Kajian Pakar Mengenai Risiko Gajet Pada
Anak-Anak
Kajian Gajet terutama
IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan
ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati
dari sekolah ke sekolah.
Malah
seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar
tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut
dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital
HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding
kebaikan.
Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang
baru berniat mahu membelikan Gajet untuk
anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk
anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet
tersebut untuk anak-anak.
Salah satu daripada kesan yang
diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’.
Kesan-kesan lainnya;
·
Mereka lebih banyak menguasai Visual
(Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di
hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan
luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh,
rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
·
Perkembangan bahasa mereka lemah
·
Mereka kurang bercakap, kurang bergaul
dan berada dalam dunia sendiri.
·
Beberapa kajian berulangkali
mengingatkan bahawa penggunaan
tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran
perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
·
Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia
tidak begitu membantu skill motor mereka.
Sumber: Facebook
No comments:
Post a Comment