapai di sini sehingga PPKI SMKSP digeruni  diperingkat daerah Kinta Utara terutama dalam bidang kokurikulum. Kejayaan adalah hasil kerjasama semua pelajar dan guru di mana peranan pak yoep sebagai pengerak sahaja.

Di antara kejayaan yang dicapai adalah seperti berikut:
  1. Pertama kali menjadi Johan keseluruhan dalam kejohanan olahraga peringkat daerah Kinta Utara dengan menyapu bersih hampir semua pingat yang disediakan termasuk anugerah Olahragawan Terbaik.
  2. Johan dalam acara 4x100m Jemputan sekolah-sekolah.
  3. Pertama kali menjadi Johan Futsal Kinta Utara.
  4. Pertama kali menjadi Johan Tilawah Al-Quran - Nasyid, Bercerita dan Tilawah..
  5. Johan dalan Kuiz Matematik anjuran PPD Kinta Utara.
  6. Sertai Kejohanan Boling peringkat kebangsaan di Terengganu.
  7. Pertama kali menjadi johan dalam Pertandingan Boling Kinta Utara.
  8. Mengadakan lawatan ke Melaka, KL, Langkawi. Terengganu dan Sarawak.
  9. Dalam sejarah menjadi Johan dalam kejohanan olahraga peringkat sekolah.
  10. Johan dalam pertandingan petanque Kinta Utara dan Tempat ke-3 dalam kejohanan Petanque peringkat negeri Perak.
  11. Johan dalam acara tarian dalam karnival seni peringkat negeri Perak.
  12. Johan dan tempat ke-3 dalam pertandingan Sajak dan Puisi peringkat sekolah.
Banyak lagi kejayaan dicapai selain di atas. PPKI SMKSP juga turut sertai pertandingan peringkat kebangsaan dalam acara Olahraga, Sajak, Karnival Kesenian dan program motivasi.

No comments:

Post a Comment