Friday, October 31, 2014

Kelab Anak Autisma - 2013



Senarai ibubapa/penjaga yang 'LIKE' Kelab Anak Autisma beserta maklumat berkaitan.


Beroperasi dalam Talian sahaja buat masa ini.


Jumlah keahlian Berdaftar : 320 org (31 Dis 2013)

Dibuka untuk pendaftaran sehingga : 31 Dis 2013

KLIK Kelab Anak Autisma 2014 untuk pendaftaran baru.

MAKLUMAT DIPERLUKAN:
1. Nama :
2. Umur :
3. Jantina :
4. Kategori :
5. Sekolah :
6. Tempat Tinggal :
7. Email:
8. Blog (Jika ada) :

Ragam Faqihah Hari Kanak-kanak 2014

Sertai acara Pakaian Beragam bersama Raif



Thursday, October 30, 2014

Raya 2014





Wednesday, October 29, 2014

Waktu Subur Wanita

BAGAIMANA MENGIRA WAKTU SUBUR?

Kebelakangan ni memang ramai pasangan baru kawin tapi lambat dapat anak. Mengapa? Banyak faktornya antaranya cara pemakanan yang tak sihat dan sebagainya. Tahu tak kira waktu subur? Jika anda mahir mengira waktu subur (Bagi yang normal haid setiap bulan) mudah bagi anda untuk fokus bila waktu perlu samada untuk mendapatkan zuriat atau menjarakkan kehamilan.

Sebelum nak tahu waktu subur kita yang tepat, yang paling penting mesti tahu purata haid. Sebab tu pentingnya hari pertama haid dicatat di dalam kalender kita. Di sini saya cuma ringkaskan seboleh mungkin tentang hari subur dalam bentuk gambarajah yang lebih mudah difahami. 

PURATA HAID

Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal? Haaa.... baca kat bawah lagi.

Cara kira purata haid seperti dalam carta di bawah ni. Saya olah jadual ni bagi senang faham dan ringkas. Baca, fahami dan kira purata kitaran haid anda.

Kira Purata Haid photo KiraPurata.jpg1. Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas.
2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang (Lihat gambarajah). Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
3. Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya (Lihat gambarajah).
4. Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.

Ok, dah dapat purata haid? Lagi senang nak tahu bila waktu subur kita. Caranya? Uhmmm... Sebelum tu kita kena faham dulu tentang FASA KITARAN HAID pulak. Supaya kita faham bagaimana 'kilang' dalam badan kita ni beroperasi baru kita tahu macam mana nak menggunakannya. Ada 4 fasa penting dalam satu-satu kitaran haid. Saya dah olah dalam gambarajah bagi senang faham. Baca ringkasan yang saya buat dalam setiap fasa.

Fasa Kitaran Haid photo KitaranHaid.jpgMengapa hari ke-14 adalah hari subur?
Jawapan: Kerana purata haid adalah 28 hari. (Jawapan mudah)

Bagaimana pula purata haid selain dari 28 hari? Adakah hari ke-14 dari hari haid pertama tetap hari yang paling subur? Ohh... tidak. Sekiranya purata haid selain dari 28 hari, kira begini:

Jika purata haid 35 hari maka tolak 14 hari, maka hari subur adalah hari yang ke 21 dari tarikh mula haid. Kiraan bermula dari hari pertama dari jangkaan haid AKAN DATANG tolak 14 hari. Sebab tu penting tahu purata haid kita.

Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Kitaran Haid - Subur photo KitaranHaid-Subur.jpgADAKAH HARI YANG DISEBUTKAN SAHAJA WAKTU SUBUR?

Secara saintifiknya, sperma boleh bertahan selama 3-5 hari manakala ovum/telur boleh tahan dalam 1-2 hari sahaja. Jadi kemuncak hari subur tu adalah pengeluaran telur dalam ovari wanita mesti dihidupkan oleh sperma jika mahukan zuriat. Jika sperma yang dimasukkan 3 hari sebelum hari subur dan 2 hari selepas waktu subur kemungkinan untuk sperma bertemu dengan telur adalah sangat tinggi.

Bagi sesiapa yang mahu merancang untuk menjarakkan kehamilan boleh mengamalkan kaedah ini, tetapi agak berisiko dan takut tidak berapa tepat. Mungkin anda boleh tersalah kira atau haid anda yang tidak menentu sukar untuk anda guna kaedah ini. Bagi yang mempunyai kitaran haid tetap tiap-tiap bulan, anggarkan agar tidak bersama pada 5 hari sebelum dan 5 hari selepas hari subur. Walaubagaimanapun cara ini tidak berapa tepat dan mempunyai risikonya sendiri. 


CARA LAIN MENENTUKAN KESUBURAN (Bagi yang period tak normal boleh cuba)

1. SUHU BADAN 

Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.

2. LENDIRAN FARAJ

Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.
Lendir photo Lendir.jpg
 Kalau lendiran faraj tu melekit-lekit macam ni
dan banyak dari biasa bermakna ia petanda kita subur.

3. GUNA EVOLUTION TEST STRIP

Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.

Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah
kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi.

Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge".  Ujian Ovulasi LH  direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda.

Dimana mahu mendapatkan test strip ovulasi ini? Ianya banyak dijual di farmasi-farmasi tetapi harganya agak mahal. Anda boleh dapatkannya dari saya dengan harga RM15.00 untuk 10 batang strip test ini. email saya viaemma@yahoo.com saya akan beri consult percuma.
 photo EVOLUTIONTESTSTRIP.jpg

(Untuk Gambar Lebih Besar right click & view Image)
keputusan ujian photo KeputusanUjian.jpg


Tuesday, October 28, 2014

Motivasi ibubapa anak autism

Artikel dalam majalah 

Monday, October 27, 2014

Attitude Therapy dalam Akhbar Harian


Sunday, October 26, 2014

Toilet Talk


So, you have got comfortable and easy in your attitude around toileting. You have modeled how amazing and wonderful it is to use the toilet. You have shown your child with autism their own poop and where it goes, please continue doing all of this as you move to the next step.

Now……..it’s time to ditch the diapers! The best way for your child to be more aware of their own peeing and pooping occurrences is to put them in some underwear. So invest in some fun and interesting underwear that they can start wearing. If your child is younger and likes Spongebob or Mickey Mouse, get some character underwear. If your child is artistic, you could decorate some plain underwear with fabric pens together to prepare for wearing them. If they like letters and numbers, you could sew some on the underwear or use an iron on transfer. If your child is older, perhaps you could include them in the selection of the underwear you buy. Try different types, briefs, boxers, natural fibers if your child is sensitive, etc. If you are not ready to completely ditch the diapers yet, you could start with them wearing the underwear over the top of their pull-up or diaper to get used to this transition.

Letting go of the diapers is a really great way for your child to actually experience the feel of not having something that locks away the pee when they go. They will feel lighter and freer and could become more aware of what their body is telling them and how it feels when they are ready to go.

Prepare for some accidents – they will happen. If you have a nice Persian rug or leather couch you want to protect and it helps you, bring in some dustsheets or a cover to protect them and make sure you have plenty of extra clothes, underwear, old towels, wipes, plastic bags hand-sanitizer, etc on hand in each room so that you are never far away from an easy clean up. Doing this in the Son-Rise Program playroom is going to be the most suitable environment to do this because you will be able to be more present with your child and the cleanup will be confined to just one room.

Now as you watch for signs and you know they have a pee coming, start to bring awareness to their body and the toilet regularly throughout the day. Explain to them, “You know it’s been a couple of hours since you peed and it looks like you may need to go, I’m so excited! Let’s go to the toilet….” If they don’t make it - it’s important that you don’t react in a negative way, which could lead to them seeking this interesting reaction by doing it more or it being a less relaxed and easy experience for them which makes it harder to encourage and inspire. So instead of pulling a disapproving face and saying “Oh no, you did it on the floor/in your pants”, etc, keep it neutral “Oh, you peed! Did you know that next time you can totally put it in the toilet!” If they do have an accident, let them sit in their wet underwear for a couple of minutes, instead of rushing immediately to clean it up like it never happened, it may be useful for them to feel the wetness against their body where the diaper used to lock it away. Make a regular invitation to the toilet, even when you don’t see signs, beginning to get in to a routine is helpful. So perhaps once every 45 minutes to an hour you can do another playful invitation. 


Sumber - Autism Treatment Center of America

Saturday, October 25, 2014

Autisma apraxia Lisan

Ethan adalah seorang budak lelaki bukan lisan berusia 17 tahun dengan autisme dan apraxia lisan. Pada usia 10 tahun, pakar-pakar berkata, dia tidak akan membaca, menulis, atau melakukan matematik. 
Hari ini, Ethan melakukan matematik termasuk algebra maju. Kefahaman bacaan beliau adalah luar biasa, tulisan tangannya adalah mudah dibaca dan menambah baik setiap hari, dan dia jenis 65 perkataan seminit secara bebas.


Kucing 'rawat' autisma


'MAGIS THULA' - Thula 'rawat' Iris... 

Kucing bantu kanak-kanak autisme lebih ceria, mudah berkomunikasi. 

Thula merupakan seekor kucing dibawah peliharaan Iris. Iris merupakan seorang kanak-kanak autisma yang berusia 5 tahun didiagnos ketika berusia 2 tahun. Iris menghadapi masalah sukar berkomunikasi, tidak dapat bergaul dengan kanak-kanak lain dan kerap berasa panik dengan dunia disekelilingnya. Kehadiran Thula telah dapat membantu masalah yang dihadapi Iris.

Sumber - Berita Harian

Saturday, October 18, 2014

Rawatan Islam Autisma

Soalan:

Assalamualaikum Tuan Haji. Saya Liyana Abdul Halim dan adik bongsu saya yang sudah dewasa dan berumur 20 tahun mempunyai penyakit Autisma. Ibubapa kami sudah tua dan uzur, dan sekarang saya pula yang bertanggungjawab untuk menjaga adik saya. Dia masih lagi susah untuk bercakap dan berperangai kebudak-budakan, selalu bersendirian dan tidak boleh mengurus diri sendiri. Adakah rawatan Al-Quran boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit adik saya ini? Terima kasih.

Jawapan:

Dewasa ini, semakin ramai ibubapa di Malaysia yang mempunyai anak-anak yang telah disahkan mempunyai masalah autisma. Malah, hampir setiap hari pasti ada ibubapa yang membawa anak mereka yang mempunyai masalah autisma tersebut ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah bagi tujuan mendapatkan rawatan Perubatan Al-Quran. Menurut Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 orang kanak-kanak yang dilahirkan pada masa kini di seluruh dunia memiliki autisma dan dianggarkan kira-kira 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidap penyakit autisma.Ada di antara mereka yang memiliki tanda-tanda masalah autisma yang kronik dan ada juga yang baru sahaja di peringkat awal masalah autisma. Umur anak-anak tersebut turut berbeza-beza; dari mereka yang berumur dari enam bulan sehinggalah kepada mereka yang sudah berumur lewat dua puluhan. Kadang-kala, bukan sahaja pesakit autisma yang mendapat rawatan daripada kami tetapi ibubapa & ahli keluarga mereka turut mendapat rawatan oleh sebab tekanan yang kuat daripada penjagaan pesakit autisma tersebut.

Maka, sifat sabar daripada ibubapa dan ahli keluarga amat dituntut dalam memberi penjagaan yang terbaik buat pesakit autisma. Ingatlah bahawasanya Allah swt sentiasa bersama mereka yang bersabar. Seperti di dalam firman Allah swt :

“Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.” - Surah Al-Baqarah ayat 153

Pengenalan; Ciri-ciri Umum

Autisma merupakan satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda yang boleh berlaku sejak di usia seawal enam bulan lagi dan merupakan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak mendapat sebarang rawatan. Penyakit autisma mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang itu terjejas & menyebabkan pesakit autisma menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum, iaitu:

Masalah tidak mampu bersosial. Ini merupakan simptom utama penyakit autisma. Pesakit-pesakit autisma tidak memiliki keupayaan untuk bersosial dengan orang sekeliling mereka secara normal dan mereka selalunya tidak mempunyai mempunyai sifat empati terhadap orang lain. Mereka akan tidak mengendahkan orang lain dan kelihatan seperti termenung jauh seorang diri. Malah, ada pesakit autisma yang menunjukkan sikap-sikap yang tidak sepatutnya ditunjukkan di depan orang ramai seperti menjerit-jerit sekuat hati atau membaling-baling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisma lebih gemar untuk menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang tengah seronok bermain bersama-sama.

Kesukaran untuk berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain. Mereka selalunya lambat untuk bercakap dan apabila mereka cuba juga untuk berkomunikasi dengan orang lain, selalunya orang lain sukar untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Mereka turut kadang-kala bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi sebagai contoh. Malah, ada di antara pesakit autisma lebih gemar untuk menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibubapa.

Masalah dalam tingkah laku dan pemikiran. Ada di antara mereka yang gemar untuk melakukan satu-satu perkara berulang-ulang kali (compulsive behaviour). Ada juga yang mempunyai minat yang pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa yang cuba menghalang minat tersebut. Sebagai contoh, ada pesakit kami yang hobinya adalah untuk membawa ranting pokok ke mana-mana sahaja yang dia pergi sehinggakan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba untuk mengambil ranting tersebut dari tangan pesakit tersebut.
Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.

Punca-punca

Masalah autisma ini berlaku tanpa mengira kira faktor bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosial ekonomi dan gaya hidup. Sehingga ke hari ini, dunia perubatan moden masih lagi belum dapat mengesan secara pasti akan punca sebenar penyakit autisma. Namun, mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat anak-anak autisma. Selain dari itu, sangat penting buat semua ibubapa yang mempunyai anak autisma untuk memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca dari asuhan atau penjagaan yang tidak baik semasa anak-anak masih bayi.

Dalam pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah merawat anak-anak autisma, terdapat kes-kes yang melibatkan elemen gangguan makhluk halus terutamanya gangguan saka yang menyebabkan masalah autisma. Gangguan saka ini selalunya diwarisi melalui keturunan daripada keluarga yang terdahulu di mana makhluk-makhluk halus ini merosakkan saraf dan minda pesakit yang menyebabkan berlakunya autisma. Adalah sukar untuk perubatan moden untuk membuktikan wujudnya pengaruh makhluk halus ini dalam anak-anak autisma ini tetapi sudah ramai pesakit-pesakit autisma yang menunjukkan perubahan yang positif selepas makhluk halus ini dikeluarkan daripada tubuh badan mereka.

Tanda-tanda Awal Autisma

Antara tanda-tanda awal masalah autisma yang boleh berlaku adalah seperti;
Anak-anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan
Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain
Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
Gagal untuk memberi respon apabila nama dipanggil
Suka menyendiri
Suka menyusun objek mengikut susunan yang tersendiri
Tanda-tanda di atas hanyalah sebahagian daripada tanda-tanda awal masalah autisma & sebarang diagnosis akhir untuk autisma haruslah dirujuk kepada pakar perubatan kanak-kanak.

Rawatan Moden

Rawatan untuk penyakit autisma pada masa kini melibatkan banyak aspek terutamanya dari segi pendidikan khas dari usia awal. Objektif utama rawatan adalah untuk mengurangkan tekanan dalam keluarga, meningkatkan kualiti hidup pesakit dan melatih pesakit untuk mampu berdikari dalam hampir semua aspek kehidupan. Buat masa ini, tiada rawatan tunggal yang mampu merawat autisma. Rawatan selalunya memerlukan beberapa jenis rawatan yang diolah mengikut keperluan setiap kanak-kanak autisma. Contoh rawatan-rawatan yang selalu digunapakai adalah seperti senaman fisioterapi, terapi kognitif dan sikap (cognitive-behavioural therapy), terapi pertuturan dan kaunseling keluarga.
Ahli keluarga terutamanya ibubapa selalunya diberi kaunseling dan latihan dalam menghadapi kerenah anak-anak autisma mereka. Selain itu, guru-guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas turut memainkan peranan penting dalam memastikan kanak-kanak autism amendapat pendidikan mengikut cara yang sesuai dengan keperluan masalah autisma kanak-kanak tersebut.

Rawatan Penyakit Autisma Dengan Menggunakan Ayat-ayat Al-Quran

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, keluarga pesakit autisma akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.  Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37
Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99
Surah Yaasin ayat 43 hingga 58
Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55
Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar  tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, keluarga pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.

Adalah lebih baik sekiranya pesakit dan keluarga datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami memeriksa jikalau ada sebarang gangguan makhluk halus seperti gangguan saka dan bolehlah dirawat dan diberi ayat-ayat Al-Quran yang lain yang boleh merawat gangguan tersebut.

Penutup

Kepada semua ibubapa di luar sana yang mempunyai anak-anak autisma, janganlah berputus asa dalam mencari cara dan berikhtiar untuk merawat anak masing-masing. Janganlah menganggap anak autisma itu tidak dapat lagi ditolong dan hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.

Dalam pengalaman kami merawat anak-anak yang berpenyakit autism, ada di antara mereka yang menunjukkan banyak perubahan yang positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari sendiri. Ada daripada pesakit kami yang mula mendapat rawatan daripada umur seawal enam bulan sehinggalah umur mereka 6 hingga 7 tahun. Baru-baru ini, ada daripada anak-anak autisma yang menyertai pakej rombongan umrah Al-Hidayah. Anak-anak ini walaupun berumur 6 hingga 7 tahun, mereka boleh menyesuaikan diri apabila menaiki kapal terbang, suasana asing di Tanah Suci dan boleh dibawa untuk melakukan ibadah tawaf dan sa’i bersama-sama ibubapa mereka. Ini membuktikan anak-anak ini walaupun mempunyai kecacatan minda, dengan keizinan Allah, mereka boleh dididik seperti anak-anak biasa.

Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku itu hanya boleh berlaku dengan izin Allah swt. Kita haruslah redha akan ketentuan Illahi. Maka, jikalau ada masanya kita merasakan masalah autisma anak-anak kita itu sudah tidak dapat lagi kita tahan dan perasaan putus asa mula menguasai perasaan kita, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa-apa yang berlaku merupakan suatu ujian daripada Allah swt. Dan ujian atau dugaan daripada Allah merupakan tanda kasih sayang-Nya untuk menguji keimanan kita. Malah, jika kita bersabar dengan dugaan tersebut, ganjaran pasti akan menunggu. Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

“Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah.” (Riwayat al-Tirmidzi)

InshaAllah, dengan izin & kuasa Allah Yang Maha Penyayang, kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah boleh membantu anak-anak yang mempunyai masalah autisma ini.

Sekian.

Sumber - Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah


Monday, October 13, 2014

Kenali potensi diri

Mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam mampu menentukan kejayaan. Malah, jika tahu mengenai personaliti diri, ia menjadi pakej lengkap untuk terus mengecap kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk kerjaya.
Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk mengenali diri sendiri yang dapat membantu individu membentuk personaliti diri. 
Antaranya menerusi terapi warna yang mempunyai banyak kategori termasuk penyembuhan fizikal, emosi, arah mata angin atau feng shui serta pembentukan personaliti diri. 

Menurut Pakar Terapi Warna dan Pembentukan Personaliti Master Yourself Revamp Your Life (MYRYL), Shuhada Alauddin, terapi warna untuk mengenal diri berkait dengan pembentukan personaliti.
Foto
SHUHADA (kiri) melakukan kaedah AK kepada Maryati (kanan).

“Ia menggunakan empat warna utama iaitu putih, hijau, biru dan merah jambu yang setiap satu mempunyai karakter masing-masing.

“Apabila tenaga dipindahkan kepada individu yang diuji, ia akan memberi warna yang memberitahu mengenai personaliti atau karakter mereka,” katanya. 


Kaedah tentukan personaliti diri

Untuk membantu mengenal pasti personaliti diri seseorang, pakar terapi warna menggunakan kaedah Kinesiologi Gunaan (Applied Kinesiology - AK). 

Kaedah AK adalah teknik praktikal bagi mendapatkan jawapan secara refleks untuk menjawab persoalan mengenai warna dalaman dan luaran individu.

Titik tenaga diuji dan jawapan kepada soalan yang diajukan pakar terapi warna kepada individu yang diuji akan terjawab menerusi interaksi dalaman di bawah paras sedar. 

“Minda di bawah sedar dikuasai bahagian otak serebelum dan diisyaratkan pada saraf spina yang akan terus menghantar isyarat ke pusat kawalan bawah paras sedar. 

“Jawapan yang terhasil akan memberikan keputusan yang bebas daripada logik akal yang terhad. Kinesiologi adalah refleks suara hati yang memberikan isyarat berdasarkan niat dan memberikan hasil tindakan gerak balas otot tangan tanpa diganggu oleh elemen asing,” katanya. 

Kaedah AK diuji kepada peserta bagi menguji kekuatan otot tangan individu itu. Keempat-empat titik tenaga seperti putih menandakan bahagian atas kepala, merah jambu bahagian di antara kening, hijau bahagian dahi dan biru bahagian hati.

Untuk melakukan kaedah berkenaan, kedua-duanya sama ada yang menguji atau yang diuji perlu bersikap tenang dan menyerahkan 100 peratus tugas berkenaan dengan penuh kepercayaan. 

“Penting untuk individu itu tahu mengenai warna luaran dan dalaman mereka bagi keselesaan kepada diri sendiri selain dapat membantu memilih kerjaya yang sesuai dengan personaliti yang dikenal pasti.

“Selain itu, ia juga membantu untuk mengetahui kelemahan diri bagi mencari kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga.

“Misalnya, jika suami atau isteri mempunyai sikap pemarah sebaiknya salah seorang jangan pula mahu membangkitkan kemarahan dan mengeruhkan lagi keadaan,” kata bekas peguam ini. 

Selepas mengetahui kelemahan masing-masing, setiap individu harus mengelakkan pergaduhan dengan melihat kekuatan yang dimiliki pasangan masing-masing. 

Dia yang kagum dan pernah mengambil kursus bersama Pengasas Terapi Getaran Warna, Profesor Dr Nor Hisham Wahab menambah, setiap peserta akan diajar mengenai AK dalam bengkel yang diadakan MYRYL. 

Bengkel mengenai terapi warna berkenaan disediakan dalam dua pilihan iaitu bengkel sehari atau tiga hari bagi membantu mengajar mengenai potensi diri sendiri dan mengubah pemikiran individu itu untuk berjaya. 

Biasanya, peserta yang hadir pada bengkel berkenaan adalah golongan dewasa tidak mengira lelaki mahupun perempuan berusia 25 tahun ke atas dan kebanyakannya mahu memilih kerjaya sesuai dengan personaliti masing-masing.

Bengkel berkenaan yang bermula sejak Oktober 2012 bertujuan berkongsi ilmu pengetahuan dan menggalakkan orang lain mempelajarinya dengan kos lebih murah.

Sekurang-kurangnya, ia dapat membantu seseorang untuk melakukan pilihan terbaik dalam kerjaya mahupun kehidupan seharian.


Ikhtiar untuk berjaya

“Sebelum saya memulakan bengkel terapi warna ini, saya pernah menghadapi masalah dalam pekerjaan kerana ia tidak memberi kepuasan.

“Walaupun saya terbabit di bidang guaman selama 11 tahun, namun saya masih mencari perkara yang disukai untuk mencapai kepuasan. 

“Disebabkan memang sejak kecil gemar dengan warna, saya sentiasa mencari perkara berkaitan warna dan akhirnya menemui kursus mengenai terapi ini,” jelasnya.

Kini, selepas menyelidik mengenai potensi dan kriteria dirinya sendiri, sebenarnya Shuhada lebih sesuai untuk menjadi pakar motivasi kerana dia gemar bercakap.

Tambah Shuhada, terapi warna berkenaan juga sesuai dilakukan oleh individu lepasan sekolah atau ibu bapa yang mahu mengenali dengan lebih dekat potensi anak-anak mereka. 

Tegasnya, terapi warna bukanlah ramalan tetapi ia sebenarnya sudah dibuat kajian dan eksperimen sejak 20 tahun lalu oleh pengasasnya.

Ia bertujuan mengetahui frekuensi dalam udara sebelum disampaikan kepada pelajar yang mengikuti kursusnya. Namun nasihatnya, jangan terlalu taksub dengan keputusan yang diperoleh kerana semuanya harus diserahkan kepada Allah dan anggap ia sebagai ikhtiar kepada diri sendiri untuk mencapai kejayaan serta kebahagiaan. 

“Sebenarnya, jika diikutkan terapi warna itu sudah wujud sejak zaman Cleopatra. Ibnu Sina juga pernah mengkaji dengan lebih mendalam mengenai warna tetapi ia lebih cenderung dalam bidang perubatan. 

“Namun apabila perubatan secara saintifik mengambil alih zaman itu, ia sekali gus menjadikannya tidak diiktiraf lagi,” katanya. 

Jelasnya, selepas mengikuti kursus terapi warna individu itu tidak perlu tergesa-gesa untuk menukar kerjaya jika mendapati ia tidak sesuai dengan personaliti diri, sebaliknya teruskan bekerja dan cari kerjaya diminati secara perlahan-lahan. 

Sementara itu, menurut Koordinator MYRYL, Maryati Mohari, dia sememangnya agak keliru dengan fungsi sebenar pada peringkat awal dia belajar mengenai terapi warna.

“Sebelum menjadi koordinator, saya harus belajar mengenai terapi warna dan terlebih dulu mengamalkan tip mengenai penggunaan warna setiap hari. 

“Ia dilakukan bagi membantu diri mengubah pemikiran negatif kepada positif untuk meningkatkan keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang lain. 

“Jika dulu saya seorang yang pelupa tetapi sejak amalkan penggunaan warna yang disarankan setiap hari, saya lebih bersikap tenang dan tidak panik apabila kehilangan barang,” katanya. 

Kemungkinan ia berlaku disebabkan dia sendiri sudah menanamkan dan mengamalkan warna yang disarankan untuk membantu melancarkan setiap urusan saban hari.

Ia menyebabkan dia lebih tertarik dengan kesan yang diterima sebelum disampaikan kepada peserta pada bengkel terapi warna. 

“Ia berkesan dan membantu untuk meningkatkan keyakinan diri malah dijadikan ikhtiar bagi memperbaiki personaliti diri.

“Ini terbukti apabila saya mengalaminya sendiri. Sejak mencuba kaedah AK dan mengetahui warna diri sendiri iaitu merah jambu, ia sekali gus dapat meningkatkan diri untuk berkomunikasi.

“Saya juga pernah melakukan kaedah AK sebanyak tiga kali kerana mahu mendapatkan keputusan telus mengenai warna diri dan ia memang tidak pernah berubah,” katanya. 

Warna merah jambu melambangkan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran terbuka. Mereka dalam kalangan warna itu lebih cenderung memahami perasaan orang lain dan rasional dalam membuat sebarang keputusan. 

Malah mereka juga dianggap matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah selain meminati bidang kreatif. 

Tambahnya, kebanyakan peserta yang menyertai bengkel warna berasa kurang yakin pada diri sendiri, tidak tahu kerjaya bersesuaian dan ingin mengubah jenis perniagaan sesuai dengan diri mereka. 

Biasanya, bengkel berlangsung selama tiga hari sudah lengkap untuk peserta mengenal personaliti diri. 

Namun, jika ada yang inginkan kepastian, mereka akan diberikan masa selama dua jam untuk melakukan bimbingan secara persendirian bersama pakar terapi warna.

Tegasnya, setiap individu perlu mengetahui alasan wujudnya warna di sekeliling hidup mereka. Ini kerana ia berfungsi untuk membantu mengubah pemikiran negatif kepada positif sebagai usaha meningkatkan keyakinan diri. 


Panduan pemilihan warna: 

Isnin
 - Dianggap sebagai hari permulaan dalam setiap minggu. Pilihan warna putih pada pakaian atau aksesori sesuai untuk Isnin bagi menjelaskan setiap kesukaran atau masalah pasti ada jalan penyelesaian. 

Selasa - Melambangkan emosi atau kasih sayang. Rona yang sesuai adalah merah jambu atau ungu lembayung. 

Rabu - Hari komunikasi dan warna biru sesuai untuk anda terutama apabila perlu membuat pembentangan atau berjumpa pelanggan supaya komunikasi berjalan lancar. 

Khamis - Kuning atau oren mempunyai kaitan dengan perut dan ia melambangkan hari yang kreatif. Justeru, Khamis sesuai jika ingin melakukan senaman latihan di gimnasium atau mengamalkan diet untuk menguruskan badan. 

Jumaat - Hijau berkaitan dengan paru-paru dan jantung serta melambangkan keagamaan. 

Sabtu - Merah sering dikaitkan dengan darah. Pada Sabtu, kebanyakan individu mudah terpengaruh atau cenderung untuk ditipu. Sebaiknya, elak memilih Sabtu jika ingin membuat urusan berkaitan kewangan. 

Ahad - Hitam warna yang sesuai. Ia menjadi hari yang penuh misteri atau rahsia. Biasanya, warna itu dikaitkan dengan otot, tulang dan sendi.

Sunday, October 12, 2014

SEJARAH AUTISME


Victor “Wild Boy of Aveyron” (1799) ditangkap di dalam hutan di selatan Perancis dan dibawa ke Paris untuk ditempatkan di institusi orang pekak. Jean Marc Garpard Hard telah menerima dan cuba mengajar Victor dengan menyediakan ABM yang khas. 

Dalam pemerhatian Hard, Victor memperlihatkan beberapa cirri-ciri yang abnormal. Antaranya ialah seperti tidak bercakap, menghayun badan ke hadapan dan ke belakang, tidak menunjukkan perasaan bergatung kepada sesiapa dan tidak menunjukkan perhatian kepada sesuatu. Selain itu, ia juga tidak memandang objek atau orang, tiada reaksi walaupun dilepaskan tembakan dibelakang kepala, tetapi memberi reaksi bila mendengar  bunyi kulit kacang yang dilepaskan dengan perlahan. Di samping itu, ia juga tidak suka bermain dengan alat permainan tetapi suka berain dengan air dan menunjukkan reaksi sentuh kain, tangan dan muka yang mereka yang dikenali.

Sebelum Leo Kanner menjelaskan keadaan gangguan autisma pada tahun 1943, kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri autisma infatil dianggap mengalami psikosis yang bermula dalam usia yang muda. Ada yang gangguan ini dianggap sebagai sejenis gangguan skizofrenia. Oleh sebab ganguan skizofrenia memerlukan cirri-ciri gangguan fikiran dan setelah di sedari bahawa kanak-kanak belum boleh bercakap dan perkembangan kognitifnya masih dalam fasa awal lagi, maka gangguan ini tidak mungkin ada pada persamaan dengan gangguan skizofrenia. Satu daripada ciri yang penting dalam skizofrenia adalah seperti mendengar suara ghaib, tidak mungkin akan dialami oleh kanak-kanak yang belum boleh bertutur. Ekoran itu, Leo Kanner mengkategorikan gangguan yang dialami oleh kanak-kanak ini sebagai gangguan autisme infatil.

Walau bagaimanapun, Kasper Hauser dilahirkan 1828 tiba di Nurenberg dengan membawa surat untuk memohon kepada ketua askar untuk berkhidmat kepada raja. Beliau mengucapkan “I want to be a horseman like my father was” dan mengulangnya berkali-kali dan  ciri-ciri ini merupakan autisme. Ciri-ciri sikap Kasper yang lain ialah cakap berulang, tidak faham apa yang dicakapkan kepadanya, sukakan bilik gelap dan alat permainan, berupaya menurut perintah, minat menulis dan melukis serta daya ingatan yang tinggi.
Selain itu, bagi Eugen Bleuler (1919) ialah orang yang pertama menggunakan perkataan autisme. Ini merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar.

Saturday, October 11, 2014

Hilang semangat dan malas


Cl1 dan Cl20 ditambah dengan garam mandian, aroma Seri Wangi dan sabun shower power adalah formula sangat mujarab untuk orang yang tak ada semangat nak teruskan kehidupan.
Hidupnya banyak diisi dengan tidur dan main.
Tidak ada yg serius dalam hidupnya.
Apabila garam mineral dan tenaga gelombang menyerap kedalam sel2 tubuhnya semasa mandi seseorang itu akan mengalami pengujaan tenaga kesel2 otak dan kelenjar2.
Perubahan tenaga akan berlaku dan merangsang minda bekerja semula.
Seorang pelajar yg tidak mahu bersekolah sangat cepat mendapat perubahan sikap dng kaedah mandi di Attitude Therapy.
Begitu juga pekerja professional dpt mengalami perubahan yg sgt menakjubkan kesan dari rawatan memulih semangat dng kaedah Attitude Therapy.
Masyaa Allah. Subha nallah.

Sumber - Dr Aishah

Friday, October 10, 2014

Belajar ilmu Kinesiology


'Kine' bermaksud otot
'siology' ilmu

Kinesiology bermaksud ilmu berkenaan tindakbalas otot.
Otot yang dimaksudkan ialah otot deltoid di lengan.
Otot deltoid seseorang dikawal oleh otak medulla oblongata yang bertindakbalas terhadap ransangan minda separa sedar dari pengamal yang mendiagnos.

Asasnya kinesiology ialah tindakbalas otot deltoid dalam mendiagnos penyakit.
Sebelum mendiagnos, pendiagnos mestilah mendapatkan titik keseimbangan tenaga dengan memberi tekanan pd tangan kanan yg didiagnos menggunakan tangan kiri.

Terbentuk satu aliran tenaga yang lengkap antara dua orang yg melakukan proses kinesiology. Tenaga yg digunakan tidak semestinya kuat, ia dibuat bersahaja supaya tidak keletihan.

Setelah mendapat keseimbangan tenaga barulah proses selanjutnya boleh dimulakan.


Thursday, October 9, 2014

Teknik Modifikasi Tingkah Laku - Peneguhan



Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Berikut adalah teknik modifikasi yang dapat digunakan bagi menangani masalah tingkah laku murid. Antara teknik modifikasi adalah seperti berikut:

1. Peneguhan

 Positif dan peneguhan Negatif

Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujudnya tingkah laku operan itu. Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.

Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tingkah laku berulang-ulang. Peneguhan positif ialah stimulus atau peristiwa yang menyebabkan kemajuan dalam pembelajaran ataupun perubahan kelakuan positif. Peneguhan ini lazimnya menggembirakan dan dipanggil sebagai ganjaran.
Menurut Skinner lagi, tingkah laku juga sebenarnya merujuk kepada langkah-langkah yang digunakan guru untuk melakukan peneguhan yang berkala. Cara peneguhan yang diberi akan memberi kesan terhadap tingkah laku yang seterusnya. Contohnya seorang guru ingin membantu salah seorang muridnya yang pemalu. Guru tersebut perlu menggunakan peneguhan yang tetap dan berkala. Cara peneguhan yang telah diberi oleh guru akan mempengaruhi tingkah lakunya selepas itu. Setiap kali murid yang pemalu tersebut mengangkat tangan atau menjawab dengan betul guru mestiah memberikan pujian dan sokongan kepada beliau. Hal ini kerana peneguhan ini akan membuatkan murid tersebut menjadi lebih berani dan berkeyakinan untuk menjawab soalan pada masa akan datang. Ia juga sekaligus dapat mengurangkan rasa malu dalam dirinya.

Selain itu, guru yang ingin menggunakan model ini perlu menganalisa tingkah laku setiap murid di dalam bilik darjah tersebut. Guru perlu menyenaraikan tingkah laku yang diingini pada masa sekarang dan masa akan datang. Dalam konteks ini, guru mesti mengkaji sesuatu tingkah laku itu dahulu sebelum melakukan peneguhan ke atas seseorang murid tersebut. Guru juga perlu membuat pelan modifikasi tingkah laku dengan menyenaraikan beberapa tingkah laku yang yang perlu diberi perkataan yang khusus. Peraturan dan peneguhan tersebut juga perlu dikenalpasti agar guru lebih mudah untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah. Penggunaan peneguhan positif sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang diingini

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini berulang lagi  supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

Peneguhan negatif adalah stimulus atau peristiwa yang juga menyebabkan kemajuan dalam suatu tingkah laku tetapi untuk mengelak daripada berlaku sesuatu yang tidak dikehendaki. Contonya, seorang pemandu mematuhi arahan had laju jalanraya kerana tidak mahu disaman. Saman di sini merupakan peneguhan negatif. Antara jenis peneguhan, terdapat peneguhan utama dan peneguhan sekunder. Peneguhan utama terdiri daripada benda ataupun peristiwa yang memberi kesan langsung kepada kelakuan seseorang dan tidak bergantung pada pembelajaran bagi kuasa peneguhan. Contohnya, gula-gula dan mainan. Sekiranya kanak-kanak diberikan gula-gula apabila dia berkelakuan baik akan terus berkelakuan baik kerana mereka tahu mereka akan mendapat ganjaran itu. Peneguhan utama ini diberikan kepada pelajar kerana mereka belum tahu cara bertindak apabila mendapat peneguhan sekunder. Peneguhan sekunder ialah stimulus atau peristiwa yang memperkukuhkan sesuatu respons melalui pembelajaran. Peneguhan ini selalunya bersifat linguistik ataupun sosial. Contohnya pujian daripada guru, perhatian guru, markah, senyuman daripada guru ataupun apa-apa isyarat pengiktirafan daripada guru.

Selain itu, peneguhan negatif pula adalah tingkah laku diulangi kerana individu hendak mengekalkan ataupun melepaskan diri daripada tindakan susulan yang tidak menyeronokkan ataupun menyakitkan. Contohnya Ridhwan mengemaskan semula mainannya kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya. Tingkah laku yang dikehendaki adalah mengemaskan mainannya.

2 .Denda dan Peneguhan


Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Manakala, tujuan peneguhan positif atau peneguhan negatif adalah menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau tidak diingini dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya.

Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya diulangi lagi. Murid yang didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-tengah kemahiran matematik, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.

Denda dilakukan untuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang. Dengan erti kata lain ialah menghentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak baik daripada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

3. Reverse Psychology


Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negative kepada yang positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenalpasti sikap, pandangan dan pemikiran dalamanya. Tujuan menggunakan reverse psychology ini ialah menginsafkan murid itu agar melepaskan sikap negative dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.

Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

Wednesday, October 8, 2014

Teknik Modifikasi Tingkah Laku - Shaping

Shaping
Shaping adalah salah satu kaedah modifikasi tingkah laku yang sangat berguna. Shaping merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau positif melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini atau yang negatif. Misalnya, guru akan memberi ganjaran secara bertahap setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Ganjaran menjadi semakin lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh seorang ahli psikologi iaitu B.F. Skinner (1904-), pelopor di dalam bidang kajian pelaziman operan. Beliau merupakan orang yang terawal mempelopori konsep “shaping” dengan menjalankan satu eksperimen ke atas sebuah tikus. Dalam eksperimen B.F. Skinner, beliau melatih seekor tikus menekan tuas. Apabila tikus itu bergerak ke arah tuas dan menekan tuas, tikus akan diberi ganjaran seperti bijiran. Sebaliknya jika tikus itu melakukan pergerakan lain, maka tiada ganjaran yang akan diberikan. Akhirnya, akibat daripada shaping, tikus itu dapat membuat pergerakan yang tepat ke arah tuas untuk menekan tuas.
Oleh itu, dalam konsep shaping ini, guru harus memastikan murid itu betul-betul bermakna bagi murid itu berkenaan. Contoh senario 1 di bawah akan menggambarkan teknik shaping ini digunakan.
Senario 1
Seperti biasa di dalam kelas, Ji Yoon tidak pernah menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa yang diberikan. Guru memerhatikan bahawa, Ji Yoon menghabiskan 3 soalan pertama terus berhenti. Oleh itu, Cikgu Kim cuba merekabentuk intervensi shaping bagi membantu Ji Yoon mentiapkan atihan kelas. Dia akan diberikan pengukuhan selepas berjaya menghabiskan 4 soalan, 5 soalan dan sebagainya. Akan tetapi, apabila Ji Yoon hanya mampu menyiapkan kurang daripada 3 soalan, Cikgu Kim tidak akan memberikan sebarang pengukuhan. Setelah 3 minggu, didapati bahawa Ji Yoon berjaya menyempurnakan kesemua 10 soalan tatabahasa. Cikgu Kim pun berhentikan pemberian pengukuhan tersebut.

Kontrak (Lisan dan Bertulis)
Kontrak ini boleh dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu pertujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku.  ini adalah satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Jadual 1 di bawah menunjukkan beberapa contoh pernyataan X, kemudian Y yang berlandaskan prinsip Premack “jika anda lakukan x, anda boleh lakukan atau peroleh y

Jadual 1: Pernyataan X, kemudian Y
X
Kemudian
Y
Duduk diam di tempat duduk.

Dapatkan masa rehat selama  minit.
Daftarkan secara sukarela menjadi ahli pasukan bola tampar di sekolah.

Dapatkan pengiktirafan guru besar
Menepati masa ke sekolah.

Murid yang pertama keluar semasa rehat.
Tidak membuat bising di dalam kelas.

Dapatkan sticker tambahan.
            Namun demikian, kontrak jenis pernyataan X, kemudian Y ini juga boleh dibuat secara lisan oleh guru apabila murid dapat melafazkan apa sahaja pernyataan yang terkandung seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Selain itu, guru boleh menggunakan kontrak secara bertulis untuk memodifikasikan tingah laku murid berkenaan. Dalam kontrak bertulis ini mesti ditandatangi oleh murid dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh dan cara-cara penilaian. Selain itu, ibu bapa juga digalakkan turut terlibat dalam kontrak ini. Misalnya murid akan membuat kontrak formal dengan guru besar. Dengan ini, ia dapat menyakinkan murid berkenaan bahawa dia akan dikenakan tindakan yang berat sekiranya melakukan kesalahan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat. Berikut merupakan contoh kontrak secara bertulis di antara guru dengan murid.


Contoh Kontrak Secara Bertulis


Tarikh: ____________
KONTRAK
Ini adalah satu perjanjian antara _________________ (Nama murid) dan _________________. (Nama guru) Kontrak ini bermula pada ____________ (tarikh) dan berakhir pada ____________. (tarikh) Ia akan disemak semula pada ____________. (tarikh)
            Syarat-syarat kontrak adalah seperti berikut:
Murid akan ___________________________________________________
_____________________________________________________________
Guru akan ____________________________________________________
_____________________________________________________________
            Sekiranya murid berjaya memenuhi syarat-syarat kontrak seperti disenaraikan di atas, dia akan menerima ganjaran yang dipersetujui. Akan tetapi, sekirannya dia gagal untuk berbuat demikian, ganjaran akan ditarik balik.

                                                                        Tandatangan murid : _______________
                                                             Tandatangan guru : _______________
                      Tandatangan murid : _______________


            Kelebihan dalam kontrak secara lisan dan bertulis ini adalah murid yang berkenaan akan memainkan peranan yang aktif dalam jenis dan kuantiti tugas yang perlu dilakukannya.  Dengan itu, murid berkenaan akan memupuk sikap yang bertanggungjawab ke atas tugasan yang dikehendakinya lakukan. Selain itu, data tersebut yang dikumpulkan oleh guru boleh digunakan untuk merancang program, hasil pembelajaran dan matlamat perkembangan yang selaras dengan murid berkenaan.

Token Ekonomi
            Sistem token ekonomi merupakan satu bentuk menggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif murid-murid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya.
Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Antara item-item yang disyorkan sebagai token ekonomi ialah:-
-       Bintang
-       Smiley
-       Setem
-       Pelekat dan sebagainya
Item-item yang tersenarai di atas boleh ditampal ke atas kertas, kad rekod, atau carta. Sistem ekonomi token ini berkesan atas dua sebab. Pertama, ia tidak menekankan unsur persaingan dengan murid-murid lain. Kedua, menu ganjaran merupakan ransangan yang menarik dan dikejar-kejar oleh muid secara individu. Jadual 2 di bawah menunjukkan respons untuk memperoleh tokens dan contoh menu ganjaran untuk menebus nilai tokens dalam membentuk tingkah laku pembelajaran:

Jadual 2: Respons untuk memperoleh tokens
Respons untuk memperoleh tokens
Respons
Kriteria
Bil. tokens
Membaca
1 jam
1
Membaca
1 ½ jam
2
Mengarang
100 perkataan
1
Mengarang
150 perkataan
3
Tugasan
1
2
Tugasan
2
4

Contoh menu ganjaran:
Ganjaran
Masa
Bil. token
Masa lapang
10 minit
20
Menonton television
30 minit
45
Membaca buku cerita
5 minit
15
Mendengar CD
10 minit
20
Kedudukan pertama dalam barisan ke kantin
2 hari
35


Implikasi Modifikasi Tingkah Laku Terhadap P&P
            Guru perlu kreatif dalam melaksanakan strategi dan menggunakan kaedah yang berkesan utuk meransang murid-murid supaya mereka berminat dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan menggunakan strategi pengurusan yang baik, maka ia akan membantu dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, modifikasi tingkah laku terhadap proses pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan tingkah laku pembelajaran yang diingini oleh guru di dalam bilik darjah. Pemberian ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku murid berkenaan adalah lebih efektif jika berbanding dengan mengenakan hukuman atau dendaan ke atas murid berkenaan kerana tingkah laku yang tidak diingini. Dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku positifnya, ini akan memotivasikan mereka secara instrintik dan mengukuhkan lagi tingkah laku positif tersebut.
Dengan implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia akan dapat meningkatkan pencapaian akademik, kompetensi sosial dan iklim sekolah yang kondusif. Murid-murid bermasalah turut dapat seiringan dengan murid lain. Selain itu, ia dapat membantu murid-murid mengubah tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, ia akan menolong menukar persekitaran sekolah dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada positif. Implikasi modifikasi tingkah laku ini juga dapat meningkatkan penglibatan dan peningkatan intrinsik murid-murid di dalam aktiviti kelas.
Misalnya, guru memuji murid berkenaan apabila dia berjaya menyiapkan soalannya dalam masa yang diberikan. Dengan itu, murid berkenaan berasa sendiri dihargai oleh guru dan ini akan memotivasikan intrinsik untuk menyiapkan soalan yang seterusnya supaya mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara tidak langsung, ini akan menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan murid serta memupuk hubungan yang baik berasakan kerjasama.
Di sini, guru-guru boleh mendapati bahawa kebanyakan murid mahu disukai dan merasa seronok apabila gurunya menyedari tingkah laku positif mereka. Guru boleh berbincang dengan murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak diingininya dan sebab akibat atau kesan daripadanya. Dengan itu, murid berkenaan akan fahami apakah yang menyebabkan gurunya suka tentang dirinya sekiranya dia berbuat demikian. Oleh yang demikian, lebih baik guru memberikan ganjaran sebaik sahaja mereka menunjukkan tingkah laku yang baik supaya mereka dapat bermotivasi secara intrinsik untuk mengukuhkan lagi tingkah laku positif itu. Dengan sedemikian, wujudlah suasana bilik darjah yang positif dan menggalakkan.