Thursday, April 4, 2013

Faqihah (autisma) UPSR 2015


Kami sekeluarga merancang untuk Faqihah bakal menduduki UPSR pada tahun 2015. Perbincangan telah dilakukan dengan guru2nya dan juga Penolong Kanan Pendidikan Khas Faqihah. Tiada kekangan untuk melaksanakan MISI ini.

Perbincangan turut diadakan dengan Teacher Ruby, Brighter Future... tempat Faqihah dididik sejak kecil sehingga tahun 2010.. bertujuan untuk mendapatkan perkhidmatan tuisyen drp Teacher Ruby.

Di antara komiten yang bakal diberikan oleh Teacher Ruby ialah

SMS 1 "ok looking forward to c her"
SMS 2 "so glad to hv her back. we will try our best to help her'

Jika perlu, mungkin akan mendapatkan perkhidmatan Home Tuition.

Setakat ini, Faqihah tiada menghadapi masalah ketara dlm semua subjek walaupun keupayaannya terhad untuk menjawab soalan2 dengan baik. Dgn usaha yang bakal dilakukan oleh pihak sekolah, Teacher Ruby dan kami  sekeluarga nanti, diharap Faqihah akan mampu menjawab soalan dengan baik.

Dari segi tingkah-laku dah ada peningkatan. Faqihah mampu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Tidak hiper-aktif seperti dulu sebagaimana dilaporkan oleh guru2nya. Ikut semua arahan yang diberikan oleh guru2nya. Dapat siapkan tugasan dengan sempurna. Balik rumah pasti nak buat homework yang dibekalkan oleh guru2nya sebelum membuat aktiviti2 yang lain.

Sama2 kita doakan agar usaha  pihak sekolah, Teacher Ruby dan kami sekeluarga akan berhasil. Insya-Allah.

Faqihah  mula tuisyen dgn Brighter Future mulai 4 April  2013.

No comments:

Post a Comment