Thursday, August 29, 2013

Faqihah LAWAT Petrosains KLCC

Faqihah bersama x-guru kelas Pn Faridah semasa lawatan ke KL

Esok Faqihah akan mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh sekolahnya ke KL. Lokasi utama lawatan ialah ke Petrosains. Ini merupakan kali ke-3 Faqihah mengikuti lawatan yang jaraknya jauh.

Kali pertama ke Kuala Kangsar (Bermalam). Kali ke-2 ke Batu Gajah. Kini kali ke-3 ke KL. Pergerakan lawatan kali ini adalah menaiki keretapi.

Kebenaran yang diberikan oleh pihak sekolah mengikuti lawatan ke KL menunjukkan Faqihah telah mudah dikawal. Berubah daripada seorang pelajar yang hiperaktif kepada yang mudah dikawal. Hasil kerjasama pihak sekolah, Brighter Future dan kami sekeluarga telah berjaya mengubah Faqihah ke tahap sekarang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat mendidik Faqihah.


1 comment:

  1. assalamualaikum Faqihah, makcik suka dgn perkembangan Faqihah skrg. semoga Allah memberi kekuatan buat ayahbonda dan guru Faqihah. AMin

    ReplyDelete