Tindakan ibubapa SEMASA anak ambil peperiksaan
Ini pesanan yang disampaikan oleh Dr Tengku Asmadi, Pakar Motivasi.
Apa yang dinyatakan kerap dilakukan oleh ibibapa. Tindakan ini boleh menjejaskan prestasi anak2 untuk menghadapi peperiksaan seterusnya. Amalkan apa yang disyorkan oleh beliau agar sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dapat dihindarkan.
Assalamualaikum,
1) Apabila anak pulang dengan kertas peperiksaannya, tolong jangan
semak jawapan anak. Sebab, ada ibu bapa yang tegur anak kenapa boleh
jawab salah dan ini memberikan tekanan yang tidak perlu ke atas anak
sedangkan peperiksaan masih berlangsung. Apa yang telah dijawab tidak
boleh diubah lagi. Yang penting usah ganggu emosi anak dengan
kekecewaan kita.
2) Usah minta anak berikan kita semua 'A'
sebab ini akan membebankannya. Ada anak yang terlalu bimbang akan gagal
lalu tidak dapat memberikan prestasi yang terbaiknya sewaktu menjawab
soalan peperiksaan. Sebaliknya, minta anak lakukan yang terbaik dan
beritahu dia sama ada dia dapat semua 'A'. atau tiada 'A' dia tetap anak
kita, dan kita tetap sayangkan dia.
3) Doakan anak, cakap yang baik-baik, tunjukkan keyakinan kita padanya.
4) Temankan dia sepanjang musim peperiksaan ini. Ambil cuti jika perlu.
Semoga bermanfaat.
Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad
No comments:
Post a Comment