Tuesday, August 6, 2013

Hadif TIDUR rumah opah


Buat pertama kalinya, Hadif  (4 tahun)  tidur sendirian di rumah opah. Katanya " Hadif dah besar.. nak tidur rumah opah". Sebelum ini, Hadif pernah tidur rumah opahnya tapi kal long ada bersama2.

Hadif amat berbeza dengan adik beradik yang lain semasa kecil. Dalam pelbagai segi. Tutur-kata, pergaulan, pengetahuan, menolong kerja2 rumah dll.

Mungkin, sejak dalam kandungan dah amalkan bacaan surah2 Al-Quran. Masih kecil dah amalkan makan JERI. Tempoh menyusu badan yang lama sehingga kini tidak berhenti lagi.

Masalah utama yang dihadapi oleh Hadif adalah dari segi pemakanan. Tidak mahu makan nasi dan lauk pauk termasuk sayuran. Makan bergantung kepada susu, roti dan biskut sahaja. Tak pasti kenapa.

Keluarga kami memang menghadapi masalah pemakanan.

Abah - Tak makan sayur. Kini tak makan daging/ayam.
Ummi - Tak makan ikan.
Kak Long - Tak makan ikan/sayur
Faqihah - Tak makan sayuran.
Haziq - Semua makan kecuali sayuran.
Hadif - Tak makan nasi/daging/ayam/sayuran

Sangat bermasalah...

No comments:

Post a Comment