Penyakit Psikiatri Kanak-kanak
Penyakit Psikiatri Kanak-kanak (Childhood Psychiatric Disorders) Posted by Associate Professor Dr. Ramli Musa
Topik ini adalah topik yang amat luas tetapi amat penting. Ianya amat
luas kerana di dalam topik ini terdapat pelbagai jenis penyakit dan
masalah berkaitan dengan kanak-kanak. Ianya amat penting kerana
sekiranya tidak dikesan dan dirawat, awal akan mengakibatkan pelbagai
implikasi sama ada untuk jangka masa singkat dan panjang seperti
melibatkan terencat perkembangan minda, pembelajaran akademik, skil
pergaulan, pembentukan insan serta kerjaya kanak-kanak itu di masa
hadapan.
Walaupun isu ini amat penting namun di kalangan
masyarakat Malaysia faktor stigma dan takut berjumpa pakar psikiatri
masih menebal. Persepsi berjumpa pakar psikiatri akan dilebel sebagai
pesakit mental adalah pandangan yang telah jauh ketinggalan dan harus
dihapuskan. Walaupun amat sukar mengikisnya tetapi saya merasakan kita
tiada jalan lain selain terus berusaha membetulkan keadaan dengan
berterusan memberi penerangan kepada masyarakat.
Bermula dari
isu seperti kemurungan, kerisauan (anxiety), Panic disorder, masalah
rumahtangga, conduct disorder, membuli atau dibuli, ponteng sekolah,
school refusal, masalah penbelajaran, dyslexia (sukar membaca), terlibat
dengan dadah, bedwetting, rebellious child, autisma, hyperactive (ADHD)
dan sebagainya adalah antara sebahagian masalah yang dilihat dan
dirawat oleh pakar psikiatri. Penyakit serius seperti schizophrenia
(tidak siuman) adalah sebahagian kecil kes-kes yang diberi perhatian
oleh pakar psikiatri. Maka adalah tidak benar persepsi yang mengatakan
sesiapa sahaja berjumpa pakar psikiatri adalah pesakit mental serius.
Penyakit-penyakit atau masalah-masalah berkaitan kanak-kanak bolehlah kita bahagikan kepada beberapa kumpulan.
Developmental disorders atau penyakit perkembangan kanak-kanak. Antara
contoh penyakit dalam kumpulan ini adalah seperti Autisma, Attention
Deficit and Hyperactice Disorder, Aspergas syndrome.
Emotional disorders seperti depression / kemurungan di kalangan kanak-kanak, Anxiety disorder, separation anxiety dan lain-lain
Behavioral disorders seperti kanak-kanak yang terlalu nakal (conduct disorder). Risk taking bahaviors dll
Apabila kita bercakap tentang isu kanak-kanak, selalunya kita tidak
dapat lari dari mendalami 2 isu penting iaitu 2 situasi yang amat
berkait rapat kepada dunia kanak-kanak. Ia adalah situasi keluarga dan
persekolahan. Hubungan di antara tingkah laku kanak-kanak dan 2
environments/situasi ini adalah hubungan reciprocal (2 arah) dan berkait
rapat.
Contoh: jika situasi di sekolah tidak baik atau dilihat
sebagai sebagai memberi ancaman kepada kanak-kanak itu seperti buli,
ini menyebabkan kanak-kanak tersebut akan memperlihatkannya melalui
tingkahlaku yang tidak sepatutnya. Begitu juga sebaliknya sekiranya dari
segi emosi mereka terganggu, ia akan menjejaskan pencapaian akademik
mereka.
Begitu juga untuk isu keluarga. Situasi tidak selesa di
rumah seperti pertelingkahan atau penceraian ibubapa akan mengganggu
emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Sebaliknya sekiranya berlaku
tingkahlaku tidak diingini kanak-kanak juga akan menyebabkan keluarga
ini menjadi lebih stress dan tidak harmoni.
Penilaian psikologi
oleh pakar psikiatri selain dari penilaian secara langsung (direct),
adalah amat penting penilaian situasi keluarga dan sekolah dinilai
secara mendalam. Bagi setiap penyakit-penyakit berkaitan kanak-kanak
akan diterangkan secara mendalam pada setuan topic berikutnya.
Penyakit/masalah Emosi Di kalangan Kanak-kanak
Satu fakta yang harus kita sedar, bukan di kalangan dewasa sahaja
menghadapi masalah kemurungan. Kanak-kanak juga sebenarnya boleh
menghadapi masalah tekanan dan kemurungan (stress & depression).
Walaubagaimana pun prevalen atau kekerapan masalah ini lebih kepada
wanita dewasa. Mengikut kajian di Negara-negara lain prevalen kemurungan
teruk dan sederhana adalah 2-4% di kalangan kanak-kanak, 10% di
kalangan remaja dan 15-20 peratus di kalangan dewasa. Kajian di Malaysia
peratusannya adalah 10.5% dikalangan pelajar sekolah rendah (Ramli M et
al, Hong Kong Journal of Psychiatry) yang secara dalam boleh di rujuk
di webpage ini:
http://www.hkjpsych.com/past0802.htm
.
Antara kesimpulan kajian ini di antara lelaki dan perempuan, perempuan
lebih berisiko mendapat kemurungan. Juga di kalangan mereka dari ibubapa
pendapatan rendah, di kalangan keturunan cina, dan mereka yang terlibat
dalam masalah disiplin seperti mencuri dan mengambil alcohol.
Kemurungan dalam kajian lain sememangnya berkait rapat di kalangan
mereka dari sosio-ekonomi rendah. Di sebabkan tekanan hidup menyebabkan
mereka lebih cenderung mendapatnya. Mengapa di kalangan keturunan cina
lebih cenderung? Antara spekulasi mengapa kajian ini mendapat keputusan
begini kerana masyarakat cina lebih terbuka menzahirkan tanda-tanda dan
perasaan mereka berbanding masyarakat lain.
Apabila kita
memperkatakan masaalah emosi kanak-kanak, kanak-kanak akan
memperlihatkan masalah emosi mereka melalui beberapa perubahan
tingkahlaku mereka yang berlainan dengan orang dewasa. Sekiranya seorang
dewasa mengalami kemurungan, depression mereka akan menunjukkan
tanda-tanda seperti rasa sedih, kurang selera makan, hilang berat badan,
rasa hidup tidak berguna.
Walaubagaimana pun di kalangan
kanak-kanak, mereka menunjukan tanda kemurungan atau symptom yang
berbeza dari golongan dewasa. Mereka memperlihatkan tanda-tanda melalui
salah satu cara berikut. 1)Externalizing behaviours seperti berkelakuan
memberontak, (rebellious) seperti menunjukkan kemarahan (tamper tantrum)
memecahkan barang, berkelakuan nakal, melawan peraturan dan arahan.
Salah satu cara meluahkan rasa kesedihan dengan cara 2)internalizing
behaviours menjadi lebih senyap, menyendiri, menjauhkan diri dari
keluarga dan masyarakat, serta terganggu prestasi pelajaran.
Maka adalah tidak benar semua kanak-kanak yang dilabelkan nakal atau
memberontak seperti terlibat dalam masalah disiplin ini sebagai semuanya
mempunyai masalah sikap (attitude problem). Kerana apabila kita
memperkatakan ininya adalah masalah sikap, maka jawapan kepada
permasalahan ini adalah hukuman physical seperti merotan mereka. Adalah
penting ibubapa dan guru cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka
berkelakuan begitu. Di sebalik tingkah laku mereka ada dikalangan mereka
tidak bernasib baik seperti datang dari keluarga bermasalah, ibubapa
bercerai, berlaku konflik keluarga, kurang tumpuan dan kasih saying dan
perhatian ibubapa, bapa yang mengabaikan tanggung jawab, berlaku
penderaan physical atau seksual dan sebagainya.
Apa yang harus dilakukan?
Penilaian perasaan boleh dilakukan oleh ibubapa atau guru yang
mempunyai skil ini. Walaubagaimana pun tidak semua kes-kes boleh di
tangani terutama kes-kes berat. Bantuan pihak ketiga seperti counselor,
psychologist dan psychiatrist (pakar psikiatri) banyak membantu.
Fikirkan kepentingan anak dan tolak ke tepi pandangan masyarakat apabila
berlaku delema dan halangan untuk berjumpa pakar psikiatri. Ini adalah
stigma masyarakat yang jauh ketinggalan.
Masyarakat Malaysia
telah jauh berubah sekarang dan mereka telah sedar sekarang tentang
pentingnya mendapatkan khidmat pakar psikiatri.
Fakta sedih yang
saya hadapi sendiri adalah bukan pandangan serong masyarakat tetapi
pandangan serong mereka yang dikatakan berada di dalam aliran perubatan
itu sendiri terhadap pesakit-pesakit atau pengidap-pengidap ini.
Menyedihkan….. Tidak dinafikan sebahagian besar terdapat ramai yang
berfikiran positif (psychologically minded) yang meminta perkhidmatan
ini datang ke unit mereka dan merujuk kes-kes untuk pandangan psikiatri.
Bagaimana penilaian dibuat ? Pakar psikiatri akan menilai melalui
beberapa soalan kepada kanak-kanak dan ahli keluarga, pemerhatian
tingkah laku dan lain-lain. Memberi kertas soal-jawab adalah membantu,
menyenangkan dan lebih objektif. Ia lebih objektif kerana penting kita
menilai samaada pesakit berubah semakin baik atau sebaliknya melalui
skor kertas soal-jawab ini.
Rawatan ubat antidepressant bagi
kes kanak-kanak dimulakan apabila rawatan kaunseling, play therapy, art
therapy, supportive psychotherapy CBT dan lain-lain gagal dan bagi kes
yang teruk seperti ada idea menamatkan riwayat. Walaubagaimana pun
sebarang ubat hanya dimulakan selepas mendapat pandangan ibubapa.
Memulakan ubat adalah “mutual decision” bukan “one-side decision”. Kami
sedar tentang kerisauan ibubapa apabila anak mereka mangambil ubat.
No comments:
Post a Comment