Thursday, August 1, 2013

Enam TASKA khas didik anak istimewa


Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merancang membuka enam TASKA khas untuk kanak-kanak kelainan upaya (OKU).

Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata lima daripadanya sudah diluluskan dan diserahkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk dibina, manakala satu lagi masih masih kelulusan.

“Semua TASKA ini dibina mengikut kategori OKU dan dibina di seluruh negara. Antara kawasannya, Putrajaya untuk down sindrom, Puchong (pekak dan bisu), Ipoh (masalah pembelajaran), Sabah (autisme) dan Sarawak untuk kanak-kanak yang mengalami masalah fizikal.

“Satu TASKA yang masih menunggu kelulusan itu dirancang untuk menempatkan kanak-kanak buta tetapi lokasinya masih belum diketahui,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Strategi Incheon 2013-2022: Dekad Baru Untuk Orang Kelainan Upaya, di sini, semalam.

Rohani berkata, pembinaan enam TASKA itu diumumkan melalui Bajet 2013 dan dianggap langkah terbaik bagi memastikan golongan istimewa itu mendapat pendidikan lebih sempurna.

Sumber: Bharian

No comments:

Post a Comment