Saturday, April 27, 2013

Faqihah di Brighter Future



Dah masuk minggu ke-3 Faqihah 'stay back' di Brighter Future pada hari Khamis dan Jumaat mulai jam 1 hingga 5 ptg. Tujuan utama ialah untuk mengikuti perkhidmatan tuisyen yang dianjurkan oleh Brighter Future sebagai persiapan awal UPSR 2015.

Kehadiran Faqihah mengembirakan teacher Ruby yang telah mendidiknya sejak Faqihah berumur 3 tahun. Kami berehat drp menghantar Faqihah pada tahun 2011-12. Apabila teacher Ruby memaklumkan Brighter Future akan menganjurkan perkhidmatan tuisyen pada 2013 maka kami menghantar Faqihah untuk tujuan di atas.

Faqihah juga amat gembira berada di sana. Kebiasaaanya apabila sampai di rumah selepas balik drp Brighter Future, dia akan tertidur akibat keletihan.

Tamat sesi persekolahan, umminya akan hantar. Makan dan salin pakaian di GIANT. Jarak perjalanan dari sekolah Faqihah ke Brigter Future (Tambun) selama 20 minit. Jam 5 ptg, abah akan ambil. Jarak perjalanan (pergi sahaja) memakan masa 40 minit. Walaupun jauh, kami gagahi juga untuk masa depan Faqihah. Tiada kemudahan untuk anak2 istimewa dilokasi berhampiran.

Kos yang ditangguh untuk Faqihah akan meningkat untuk tuisyen, makanan dan pengangkutan. Cabaran yang harus dilalui oleh keluarga anak2 istimewa ialah Masa, Tenaga dan Wang Ringgit.

No comments:

Post a Comment