Difitnah, dicaci, dimaki dan dihina kerana Autisma
Terbaca catatan di laman Facebook kenalan Pak Yoep yang telah menarik perhatian untuk dikongsi di laman blog ini. Sepanjang pak yoep mendidik Faqihah TIDAK pernah berlaku seperti dinyatakan catatan dibawah.
Ahli masyarakat yang berada disekeliling kami amat memahami walaupun mereka tidak mengetahui apa itu autisma. Mereka menerima Faqihah seadanya.
Cabaran kami HANYA Faqihah.
Saya terbaca status seorang teman PN X di wallnya tadi
"Jika benar Muhammad Aiman, anak Cerebral Palsy saya itu kifarah atas
kesilapan2 saya pada masa lalu, saya masih bersyukur.
Ahamdulillah,
kifarah itu membawa saya dekat pada Allah, melahirkan empati dan
meningkatkan simpati saya pada insan lain.
Jika benar anak ini anak
kifarah, anak ini masih membawa rezeki terbesar dan rahmat pada famili
kecil kami. Allahu akbar!!!"
Itu juga pandangan dan cetusan
hati saya untuk adik Y, anak autisme dan satu-satunya
bintang hati kami.
Di bulan Ramadhan tahun ini, beberapa kali saya diuji
dengan fitnah, kata cacian, makian dan hinaan hingga membabitkan anak
saya. Walaupun sakit dan perit, saya terima sahaja dan bersabar. Allah
menguji saya dengan sehebat-hebat ujian kerana Dia tahu saya mampu
melaluinya.
Apa yang pasti, ada luka dalam hati namun yang lebih
utamanya, ujian ini menjadikan saya lebih kental, lebih kuat, lebih
fokus kerana saya berjuang bukan untuk diri saya.
Saya berjuang untuk
anak-anak istimewa saya... dan mereka yang senang berkata-kata itu.
In
Shaa Allah tak akan pernah melihat saya jatuh kerana perkataan mereka.
Kini saya telah tidak merasa apa-apa pabila kata hina dilemparkan kepada saya kerana anak saya Autisme. Allah lebih mengetahui segala-galanya. Pun saya masih bersyukur kerana kurniaanNya inilah yang telah mengajar saya perkara yang tak mungkin dapat dipelajari oleh orang lain.
ReplyDelete