Saturday, November 20, 2010

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Noor Fakhira Izzah Izzati (Kak Long)

BM Penulisan A
BM Pemahaman B
BI A
MM B
SN B

Noor Faqiahah Izzah Iwani (Faqihah)

BM Penulisan A
BM Pemahaman C
BI A
MM A
SN B

Thursday, July 29, 2010

Keputusan Ujian Bulanan Faqihah (Julai 2010)

Setakat ini baru menerima satu keputusan ujian bulanan Faqihah iaitu Bahasa Inggeris. Dia mendapat markah 84%. Jumlah soalan yang diuji ialah 60 soalan dalam pelbagai bentuk. Kemampuan Faqihah amat dikagumi termasuk semua kerja sekolah yang diberikan oleh guru mampu dibuat dengan sempurna. Kini tidak sukar untuk mengarahkannya membuat sebarang kerja sekolah disamping dia tekun membuatnya. Walaubagaimanapun kami masih perlu berada disisinya semasa dia membuat kerja sekolah. Tahun 2010 merupakan perubahan ketara berlaku kepada diri Faqihah.

Wednesday, July 28, 2010

Perkhemahan Urus Diri

Tarikh: 23 Julai 2010 - 24 Julai 2010
Masa: 3 Ptg 23 Julai 2010 - 5 ptg 24 Julai 2010
Temapat: Perak Riverside Resort Kuala Kangsar
Anjuran: Pendidikan Khas SK Seri Mutiara

Catatan:
Pertama kali Faqihah mengikuti aktiviti seumpama ini yang memerlukan tidur malam di lokasi perkhemahan. Pertama kali juga dia berpisah dengan umminya. Diberi kebenaran oleh guru menghubungi ummi pada jam 10.30 malam. Tiada masalah besar dihadapi dimana dia dapat mengikuti semua aktiviti dijalankan kecuali masalah tidak mahu makan dengan makanan yang disediakan oleh penganjur dan kencing malam.

Saturday, July 17, 2010

Perkembangan permata hatiku terkini

HADIF (1tahun) - Dah mula menapak...berjalan...2...3 langkah mulai 16 Julai 2010

HAZIQ (6 tahun) - Dah pandai menggunakan wang untuk membeli makanan dalam van yang dinaikinya ke tadika. Latihan matematik kerja rumah, tadika, tiada masalah dilakukan sendiri.

FAQIHAH (8 tahun) - Cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun 2010 di SK Seri Mutiara, Semua A untuk semua subjek (5A).

FAKHIRA (10 tahun) - Pertama kali mengikuti perkhemahan kokurikulum di SK Convent.

Kanak-kanak lembab dalam pelajaran

Eh! Kamu, kenapa baca perlahan sangat? cikgu suruh kamu baca supaya semua ahli kelas dengar.

Bukan kamu seorang saje yang dengar,´ marah seorang cikguku kepada kawan sekelasku yang bernama Salmiza bila diminta membaca cerita di dalam buku teks di hadapan kelas.³Aku tak tau la pasai apa Salmiza tu tak mau bercakap sangat dengan kita. Dok diam sorang-sorang je.Ajak main pun tak mau. Pelik la dia ni, lain dari orang,´ sungut rakan sekelasku kepada ku.Tahukah kita kanak-kanak yang lambat atau susah belajar itu sebenarnya sakit? Mereka bukan malas atau tidak bersungguh semasa belajar sama ada dalam kelas mahupun di mana saja. Mereka mungkin ada masalah semasa belajar, bersosial, fizikal dan sebagainya. Mengapa saya memilih hendak menulis topik ini? Sebab selepas saya mengedit 3 buku berkaitan anak istimewa dan pendidikan khas, baru saya sedar apa yang dialami oleh kawan saya masa saya kecil dulu. Mungkin dia tergolong dalam kanak-kanak bermasalah seperti ini. Nampak macam tak bersungguh masa belajar dan tak mahu berkawan dengan rakan lain. Dari segi fizikal biasanya kanak-kanak yang bermasalah ini normal. Sebab itu mereka tidak dihantar oleh ibu bapa ke sekolah pendidikan khas. Kebanyakan orang tidak sedar ia berlaku pada anak sendiri.

Jadi kita perlu jadi ibu bapa yang perihatin dan berilmu pengetahuan. Macam mana nak kesan anak kita bermasalah ataupun tidak andainya fizikalnya sempurna? Cuba kesan di mana kelainan yang ada pada anak kita berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya. Adakah dia ada kekurangan yang pelik dari segi kemahiran membaca, mengira ataupun bersosial. Andainya dia terlalu lain daripada kanak-kanak biasa, bawa dia berjumpa doktor.

Kadang-kadang kanak bermasalah ini cemerlang dalam bidang membaca, tetapi sangat bermasalah dalam mengira ataupun yang perkara berkaitan nombor. Bila diminta menulis nombor, mereka menulisnya dalam keadaan terbalik ataupun tak dapat menyelesaikan pengiraan yang mudah. Ini pun perlu diberi perhatian. Ia mungkin tidak dapat dikesan semasa kecil. Tetapi ia dapat dikesan seawal usia 5 tahun. Kadanag-kadang mereka sangat mahir belajar tetapi sangat bermasalah dalam pergaulan. Ada jugak yang sudah 10 tahun pun tak pandai membaca, tetapi sangat cantik lukisan yang dihasilkan. Mereka juga ada kelebihan lain. Kebanyakan cikgu biasa tidak sedar akan masalah ini. Jadi kita sebagai ibu bapa yang perlu sedar akan keadaan anak kita.

Antara situasi teruk yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak ini adalah, nampak huruf-huruf pada tekas yang tercetak di atas buku tenggelam timbul, kabur dan berselerakan. Sedangkan kita dan kanak-kanak normal nampak huruf itu teratur dan mudah dibaca. Kadang-kadang mereka pergi ke ke pasar raya besar seorang diri, tak tahu pulak jalan keluarnya. Bila nampak perkataan µKELUAR¶ je. huruf-huruf tu berterbangan pada pintu. Haa« macam pelik kan! Itulah realitinya. Tetapi kanak-kanak tak sedar masalah yang mereka hadapi, sebab mereka fikir ini situasi biasa yang dialami oleh orang lain. Tanda-tanda ini dapat dikesan oleh ibu bapa bila mereka mengadu tak dapat membaca seperti kawan sekelas yang lain, tak nak ke sekolah sebab cikgu marah tak tahu nak selesaikan pengiraan dan sebagainya.

Apabila kanak-kanak ini dibawa bertemu doktor, mereka akan diuji dengan ujian yang khusus bagi mengesan masalah atau penyakit ini. Andainya ujian ini menunjukkan mereka bermasalah, ibu bapa dinasihatkan menghantar anak ke sekolah pendidikan khas. Sekolah pendidikan khas bukan untuk kanak-kanak yang cacat fizikal sahaja, tetapi juga untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Keistimewaan Sekolah Pendidikan Khas

Di sekolah ini, mereka diajar dengan teknik yang berlainan daripada teknik mengajar biasa. Layanan juga lebih. Kanak-kanak tidak ditekan bagi menguasi sesuatu pelajaran atau kemahiran. Andainya mereka diajar mengira dan tiba masanya mereka berasa bosan ataupun tertekan kerana tidak dapat menyelesaikan masalah yang diberi, guru akan memberi tugasan yang lebih ringan seperti mewarna ataupun melukis. Emmm« seronokkan! Bagi sesiapa yang ingin menjadi guru pendidikan khasni perlu tabah, sabar dan penyayang. Respect abis aku pada cikgu pendidikan khas ni.

A¶ha! dah panjang rupanya penulisan aku nih. Ni tak masuk bab apa faktornya, adakah keturunan ataupun tidak? Autisme? Hiperaktif? Disleksia? Sebenarnya setiap kali mengedit dan ada benda baru yang saya dapat, memang teringin sangat nak syer dengan orang lain. Tak pe, kalau nak tahu lanjut berkaitan kanak-kanak ini, dapatkan buku-buku pendidikan khas keluaran PTS Professional Publishing S/B. Buku ini bukan untuk guru saje, tp juga untuk ibu bapa. Banyak lagi yang perlu kita tahu sebagai pendidikan keibubapaan supaya kita bersedia menghadapi situasi ini andainya berlaku pada kita dan yang penting anak kita mendapat pendidikan dan bimbingan yang wajar dengan keupayaan dirinya.


Soalan:

Saya mempunyai satu masalah, sehingga hari ini masih belum dapat Diselesaikan. Saya mempunyai seorang anak lelaki yang sangat lambat untuk bertindak balas. Untuk bercakap juga sangat pelat walaupun umurnya sudah 6 tahun pada mac lalu. Saya telah membawanya berjumpa pakar namun kata pakar tersebut, anak saya tidak mengalami sebarang masalah. Sudah bermacam-macam makanan dan vitammin yang mampu merangsang otak telah saya berikan namun, tiada perubahan. Saya buntu. Harap doktor dapat membantu.

Sekian terima kasih.

Dari,
Muhamad Irwanizam Ibrahim

Ampang,Selangor.


Soalan di atas akan dibincangkan untuk post seterusnya.

Friday, July 16, 2010

Hari Bertemu Waris sekolah Faqihah 16 Julai 2010

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN FAQIHAH

Nama: Noor Faqihah Izzah Iwani
Kelas: PK Dinamik
Sekolah: SK Seri Mutiara Ipoh

1. Peperiksaan Pertangahan Tahun 2010

Bahasa Malaysia (Kefahaman) - 92%
Bahasa Malaysia (Penulisan) - 94%
Bahasa Inggeris - 98% (Kertas 1 - 98% / Ketas 2 - 98%)
Mathematics - 94% (Kertas 1 - 90% / Ketas 2 - 98%)
Science - 88% (Satu kertas sahaja)

Pencapaian: 5A

2. Ujian Bulanan untuk bulan Mac 2010

1. Bahasa Melayu - 83%
-Pemahaman
2. Bahasa Inggeris -71%
3. Matematik - 74%
4. Sains - 66%

Pencapaian: 1A 3B

Friday, July 2, 2010

Masalah komunikasi kanak-kanak autisme

Pertanyaan Syahrulikram Mohd Yasin " blh sy tau brp ramai parent yang mempunyai anak autism yg nonverbal (x bercakap)? adakah menjadi kebiasaan knk2 autism kat m'sia nonverbal? "
Wednesday at 11:20pm · Comment · Like · Promote

Zeti Akhtar anak saya masih x bercakap..umurnya 10 tahun.
Wednesday at 11:39pm · Like · · Flag

Mie Ahmad Terus berusaha...insyaallah satu masa nanti.....
Yesterday at 3:06am · Like ·
1 person · · Flag

KELAB ANAK AUTISME Zeti..doktor ada kata apa2 tak? Ada pergi speach theraphy? Macamana berkomunikasi dgnnya?
Yesterday at 4:16am · Like ·

Syahida Yep mengikut kajian/teori, chances utk anak2 autisme non-verbal adalah 50% (bukan utk msia saja, dimana2 di seluruh dunia). tp itu sekadar teori, Tuhan penentu segala..kna teruskan usaha.
rasanya utk anak non-verbal, masih banyak lg cara untuk memudahkan mereka berkomunikasi (contoh: gunakan PECS i.e.kad2 bergambar).
anak saya 7 tahun, baru bercakap 2-3 patah (itupun bila 'dipaksa' atau perlu saja).
Yesterday at 8:28am · Like · · Flag

Norlin Samat Anak saya 9 tahun .. paling panjang ayat dia 6 perkataan.. alhamdullillah sekarang dia da boleh bermain/bergurau dengan adik dia.. kami masih terus berusaha mengajak dia berbual dgn kami.. skrg dia da respond pertanyaan kami.. walaupun ayat 3-4 perkataan..janjji kena sabar & terus berusaha & x leh marah2 dia..
Yesterday at 8:50am · Like · · Flag

Mie Ahmad Betul...teruslah menyokong dia, buat akt yg boleh merangsang utk dia brcakap...cth lihat apa kecenderungan dia, buat akt bersama, sed demi sed dia akan bercakap sbb ada perasaan ingin tahu yg mendalam dlm diri dia...w.pun pd peringkat awal hanya keluar sepatah perkataan
Yesterday at 9:11am · Like · · Flag

Zamri Tembol salam. anak saya umur 7 thn baru sebut 2-3 perkataan yg sama berulang-ulang. Pemerhatian saya - anak saya dia menunjukkan mahu berkata-kata tapi tak dapat diluahkan dan ada masa dia nak tahu sesuatu. Risau gak bila keadaannya macam ni.

Apa saya buat, saya dan isteri cuba fahamkan apa yang dia ingin katakan dan saya menyebutnya (terpaksa meneka-neka), dan dia akan cuba ikut (selalunya tak ikut pun). Once dia sebut kita orang rekod (dan ingat) supaya kita boleh ulang kan perkataan untuk dia sebut.

Saya buat teknik ni sehingga sekarang, alhamdulillah, dia boleh berbual 2 hala sekarang dan pandai bertanya jika dia nak tahu sesuatu (dan berulang-ulang - walaupun dah tanya byk kali soalan yg sama).

Mcm Norlin kata - Sabar & terus berusaha.

Kaji terperinci tingkahlaku anak dan gunakan pendekatan yang sesuai dengan mereka. Adakalanya kena ubahsuai cara2 yang sedia ada untuk anak saya. Ada juga yang langsung tak boleh digunakan untuk anak saya. Jadi saya & isteri kena fleksibel dan terus mengkaji & menguji. :)

See More
Yesterday at 11:35am · Like · · Flag

Bajuri Johari betul.... kena banyak berbual dengan anak ini. Allah ciptakan manusia mempunyai hati.. dia boleh berkata-kata cuma kita yg tak tahu... mudah saja untuk mengenal tanda dia boleh bercakap.. apabila kita memberi arahan atau suruhan. dia melakukan dengan betul... itu bermakna dia faham... dan dia boleh bercakap... cuma kita perlu bersabar untuk mendidik ia dan boleh latih ia bercakap dengan baik....isya Allah...
Yesterday at 12:46pm · Like ·
1 person · · Flag

Cikgu Sue Pkhas pilih terapi yang sesuai dengan anak anda dan jalankan secara konsisten........
Yesterday at 5:39pm · Like ·
1 person · · Flag

Syahida Yep setuju dengan CS, jgn jadikan anak 'guinea pig'.pilih 1 kaedah, beri masa untuk lihat kesan dan istiqamah.
satu lagi nak kongsi(ramai dah tahu rasanya), bila bercakap dengan anak autisme, gunakan ayat pendek/ringkas/senang faham, sebut perlahan-lahan dan jelas, supaya mereka senang nak 'digest & proses'.

ZT->anak saya masih belum boleh berbual 2 hala..
saya setuju, ibubapa kna inovatif, kreatif dan fleksibel...kena pandai 'baca' dan faham anak autisme ni (sy sendiri sdg mencuba sedaya upaya).
Yesterday at 5:45pm · Like ·
2 people · · Flag

Nazri B. Isnin saya muhammad. aminul hafiz baru sikit2 cakap umur saya 4 tahun... saya papa,mama, nenek, woody,nak, kuar awwah wak bar, Chiakkkk. wawa, puiiii... yang lain aaaa aaaa aaaa.
Yesterday at 8:32pm · Like · · Flag

Cikgu Sue Pkhas ada seorang kanak autisme non verbal.............bertahun hidup depan tv dengan kartun........sampai masa matangnya...........dia bersuara dengan bahasa inggeris stail kartun...........hebatkan......sebenarnya mereka mendengar dengan baik...........cuma perlu dibangunkan dan dimotivasikan..........
23 hours ago · Like · · Flag

Wan Haslinda Murni Sani sebabgai therapist untuk kanak2 autisme,saya setuju dgn syahida, gunakan ayat2 pendek/senang faham. sebenarnya melalui playtime adalah cara terbaik untuk create interest mereka bercakap..contohnya dia suka main bubble..so mula2 bagi free dulu 2-3 bubbles,lepas tu cuba cakap ''bub___" ..walaupun dia cuma cakap "ah", kita cakap je "bubble' dan bagi dia bubbles tu..harap2 faham apa saya nk cakap ni :-)
22 hours ago · Like ·
1 person · · Flag

Zamri Tembol wan: kat mana blh amik kursus2 therapy ni ye?
21 hours ago · Like · · Flag

Syahrulikram Mohd Yasin bg knk2 yg verbal..biasanya dia akan ekolalia, atau ckp ikut ayat dlm tv@iklan, guna bhs yg agak pelik atau terlalu formal. walau apa pun perlu latih dia berkomunikasi dgn orang dan bukan skadar cukup asal dia blh ckp.

bg knk2 yg nonverbal perlu latih komunikasi alternatif (AAC) spt PECS, MAKATON, Pic Comm Board atau gune perantaraan cermin,puppet, cermin mata hitam dll bergantung kepada kesesuaian dia. yg penting perlu latih kemahiran komunikasi sebelum dia berumur 6-7 thn kerana pada peringkat ini dia akan membuat rutin kelakuan mencederakan diri sendiri stiap kali dia berkehendak sstu krn dia tidak reti bgmn nak minta/bgtau apa yg dia nak pd ms yg sama kehendak dia makin bertambah.
21 hours ago · Like · · Flag

Syahida Yep ZT-> search ANDI initiative (saya pun nak blaja, tgh plan & save)
5 hours ago · Like · · Flag

Syahida Yep SMY-> saya setuju, kna 'intensif' latih ms umur prasekolah tp tak bermakna kalau dah lepas 7 tahun tak boleh teruskan stimulasi dan ransangan...mengikut kajian sains, walaupun saraf otak berkembang dengan giat pada peringkat umur kanak2, ia berterusan sepanjang hayat. so, kita semua tak boleh putus asa.

anak saya, mula bercakap sepatah2 umur 4 tahun, naik 2-3 patah sejak tu (tp agak stagnant hingga skrang umur 7 thn).yg sy perhatikan, bila sudah mula bercakap, tantrum kurang sbb da boleh bgtau apa dia nak/mahu.
5 hours ago · Like · · Flag

Zamri Tembol SY: tq
5 hours ago · Like · · Flag

Masalah komunikasi kanak-kanak autisme

Pertanyaan Syahrulikram Mohd Yasin " blh sy tau brp ramai parent yang mempunyai anak autism yg nonverbal (x bercakap)? adakah menjadi kebiasaan knk2 autism kat m'sia nonverbal? "
Wednesday at 11:20pm · Comment · Like · Promote

Zeti Akhtar anak saya masih x bercakap..umurnya 10 tahun.
Wednesday at 11:39pm · Like · · Flag

Mie Ahmad Terus berusaha...insyaallah satu masa nanti.....
Yesterday at 3:06am · Like ·
1 person · · Flag

KELAB ANAK AUTISME Zeti..doktor ada kata apa2 tak? Ada pergi speach theraphy? Macamana berkomunikasi dgnnya?
Yesterday at 4:16am · Like ·

Syahida Yep mengikut kajian/teori, chances utk anak2 autisme non-verbal adalah 50% (bukan utk msia saja, dimana2 di seluruh dunia). tp itu sekadar teori, Tuhan penentu segala..kna teruskan usaha.
rasanya utk anak non-verbal, masih banyak lg cara untuk memudahkan mereka berkomunikasi (contoh: gunakan PECS i.e.kad2 bergambar).
anak saya 7 tahun, baru bercakap 2-3 patah (itupun bila 'dipaksa' atau perlu saja).
Yesterday at 8:28am · Like · · Flag

Norlin Samat Anak saya 9 tahun .. paling panjang ayat dia 6 perkataan.. alhamdullillah sekarang dia da boleh bermain/bergurau dengan adik dia.. kami masih terus berusaha mengajak dia berbual dgn kami.. skrg dia da respond pertanyaan kami.. walaupun ayat 3-4 perkataan..janjji kena sabar & terus berusaha & x leh marah2 dia..
Yesterday at 8:50am · Like · · Flag

Mie Ahmad Betul...teruslah menyokong dia, buat akt yg boleh merangsang utk dia brcakap...cth lihat apa kecenderungan dia, buat akt bersama, sed demi sed dia akan bercakap sbb ada perasaan ingin tahu yg mendalam dlm diri dia...w.pun pd peringkat awal hanya keluar sepatah perkataan
Yesterday at 9:11am · Like · · Flag

Zamri Tembol salam. anak saya umur 7 thn baru sebut 2-3 perkataan yg sama berulang-ulang. Pemerhatian saya - anak saya dia menunjukkan mahu berkata-kata tapi tak dapat diluahkan dan ada masa dia nak tahu sesuatu. Risau gak bila keadaannya macam ni.

Apa saya buat, saya dan isteri cuba fahamkan apa yang dia ingin katakan dan saya menyebutnya (terpaksa meneka-...
See More
Yesterday at 11:35am · Like · · Flag

Bajuri Johari betul.... kena banyak berbual dengan anak ini. Allah ciptakan manusia mempunyai hati.. dia boleh berkata-kata cuma kita yg tak tahu... mudah saja untuk mengenal tanda dia boleh bercakap.. apabila kita memberi arahan atau suruhan. dia melakukan dengan betul... itu bermakna dia faham... dan dia boleh bercakap... cuma kita perlu bersabar untuk mendidik ia dan boleh latih ia bercakap dengan baik....isya Allah...
Yesterday at 12:46pm · Like ·
1 person · · Flag

Cikgu Sue Pkhas pilih terapi yang sesuai dengan anak anda dan jalankan secara konsisten........
Yesterday at 5:39pm · Like ·
1 person · · Flag

Syahida Yep setuju dengan CS, jgn jadikan anak 'guinea pig'.pilih 1 kaedah, beri masa untuk lihat kesan dan istiqamah.
satu lagi nak kongsi(ramai dah tahu rasanya), bila bercakap dengan anak autisme, gunakan ayat pendek/ringkas/senang faham, sebut perlahan-lahan dan jelas, supaya mereka senang nak 'digest & proses'.

ZT->anak saya masih belum boleh berbual 2 hala..
saya setuju, ibubapa kna inovatif, kreatif dan fleksibel...kena pandai 'baca' dan faham anak autisme ni (sy sendiri sdg mencuba sedaya upaya).
Yesterday at 5:45pm · Like ·
2 people · · Flag

Nazri B. Isnin saya muhammad. aminul hafiz baru sikit2 cakap umur saya 4 tahun... saya papa,mama, nenek, woody,nak, kuar awwah wak bar, Chiakkkk. wawa, puiiii... yang lain aaaa aaaa aaaa.
Yesterday at 8:32pm · Like · · Flag

Cikgu Sue Pkhas ada seorang kanak autisme non verbal.............bertahun hidup depan tv dengan kartun........sampai masa matangnya...........dia bersuara dengan bahasa inggeris stail kartun...........hebatkan......sebenarnya mereka mendengar dengan baik...........cuma perlu dibangunkan dan dimotivasikan..........
23 hours ago · Like · · Flag

Wan Haslinda Murni Sani sebabgai therapist untuk kanak2 autisme,saya setuju dgn syahida, gunakan ayat2 pendek/senang faham. sebenarnya melalui playtime adalah cara terbaik untuk create interest mereka bercakap..contohnya dia suka main bubble..so mula2 bagi free dulu 2-3 bubbles,lepas tu cuba cakap ''bub___" ..walaupun dia cuma cakap "ah", kita cakap je "bubble' dan bagi dia bubbles tu..harap2 faham apa saya nk cakap ni :-)
22 hours ago · Like ·
1 person · · Flag

Zamri Tembol wan: kat mana blh amik kursus2 therapy ni ye?
21 hours ago · Like · · Flag

Syahrulikram Mohd Yasin bg knk2 yg verbal..biasanya dia akan ekolalia, atau ckp ikut ayat dlm tv@iklan, guna bhs yg agak pelik atau terlalu formal. walau apa pun perlu latih dia berkomunikasi dgn orang dan bukan skadar cukup asal dia blh ckp.

bg knk2 yg nonverbal perlu latih komunikasi alternatif (AAC) spt PECS, MAKATON, Pic Comm Board atau gune perantaraan cermin,puppet...
See More
21 hours ago · Like · · Flag

Syahida Yep ZT-> search ANDI initiative (saya pun nak blaja, tgh plan & save)
5 hours ago · Like · · Flag

Syahida Yep SMY-> saya setuju, kna 'intensif' latih ms umur prasekolah tp tak bermakna kalau dah lepas 7 tahun tak boleh teruskan stimulasi dan ransangan...mengikut kajian sains, walaupun saraf otak berkembang dengan giat pada peringkat umur kanak2, ia berterusan sepanjang hayat. so, kita semua tak boleh putus asa.

anak saya, mula bercakap sepatah2 umur 4 ...
See More
5 hours ago · Like · · Flag

Zamri Tembol SY: tq
5 hours ago · Like · · Flag

Wednesday, June 30, 2010

Attitude Theraphy - Berdengkur dan Kesihatan

Jantung dan paru-paru yang sihat akan memastikan saluran pernafasan berfungsi dengan baik. Tetapi jangguan pada rentak jantung akan mengakibatkan sistem pernafaan terganggu dan tidk berlaku isyarat timbal balik oleh saraf yang mengawal diafragma (saluran di bawah paru-paru) yang mengawal pernafasan. Akibatnya paru-paru seperti tidak bernafas. Tetapi masalah ini boleh diatasi ketika sedang sedar iaitu menarik dan menghembuskan nafas dengan sendiri. Tetapi ketika sedang tidur, saluran tersebut tidak dapat dikawal. Maka berlakulah dengkuran.
Berdengkur ialah masalah yang mempunyai hubungan rapat dengan Jantung NW11. Jantung menjaga karektor risau dan perasaan. Masalah risau, cemas dan perasaan yang tertekan (biasanya berkaitan dengan date line atau tuntutan sesuatu) akan mengakibatkan masalah pada jantung.
Perhatikan bayi anda, sekiranya dia berdengkur ketika tidur, bermakna dia sedang mengalami masalah rentak jantung.

Antara karektor yang dapat kita kenal pasti terhadap bayi atau kanak-kanak yang mengalami masalah jantung ialah dia suka meragam, tidak suka dengan orang lain (misalnya apabila orang lain minta dukung, dia tidak mahu). Ketika berumur 5 tahun, dia kerap menangis (selama berhari-hari) setiap kali ditinggalkan di Nurseri atau tadika. Dia mudah rasa bosan dan takut jika ditinggalkan keseorangan.

Semakin kuat bunyi dengkuran bermakna semakin kronik tahap kesihatan jantung.

Langkah mengatasi masalah tidur berdengkur

1. Tidur mengereng atas rusuk kanan akan menjadikan jantung bebas daripada tekanan. Oleh itu ia dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar. Tidur secara terlentang akan mengakibatkan saluran pernafasan disekat oleh pangkal lidah. Akibatnya saluran pernafasan akan tersekat dan akan mengeluarkan bunyi ketika tidur.
2. Bersedialah sebelum tidur. Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa risau. Tidur dalam keadaan berwuduk dan membaca doa adalah cara tidur yang akan memutuskan tanggungan pemikiran berkenaan urusan pekerjaan di dalam tidur.
3. Ubah posisi tidur jika menyedari masih berdengkur ketika tidur. Perkara ini perlu kerana cara tidur yang pertama masih tidak dapat mengatasi masalah rentak jantung. Mengubah posisi untuk sementara waktu akan menjadikan jatung berbabas dari sesuatu tekanan.
4. Air bersifat pembersih. Minum air sejuk berais sebelum tidur akan membantu membersihkan bebanan memori daripada dibawa ketika sedang tidur.
5. Tidur ditempat yang betul dengan cara berbaring mengiring akan menjadikan diri lebih bersedia ketika tidur dan bebas daripada menanggung bebanan kerisauan.
6. Tidur dalam keadaan duduk menegak pada waktu siang atau selepas makan amat digalakkan supaya makanan dapat dihadam dengan sempurna dan tidak membebankan jantung.
Sebenarnya masalah tidur berdengkur masih boleh dirawat. Rawatan akan ditumpukan lebih kepada bahagian Jantung NW11. Tetapi pemeriksaan perlu untuk mengenalpasti punca sebenar.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat masalah tidur berdengkur atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.

Interaksi Masalah Autisme dan Hiperaktif

alkindi: Terapi boling tu..layari alkindi09pendkhas.blogspot.com
30 Jun 10, 11:10 PM

alkindi: Daftar di Jabatan Pendidikan Negeri. di Jln Tun Razak setelah dokumen disiapkan.
30 Jun 10, 11:09 PM

alkindi: Dia boleh ditempatkan di Pusat Pemulihan Komuditi (PDK) kelolaan Jabatan Kebaikan Masyarakat. Jika dah okey baru ditempatkan di sekolah biasa tp cuba dulu ditempatkan di sekolah harian biasa.
30 Jun 10, 11:07 PM

alkindi: kalau macam tu..kemungkinan besar dia tidak layak ditempatkan sekolah harian biasa kerana ada masalah tingkah-laku dan urus diri.
30 Jun 10, 09:28 PM

lml: terima kasih zlanrazzaque, kelas ini di mana yah?
30 Jun 10, 09:27 PM

lml: alkindi. dia hanya tahu ah......dan lompat sini lompat sana macam monyet. macam mana dia dapat belajar
30 Jun 10, 09:24 PM

lml: banyak-banyak terima kasih alkindi.betul, dia tidak pernah bersekolah.saya kasihan melihat budak itu.saya juga risau macam mana dia belajar.Dia langsung tidak bercakap atau tidak tahu bercakap.
30 Jun 10, 11:59 AM

zlanrazzaque: Kelas Khas Seri Putera telah berjaya menyediakan terapi boling kepada murid murid khasnya . tahniah
30 Jun 10, 09:23 AM

alkindi: DIA mesti dididik...jika tidak macamana apabila dia dewasa nanti..kebetulan ibubapa dan TIADA.
30 Jun 10, 09:22 AM

alkindi: Di sekolah ada kepakaran tetapi ibubapa MESTI turut berkerjasama mendidik anak selaras dgn apa yg dilakukan oleh pihak sekolah
30 Jun 10, 09:19 AM

alkindi: Sekolah terdekat di sekitar jelapang ialah SK Jelapang Jaya yang ada program pendidikan khas.
30 Jun 10, 09:18 AM

alkindi: lml: Nampaknya dia tidak pernah bersekolah ya. Masih belum terlewat...bawa surat doktor ke Jabatan Pelajaran Perak untuk tujuan pendaftaran. Cuba dapatkan pandangan pegawai kat sana...
29 Jun 10, 09:38 PM

lml: terima kasih alkindi. saya ingin tanya di manakah sekolah rendah yg sesuai untuknya belajar. mereka dari keluarga yg miskin. tidak mampu untuk belajar sekolah swasta
29 Jun 10, 09:36 PM

lml: terima kasih Syida
29 Jun 10, 11:51 AM

Syida: lml. minta ibu anak terbabit 'pantangkan' yang manis2, banyakkan minum air masak, ajak anak beriadah selalu. kena usahakan anak utk mendengar arahan secara perlahan2. tegas tp berhemah, bagi pujian.
29 Jun 10, 09:58 AM

alkindi: lml. Lambat respon. Nanti saya akan bagitahu. Kalau boleh, lml masuk Kelab Anak Autisme dlm laman facebook dimana kita boleh mendapat pandangan drp ibubapa/penjaga yang menghadapi masalah yang sama
23 Jun 10, 10:38 PM

lml: saya kasihan melihat ibunya, sangat letih dan tidak tahu apa yg bih buat. blhkah beritahu saya bagaimana baru dia blh bercakap
23 Jun 10, 10:35 PM

lml: dia in sangat serius. blh panjat ke atas almari dan sepahkan semua benda di atas meja, pecahkan tv.ibunya tidak memberi ubat kpd anaknya krn takut kanser.
23 Jun 10, 10:30 PM

lml: dia tinggal di jelapang, apakah sekolah yg dpt dia masuk?sek OKU?sek pendidikan khas?saya pun tidak tahu. blhkah tolong ajar saya
23 Jun 10, 10:29 PM

lml: saya tolong kawan saya tanya, dia mempunyai seorang anak berumur 10 thn. dia tidak tahu bercakap, ibunya buta huruf, hanya tahu anaknya autism dan adhd.saya ingin tolong anaknya utk memasuki sekolah
23 Ju 10, 5:57 M

Tuesday, June 29, 2010

Masalah kanak-kanak Istimewa - Autisme + Hiperaktif

Mohon pandangan rakan-rakan terhadap masalah yang dihadapi rakan pengunjung blog PUTERA ISTIMEWA

SOALAN:

lml: saya kasihan melihat ibunya, sangat letih dan tidak tahu apa yg bih buat. blhkah beritahu saya bagaimana baru dia blh bercakap
23 Jun 10, 10:35 PM

lml: dia in sangat serius. blh panjat ke atas almari dan sepahkan semua benda di atas meja, pecahkan tv.ibunya tidak memberi ubat kpd anaknya krn takut kanser.
23 Jun 10, 10:30 PM

lml: dia tinggal di jelapang, apakah sekolah yg dpt dia masuk?sek OKU?sek pendidikan khas?saya pun tidak tahu. blhkah tolong ajar saya
23 Jun 10, 10:29 PM

lml: saya tolong kawan saya tanya, dia mempunyai seorang anak berumur 10 thn. dia tidak tahu bercakap, ibunya buta huruf, hanya tahu anaknya autism dan adhd.saya ingin tolong anaknya utk memasuki sekolah
23 jun 10, 05:57 AM

JAWAPAN RAKAN FACEBOOK KELAB ANAK AUTISME

PERTAMA
Syahida Yep pd pendapat saya, masalah2 di atas ni perlukan perhatian dan tindakan oleh mereka yang hampir dengan keluarga/anak yang berkenaan.
untuk latih anak non-verbal bercakap bukan proses singkat dan harus bermula dengan zero. tanpa pengetahuan asas tentang anak2 ni, sukar untuk ibubapa sendiri meransang anak tersebut.
masalah2 di atas ni melibatkan individu yang sama atau berlainan?
9 hours ago · Like · · Flag

KEDUA
Bajuri Johari saya impati dgn masalah ini......anak autisme perlu perhatian yang lebih.. situasi dia adhd.. kurangkan makanan yg manis.. beri lebih perhatian dan kawal tingkah lakunya.anak ini mempunyai kelebihan yg istimewa... cuma kita perlu cari keistemewaan yg dia ada. banyak berbual dgn dia.jgn terlalu cepat memberi arahan yg ia tak faham MENYEBABKAN DIA BERTINDAK DILUAR KAWALAN MINDA. anak autisme yg boleh mengurus diri boleh dimasukkan ke sek pend khas atau sek yg ada program integrasi pendidikan khas di kawasan berdekatan dengan rumah murid... boleh rujuk di sekolah yg ada program tersebut.
Yesterday at 11:44am · Like · · Flag

KETIGA
Syahrulikram Mohd Yasin salam.. da bwk berjumpa terapis carakerja n terapis pertuturan di hosp berdekatan x? kalau blum digalakkan jmp! mereka ni pakar bhg ADL(OT) n komunikasi-pertuturan-bahasa (ST).

utk knk2 berkeperluan khas autism yg nonverbal..blh aja komunikasi menggunakan PECS (pic exchange comm sys)..iaitu dia kene tukar kad gambar dgn apa yg dia mahukan....atau ...
See More
Yesterday at 3:05pm · Like · · Flag

KEEMPAT
Izhar Ibrahim sy setuju dgn SMY. Anak ini harus di diagnose oleh pediatrik terlebih dahulu supaya senang disalurkan melalui proses yg bersesuaian. Samada autisme, adhd atau add, perlu dapatkan pengesahan pediatrik dulu. Senang bila isi borang OKU. Senang dirujuk ke OT, ST dan semua badan2 terlibat e.g. Jabatan Pelajaran, Sekolah dsb.
Yesterday at 7:21pm · Like · · Flag

KELIMA
Nazri B. Isnin Kalau boleh daftarkan dulu pada hospital... next step rumah jika ada barang2 simpan dulu... tukar pemakanan.... kita akan sumbangkan idea dalam fb ini... tukar minuman mineral water pot sahaja untuk mendapatkan air bersih tiada gula...
Yesterday at 7:23pm · Like · · Flag


KEENAM
Cikgu Sue Pkhas sebenarnya anak itu boleh mendengar dengan baik.....perdengarkan ayat-ayat alquran supaya dia tenang.....jgn risau sampai masa yang sesuai / matang ..( bergantung kepada kesediaan mental dan emosinya) suatu hari nanti dia akan boleh bercakap tanpa diajar pun. Salah satu cara yang paling penting jalankan terapi yang disyorkan terutama dari NURY atau BRAIN GYM....tetapi kesabaran sangat diperlukan.
Yesterday at 10:09pm · Like · · Flag

KETUJUH
Suzana Omar suka statement "perdengarkan ayat-ayat alquran supaya dia tenang".. tp ada 1 murid d kelas saya, dia akan tutup telinga ngan jari ngan kuat (sehingga dia tak dpt m'dgr bacaan Quran tersebut..apatah lagi azan zohor...) terapi ini sbnrnya menenangkan, tapi sukar utk murid tersebut..;-p
5 hours ago · Like · · Flag

KELAPAN
Zamri Tembol Kawalan hyperactivity:

1. Kurangkan & kawal pengambilan makanan bergula & tinggi karbohidrat sebab ini yang buat dia bertenaga.

2. Buat aktiviti fizikal di luar rumah (dgn pantauan). Tujuannya, supaya anak tersebut dapat lepaskan tenaga yg ada dalam dirinya.

3. Elakkan tidur disiang hari supaya malam dapat tidur.

4. Anak2 ADHD perlukan latihan2 fizikal bersistematik untuk bantu mereka agar dapat beri tumpuan. Ini boleh diperolehi di pusat kesihatan kerajaan.

Pembelajaran:
1. Pastikan anak tersebut diperiksa dan disahkan keadaannya oleh doktor pediatrik dari kerajaan. Dari situ tindakan susulan boleh di ambil.
2. Tindakkan susulan yang biasa:
- daftar status anak di JKM
- rujuk ke PPD untuk penempatan keperluan khas sekolah (PPD akan luluskan & status dari JKM diperlukan)
- daftar ke sekolah & di peringkat ini berbincang dengan pihak sekolah terutama guru kelas khas supaya mereka dapat maklumat yg lengkap mengenai anak tersebut & ibunya agar mereka lebih bersedia
Yesterday at 10:52pm · Like ·

Tuesday, June 22, 2010

Keputusan Ujian Kak Long, Fakhira, Faqihah (Autisme) dan Haziq

Nama: Noor Fakhira Izzah Izzati
Kelas: Tahun 4 Bestari
Sekolah: SK Convent Ipoh

Rumusan
Ujian 1 - 1A 3B 1C
Ujian 2 - 1A 2B 2C
Pertengahan Tahun - 1A 4B

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Bahasa Melayu
1. Penulisanan - 80%
2. Pemahaman - 70%

Bahasa Inggeris - 69%
Mathematics - 76%
Science - 62%

Ujian 1 (Feb 2010)
BM (Pemahaman)- 68 B
BM (Penulisan)- 50 C
BI - 63 B
MM - 65 B
SN - 82 A

Ujian 2 (April 2010)
BM (Pemahaman)- 55 C
BM (Penulisan)- 58 C
BI - 63 B
MM - 89 A
SN - 68 B

Melaksanakan program score A mulai 30 April 2010

Keputusan Peperikasaan Tadika Haziq

BM - 81%
BI - 72%
Bahasa Cina - 74%
Math - 86%


Nama: Noor Faqihah Izzah Iwani (Autisme)
Kelas: PK Dinamik
Sekolah: SK Seri Mutiara Ipoh

Peperiksaan Pertangahan Tahun 2010

Bahasa Malaysia - Belum diterima
Bahasa Inggeris - 98% (Kertas 1 - 98% / Ketas 2 - 98%)
Mathematics - 94% (Kertas 1 - 90% / Ketas 2 - 98%)
Science - 88% (Satu kertas sahaja)

Pencapaian:

Ujian Bulanan untuk bulan Mac 2010

1. Bahasa Melayu - 83%
-Pemahaman
2. Bahasa Inggeris -71%
3. Matematik - 74%
4. Sains - 66%

Pencapaian: 1A 3B

Friday, June 18, 2010

Berhenti kerja demi anak Autisme



















Oleh ROSMAH DAIN
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMAD

SEBAHAGIAN aksi Ahmad Ezham ketika ditemu bual bersama ayahnya, Syahrul Idham, baru-baru ini.

MENERIMA kehadiran anak-anak istimewa dalam kehidupan merupakan satu cabaran bagi setiap ibu bapa dan keluarga.

Justeru, untuk merentasi cabaran pastilah memerlukan pengorbanan besar agar dapat memberikan hanya yang terbaik untuk anak itu.

Begitu juga dengan bapa muda ini, Syahrul Idham Abd. Rahim, 36, yang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga anak istimewanya, Ahmad Ezham, yang berusia 9 tahun.

Jika dilihat dari mata kasar, tiada apa yang kurang mengenai anak lelakinya itu. Tiada kecacatan yang ketara dan kekal dilihat dari pandangan mata. Namun, Ahmad Ezham sebenarnya dilahirkan sebagai anak autisme.

Ibunya bernama Rosnani Jaafar, 34 tahun. Ahmad Ezham juga mempunyai seorang abang berusia 11 tahun, Hazuan Syah dan seorang adik perempuan berusia dua tahun, Aisyah Addina.

Menurut Syahrul Idham, dahulu dia bertugas selama 15 tahun di salah sebuah syarikat MNC terkemuka di Petaling Jaya.

Namun atas kehadiran Ahmad Ezham, dia rela berhenti kerja agar dapat sentiasa dekat dengan anak kesayangannya itu.

''Implikasi ada anak OKU (orang kurang upaya) macam autisme ini memang memerlukan banyak pengorbanan kita sebagai ibu bapa mereka. Siapa yang nak jaga anak yang terlalu aktif

''Macam anak sindrom down atau kecacatan lain orang akan nampak, tapi anak istimewa autisme orang tidak boleh kenal, kecuali sudah ada pengalaman dengan keadaan mereka itu,'' katanya.

Jelasnya, waktu awal kelahiran anaknya itu, dia seolah-olah tidak boleh terima keadaan itu. Tambahnya, Ahmad Ezham terlalu aktif dan lasak mengakibatkan dia terlalu letih, menjadikan dia tertekan, tidak boleh melakukan sebarang aktiviti, tidak boleh tidur malam yang mengakibatkan pada waktu siang dia akan keletihan dan tertidur di tempat kerja.

Walaupun begitu, Syahrul Idham tidak pernah mengabaikan kepentingan pendidikan kepada anaknya itu.

Ketika berumur dua hingga tujuh tahun anaknya itu mengikuti aktiviti pembelajaran di NASOM (National Autisme Society of Malaysia) selain PDK (pendidikan dalam komuniti) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sekarang, anaknya bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

''Kalau nak cerita mengenai aktifnya anak saya ini mungkin orang tidak akan percaya. Kalau pergi kenduri kahwin, kami tidak boleh lama takut anak saya mengganggu majlis. Dia pula suka buka baju. Kalau dibiarkan dia ke taman permainan pula pastinya budak-budak lain akan buli dia,'' katanya ketika di temui di Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Bercerita lanjut bapa ini menerangkan, sejak dari peringkat bayi lagi, Ahmad Ezham mempunyai banyak kelainan daripada abang sulungnya yang dilahirkan normal.

''Sejak dari bayi lagi perkembangannya tidak normal. Agak lembab. Tidak aktif dan tiada eye contact dengan kami ketika bercakap dengannya.

''Pada tahun kedua dan ketiga, dia masih juga tidak boleh bercakap. Kami terus rujuk dia kepada Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengesahkan anak saya ini autisme + ADHD (Attention Defisit Hyperactivity Disorder).

''Selain lasak dan terlalu aktif, anak saya ini juga selalu bercakap seorang diri tidak mengira tempat, masa dan keadaan. Kami juga tidak boleh alpa, kalau pergi mana-mana dia akan selalu 'hilang','' jelasnya.

Kata Syahrul Idham, bagi masyarakat yang tidak tahu, mereka selalu menganggap anaknya itu gila atau sedang bercakap dengan orang halus atau bunian atau kembarnya. Ada juga yang mencadangkan dirinya mengemukakan masalah ini kepada bomoh untuk dirawat.

Bagaimanapun dari segi fakta jelasnya, kanak-kanak autisme bercakap seorang diri menerusi intrapersonal mereka. Mereka sebenarnya mempunyai dunia mereka yang tersendiri seolah-olah terasing yang tidak difahami oleh orang luar.

Sekiranya anaknya itu melakukan sesuatu yang 'tidak masuk akal' sama ada di tempat-tempat awam, dirinya sebagai bapa akan dipersalahkan kononnya tidak pandai mengajar dan mendidik anak. Sedangkan Syahrul Idham sendiri seboleh-bolehnya tidak mahu membataskan pergaulan anak-anaknya daripada masyarakat biasa.

Katanya, sampai sekarang pada waktu malam dirinya tidak boleh tidur dengan lena, kerana sentiasa bimbang dan was-was, memandangkan reaksi anaknya itu yang boleh di luar jangkaan.

''Pengalaman saya terbangun dari tidur melihat dia menghayun pisau atas kepala saya dan menabur serbuk perasa pada badan saya amat mengejutkan.

''Pernah sekali di pasar raya seorang jurujual memarahi saya kerana kononnya tidak pandai menjaga anak kerana kelakuan Ahmad Ezham yang tidak senang duduk,'' katanya.

Bagi Syahrul Idham, masyarakat berbuat demikian kerana mereka tidak sedar dan tidak tahu apa yang dialami anaknya itu kerana rupa paras autisme seperti mereka yang normal.

Bagaimanapun dia berharap masyarakat dapat mengambil tahu maklumat sebenar mengenai apa itu autisme kerana kemungkinan besar mereka akan 'terjumpa' juga dengan kes-kes seperti ini satu hari nanti.

Ahmad Ezham menurut ayahnya, hanya akan duduk diam sekiranya dia berminat dengan sesuatu perkara. Dia juga boleh mengenal huruf atau perkataan dengan menghafal dan ralit dengan komputer dan permainan berbentuk elektronik lain.

Namun sebagai bapa, tiada apa yang diingini oleh Syahrul Idham terhadap anaknya pada masa depan selain hanya berdoa anaknya itu akan mampu berdikari dan boleh menguruskan diri.

Syahrul Idham kini menceburi bidang insurans yang masanya lebih fleksibel bagi membolehkan dia mengambil dan menghantar anaknya itu ke sekolah. Manakala, isterinya pula membuka perniagaan kosmetik.

Pengorbanan yang dilakukan oleh Syahrul Idham merupakan contoh terbaik bagi bapa yang sanggup menjaga anak istimewa mereka dengan kasih sayang tidak berbelah bagi.

Sesungguhnya kasih seorang bapa itu tidak bertepi.

Tuesday, June 8, 2010

Produk 6 - AROMATHERAPY AND SOAPS

1. Membantu Relaks, Menghilangkan perasaan marah dan kecewa...

AROMA Masscoolin
20 ML HARGA RM100
(Untuk Lelaki 1 tahun keatas)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tenaga asy-syifa.
Ø Membantu Melegakan tekanan
Ø Dapat membantu menghilangkan perasaan marah dan kecewa
Ø Memberi kesan menyegarkan
Ø Membantu memperbaiki system urinari
Ø Membantu menguatkan system tubuh
Ø Memberi kelegaan pada Ulcer mulut
Ø Melegakan kesakitan sendi dan otot

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.

SABUN Masscoolin
140g HARGA RM63
(Untuk Lelaki 1 tahun keatas)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Memberi kesan kesegaran dan kerehatan
Membantu mengatasi perasaan tertekan
Membantu mengatasi kesakitan sendi
Digalakan digunakan bersama Aroma Masscoolin
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.


2. Untuk kulit berminyak…
AROMA CELLULITE
10 ML HARGA RM69
(Untuk 1 tahun keatas)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tena ga asy-syifa.
Ø Boleh membantu mengatasi masalah kulit berminyak.
Ø Rawatan melalui empat aspek spiritual, emosi ,mental dan fizaikal.
Ø Membantu melegakan ketegangan otot.
Ø Membantu membina kelancaran sistem tubuh.
Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.

SABUN CELLULITE
140g HARGA RM63

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Ø Membantu mengatasi masalah kulit berminyak
Ø Membantu mengatasi jerawat
Ø Memberi rasa yang menyegarkan
Ø Digalakan digunakan bersama Aroma Cellulite
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.


3. Boleh membantu mengatasi masalah kulit dan jerawat...

AROMA TEA TREE
10 ML HARGA RM69
(Untuk 1 tahun keatas)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tena ga asy-syifa.

Ø Membantu Masalah kulit berjerawat
Ø Melegakan masalah Kesan terbakar
Ø Membantu masalah luka
Ø Meringankan masalah Urat timbul

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendaman.

SABUN TEA TREE
140g HARGA RM63
(Untuk 1 tahun keatas)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Membantu mengatasi masalah kulit
Membantu mengatasi jerawat
Memberi rasa yang menyegarkan
Digalakan digunakan bersama Aroma Tea tree
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.


4. Bayi yang sihat..
AROMA Babby
10 ML HARGA RM69
(Untuk bayi bawah 3 tahun)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tenaga asy-syifa.
Ø Khas untuk bayi baru lahir hingga 3 tahun
Ø Memberi kesan keseimbangan
Ø Membantu melegakan system pernafasan
Ø Memberi kesan melegakan system urinary
Ø Membantu melegakan masalah pencernaan

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.

SABUN Babby
140g HARGA RM63
(Untuk Bayi bawah 3 tahun)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Ø Membantu mengatasi masalah kulit ruam
Ø Membantu mengatasi Masalah pada system tubuh
Ø Memberi rasa yang menyegarkan
Ø Digalakan digunakan bersama Aroma Babby
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.

5. Melegakan sistem pernafasan dan wajah berseri..

AROMA Sinus
8ML HARGA RM37
(Untuk muka berminyak dan resdung)
Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tenaga asy-syifa.
Ø Membantu melegakan system pernafasan
Ø Memberi kesan melegakan masalah kulit
Ø Membantu melegakan masalah di muka
Ø Melegakan sukar tidur,Keresahan dan keletihan

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.
Melegakan system pernafasan…

SABUN Sinus
140g HARGA RM63
(Untuk muka berminyak dan resdung)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Ø Membantu mengatasi masalah kulit berjerawat dan ruam
Ø Mendapatkan kulit yang berseri
Ø Membantu membina kekuatan pada system tubuh
Ø Memberi rasa yang menyegarkan
Ø Digalakan digunakan bersama Aroma Sinus
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan

6. Penjagaan semasa mengandung..

AROMA Mummy
10ML HARGA RM69
(Untuk Wanita mengandung)
Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tena ga asy-syifa.
Ø Khas untuk wanita mengandung
Ø Membantu melegakan masalah air berlebihan
Ø Membantu mengaktifkan system tubuh
Ø Memberi kesan melegakan masalah kulit ruam dan bengkak
Ø Melegakan sukar tidur,Keresahan dan keletihan
Ø Memberi kesan Menyamankan dan releks

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.

SABUN Mummy
140g HARGA RM63
(Untuk Wanita mengandung)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Membantu mengatasi masalah kulit ruam
Membantu membina daya tahan pada system tubuh
Memberi rasa yang menyegarkan
Digalakan digunakan bersama Aroma Mummy
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.
Penjagaan sepanjang mengandung...

7. Sebelum dan selepas bersalin..

AROMA Bersalin
10ML HARGA RM69
(Baik Untuk Wanita lepas bersalin)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang

Dipancar tena ga asy-syifa.
Ø Membantu melegakan rasa sakit
Ø Membantu meransang keadaan contraction
Ø Melegakan sukar tidur,Keresahan dan keletihan
Ø Memberi kesan tenang, menyamankan dan releks
Ø Membantu mengaktifkan system tubuh
Ø Memberi kesan melegakan masalah kulit ruam dan bengkak
Ø Membantu melegakan masalah air berlebihan
Ø Melegakan Kembung dan masalah pencernaan
Ø Meringankan sakit Cirit birit dan jangkitan kuman

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.

SABUN Bersalin
140g HARGA RM63
(Baik Untuk Wanita lepas bersalin)


Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Ø Membantu membina daya tahan pada system tubuh
Ø Memberi rasa yang menyegarkan
Ø Digalakan digunakan bersama Aroma Bersalin

Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.
Penjagaan selepas bersalin…

AROMATHERAPY AND SOAPS

1. Membantu Relaks, Menghilangkan perasaan marah dan kecewa...

AROMA Masscoolin
20 ML HARGA RM100
(Untuk Lelaki 1 tahun keatas)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tenaga asy-syifa.
Ø Membantu Melegakan tekanan
Ø Dapat membantu menghilangkan perasaan marah dan kecewa
Ø Memberi kesan menyegarkan
Ø Membantu memperbaiki system urinari
Ø Membantu menguatkan system tubuh
Ø Memberi kelegaan pada Ulcer mulut
Ø Melegakan kesakitan sendi dan otot

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.

SABUN Masscoolin
140g HARGA RM63
(Untuk Lelaki 1 tahun keatas)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Memberi kesan kesegaran dan kerehatan
Membantu mengatasi perasaan tertekan
Membantu mengatasi kesakitan sendi
Digalakan digunakan bersama Aroma Masscoolin
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.


2. Untuk kulit berminyak…
AROMA CELLULITE
10 ML HARGA RM69
(Untuk 1 tahun keatas)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tena ga asy-syifa.
Ø Boleh membantu mengatasi masalah kulit berminyak.
Ø Rawatan melalui empat aspek spiritual, emosi ,mental dan fizaikal.
Ø Membantu melegakan ketegangan otot.
Ø Membantu membina kelancaran sistem tubuh.
Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.

SABUN CELLULITE
140g HARGA RM63

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Ø Membantu mengatasi masalah kulit berminyak
Ø Membantu mengatasi jerawat
Ø Memberi rasa yang menyegarkan
Ø Digalakan digunakan bersama Aroma Cellulite
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.


3. Boleh membantu mengatasi masalah kulit dan jerawat...

AROMA TEA TREE
10 ML HARGA RM69
(Untuk 1 tahun keatas)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tena ga asy-syifa.

Ø Membantu Masalah kulit berjerawat
Ø Melegakan masalah Kesan terbakar
Ø Membantu masalah luka
Ø Meringankan masalah Urat timbul

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendaman.

SABUN TEA TREE
140g HARGA RM63
(Untuk 1 tahun keatas)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Membantu mengatasi masalah kulit
Membantu mengatasi jerawat
Memberi rasa yang menyegarkan
Digalakan digunakan bersama Aroma Tea tree
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.


4. Bayi yang sihat..
AROMA Babby
10 ML HARGA RM69
(Untuk bayi bawah 3 tahun)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tenaga asy-syifa.
Ø Khas untuk bayi baru lahir hingga 3 tahun
Ø Memberi kesan keseimbangan
Ø Membantu melegakan system pernafasan
Ø Memberi kesan melegakan system urinary
Ø Membantu melegakan masalah pencernaan

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.

SABUN Babby
140g HARGA RM63
(Untuk Bayi bawah 3 tahun)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Ø Membantu mengatasi masalah kulit ruam
Ø Membantu mengatasi Masalah pada system tubuh
Ø Memberi rasa yang menyegarkan
Ø Digalakan digunakan bersama Aroma Babby
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.

5. Melegakan sistem pernafasan dan wajah berseri..

AROMA Sinus
8ML HARGA RM37
(Untuk muka berminyak dan resdung)
Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tenaga asy-syifa.
Ø Membantu melegakan system pernafasan
Ø Memberi kesan melegakan masalah kulit
Ø Membantu melegakan masalah di muka
Ø Melegakan sukar tidur,Keresahan dan keletihan

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.
Melegakan system pernafasan…

SABUN Sinus
140g HARGA RM63
(Untuk muka berminyak dan resdung)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Ø Membantu mengatasi masalah kulit berjerawat dan ruam
Ø Mendapatkan kulit yang berseri
Ø Membantu membina kekuatan pada system tubuh
Ø Memberi rasa yang menyegarkan
Ø Digalakan digunakan bersama Aroma Sinus
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan

6. Penjagaan semasa mengandung..

AROMA Mummy
10ML HARGA RM69
(Untuk Wanita mengandung)
Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang
Dipancar tena ga asy-syifa.
Ø Khas untuk wanita mengandung
Ø Membantu melegakan masalah air berlebihan
Ø Membantu mengaktifkan system tubuh
Ø Memberi kesan melegakan masalah kulit ruam dan bengkak
Ø Melegakan sukar tidur,Keresahan dan keletihan
Ø Memberi kesan Menyamankan dan releks

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.

SABUN Mummy
140g HARGA RM63
(Untuk Wanita mengandung)

Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Membantu mengatasi masalah kulit ruam
Membantu membina daya tahan pada system tubuh
Memberi rasa yang menyegarkan
Digalakan digunakan bersama Aroma Mummy
Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.
Penjagaan sepanjang mengandung...

7. Sebelum dan selepas bersalin..

AROMA Bersalin
10ML HARGA RM69
(Baik Untuk Wanita lepas bersalin)

Pati bunga dengan tenaga aura dan gelombang

Dipancar tena ga asy-syifa.
Ø Membantu melegakan rasa sakit
Ø Membantu meransang keadaan contraction
Ø Melegakan sukar tidur,Keresahan dan keletihan
Ø Memberi kesan tenang, menyamankan dan releks
Ø Membantu mengaktifkan system tubuh
Ø Memberi kesan melegakan masalah kulit ruam dan bengkak
Ø Membantu melegakan masalah air berlebihan
Ø Melegakan Kembung dan masalah pencernaan
Ø Meringankan sakit Cirit birit dan jangkitan kuman

Cara kegunaan:
Setitik aroma dicampurkan air dan Sapu ke wajah dan bahagian yang sakit.
Mandi:
Boleh di campur setitik kedalam sebekas air dan mandi atau rendam.

SABUN Bersalin
140g HARGA RM63
(Baik Untuk Wanita lepas bersalin)


Minyak sayuran, pati bunga, tenaga aura dan gelombang. Dipancarkan tenaga asy- syifa.
Ø Membantu membina daya tahan pada system tubuh
Ø Memberi rasa yang menyegarkan
Ø Digalakan digunakan bersama Aroma Bersalin

Cara Kegunaan:
Guna sebagai sabun mandian.
Baik untuk muka dan badan.
Penjagaan selepas bersalin…

Monday, June 7, 2010

Detoksifikasi

Salah satu punca berlakunya penyakit ialah kehadiran benda asing dalam tubuh yang tidak diperlukan. Ia boleh bersifat menghakis tisu sel, melemahkan fungsi sel, menyahmangkinkan enzim, mengganggu koordinasi impuls saraf dan merencatkan pertumbuhan sel baru. Bahan ini berasal dari makanan yang dan boleh juga merubahan bahan kumuhan sel. Apabila kehadirannya terlalu banyak dalam sistem pencernaan, ia digelar sebagai racun atau toksik. Masalah toksik ini boleh diatasi melalui proses pembuangnnya atau digelar de-toksik (Detox)

Kegagalan kaedah perubatan konvensional (a.k.a. rawatan allopati a.k.a rawatan klasik a.k.a rawatan hospital) untuk mengambil kira kaedah pembuangan toksik sebagai faktor penyembuhan adalah punca kebuntuan perubatan tersebut dalam menyelesaikan dan mengatasi masalah sesuatu penyakit.

Pembentukan Toksik

Toksik terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksik setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrient yang diambil.

Kehadiran toksik ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan

Antara sebab sesuatu organ pencernaan gagal menghadam makanan ialah kerana fungsi dan tenga organ penghadam itu dialihkan ke sesuatu masalah seperti:

1. 1. Berfikir tentang kerja ketika makan
2. 2. Memikirkan masalah kehidupan ketika makan
3. 3. Berada dalam keadaan masalah tidak puas hati, marah, kecewa atau sebarang pemikiran negatif ketika makan.

Aktiviti ketika makan adalah bermula dari makanan pertama masuk ke mulut hingga kira-kira empat jam iaitu tempoh makanan selesai dicerna dan dihadam.

Gambar rajah di bawah adalah gambaran bagaimana keadaan struktur penghadaman, rembesan enzim bagi tujuan pencernaan dan keadaan pembentukan toksik akibat kegagalan enzim dirembeskan.

Sistem Penghadaman

Gambar rajah di atas menunjukkan struktur sistem penghadam yang digambarkan melalui bentuk yang mudah

GIF Penghadaman

Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan sistem penghadaman yang tenang menghasilkan enzim yang resonan dengan nutrien yang diambil

GIF Toxic

Gambar rajah di atas menunjukkan makanan bertukar menjadi toksik akibat kegagalan ia dicernakan dengan sempurna

Kemudaratan Toksik

Toksik yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.

Kehadiran toksik yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:

1. 1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.
2. 2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glucagon, and somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan urik asid.
3. 3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksik yang boleh menjejaskan fungsi nukleas sel.
4. 4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksik dan berasid.
5. 5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fabroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.
6. 6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.
7. 7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.
8. 8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.

Pembuangan Toksik

Proses pembuangan toksik sangat popular digelar dengan istilah Detoxification (atau ringkasnya Detox). Bahan bertoksik dalam tubuh biasanya mempunyai sifat seperti berikut:

1. 1. Berasid
2. 2. Mempunyai ikatan kolestrol yang tepu
3. 3. Protein tinggi

Bahan yang digunakan untuk menghuraikan ketiga-tiga sifat di atas perlulah bahan yang boleh berfungsi serentak dan dirinya sendiri tidak boleh menjadi toksid dan mampu menghuraikan dirinya sendiri. Antara contohnya ialah:

1. 1. Timun boleh menghurai bahan yang berasid kerana ia beralkali dan mempunyi fiber yang lembut. Fiber lembut ini boleh menyahkan bahan bertoksid dengan berkesan.
2. 2. Daging kambing berkeupayaan menghuraikan kolestrol tepu dalam tempoh yang pantas.
3. 3. Buah delima dan minyak zaitun berkeupayaan menghurai protein tinggi dan meneutralkan urik asid terutama dalam organ hati dan pankreas.
4. 4. Cuka epal mempunyai kelebihan menstabilkan urik asid, menghurai kolestrol tepu dan protein tinggi dengan serentak.
5. 5. Madu mempunyai beberapa enzim semulajadi yang membantu mencernakan nutrien pada peringkat kolestrol dan protein ringkas.

Cuka Epal dan Madu

Cuka epal tidak mudarat jika diambil berlebihan. Untuk kesan yang lebih optimum, ia perlulah diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Selain menghuraikan bahan berasid, kolestrol tepu dan priotein tinggi, nutrien yang bermanfaat yang terperangkap di dalam usus besar perlu dicernakan untuk manfaat tubuh. Toksik yang terbentuk di dalam usus besar mempunyai sejumlah nutrien yang masih berpotensi untuk dicerna dan dihadam oleh tubuh. Nutrein ini telah melepasi saluran deudenum yang sepatutnya mengeluarkan enzim sebagai pemangkin yang mencernakan nutrein tersebut, maka organ hati, hempedu dan pankreas tidak dapat membantu mencernakannya lagi.

Satu-satunya sumbre makanan yang mengandungi lengkap secala jenis enzim yang dapat membantu menghuraikan nutrein yang terperangkap di dalam usus ialah madu.

Gabungan madu dan cuka epal merupakan formula terbaik yang bertindak sebagai bahan Detox yang berkesan, selamat dan semulajadi.

Detoxin

Rawatan Attitude Therapy telah menghasilkan formula rawatan Detox yang dinamakan Detoxin yang merupakan rumusan daripada madu dan cuka epel yang telah dipotensikan tenaga nutrien serta jisimnya melalui kaedah pembenaman pancaran radionik. Ia mempunyai getaran tenaga yang dapat memberikan kekuatan pada usus supaya dapat menjalankan proses detox dengan berkesan dan selamat serta semulajadi.

Cara menggunakannya ialah;

1.
1. Kemam satu titik hingga habis. Kemudian ulangi hingga tiga kali.
2.
2. Ambil setiap kali selepas makan.
3.
3. Lakukan tiga kali sehari walaupun tidak makan.

Sebarang pertanyaan atau masalah sila berhubung terus dengan Prof. Dr. Ariffaizal di talian 012-4008972

Tuesday, June 1, 2010

New hope for autistic children

7 April 2010
By PANG HIN YUE

WHEN Dennis Lee is with his daughter, Sasha, nine, a camera is always at hand. Pictures of their bonding are dutifully put in her “memory book” and at the end of the day, Lee goes through it with Sasha, recounting their time together. Lee labels the emotions as he goes along. He also videotapes his one-on-one time with Sasha.

Similarly, Sasha’s daily contact with the people around her – be it sibling, relatives or her teachers – is also captured on camera to help her commit them to memory.

Everything that Lee does with his daughter is done mindfully, taking care that his words and deeds are in tandem with the principles of Relationship Development Intervention (RDI).

Psychologist Dr Steven Gutstein had noticed in his clinical work that many children with autism were emotionally and socially inept even though they had gained significant progress in language acquisition and academic achievements through therapies.

So 10 years ago, Gutstein developed the RDI Treatment Programme for Autism Spectrum Disorders (ASD) to address these deficits by taking the affected families through the various developmental stages which their autistic children had missed out.

Under the guidance of Jennifer Peters, the sole RDI certified consultant in Malaysia, Lee and Sasha are journeying together to put into practice what Gutstein calls, “reciprocal relationship”. “The child’s role is the key to all our engagement,” explains Lee.

Peters, a speech language pathologist with over 17 years of experience, decided to add RDI consultancy to her list of services after undergoing a two-year training programme under Gutstein and his team in Houston, Texas, the United States.

“I went into it because more than 80% of the clients that I see have autism, and RDI seems to be the missing piece to help them connect cognitively, emotionally and socially,” says Peters in her new Carespeech Centre at Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Autism is a brain disorder that impedes, in varying degrees, learning, communication and social skills. About one in 150 has the disorder.



Mind reading

In his book, Mindblindness: An Essay On Autism And Theory Of Mind, Simon Baron-Cohen postulates that persons with autism are unable to suss out the social and emotional cues of people around them as a result of selective impairment in mind reading.

Most people respond to those around them by gauging their gestures, facial expressions and tone of voice. But this natural ability is mostly absent in persons with autism. So despite acquiring language skills, many with ASD have difficulty engaging in meaningful, free-flowing conversations and they cannot adapt according to social settings.

Hence Gutstein believes that enhancing their emotional intelligence is pertinent. In his introductory guide for parents (www.RDIconnect.com), Gutstein cites a study done in the United States in 2001 which reveals that though the majority of autistic children gained grounds in language and academic development, few had gone on to work and live independently when they reached adulthood.

Over 65% of them had almost no social contact outside of their family.

The problem with most conventional therapies is that they promote rote learning, says Gutstein. They may carry out conversations based on what they learnt from social scripts for different settings but many still can’t relate in a natural, spontaneous manner. Once conversations fall out of the scripts, they are at a loss.

With all this in mind, Peters focuses on training parents to meet the RDI protocol that helps their children get back on track developmentally.

The onus is on parents to videotape their time with their children, and Peters reviews them once in 10 days and teach parents how to analyse their tapes.

Because RDI is parent-centred, Peters says: “I should work myself out of the job!” Her ultimate aim is to get the parents to become the prime teachers. So it is no surprise that when parents engage her services, more than 50% of the time is spent with the former.

The first three years are devoted to transferring skills to parents who in turn apply them on their children. They include skills to foster friendship, empathy and a desire to share personal experiences, Peters explains. “Ultimately, it is to get the children to think and respond dynamically,” she adds.

Jennifer Peters of Carespeech can be reached at 03-2161 6618 (e-mail: jennifer@carespeech.com / website: www.carespeech.com). One Voice is a monthly column which serves as a platform for professionals, parents and careproviders of children with learning difficulties. Feedback on the column can be sent to onevoice4ld@gmail.com. For enquiries of services and support groups, call Malaysian Care ( 03 9058 2102) or Dignity & Services (03-7725 5569). E-mail: onevoice4ld@gmail.com.

Monday, May 31, 2010

Jaga sistem pertahanan



MANUSIA dan keperluan pemakanan berbeza antara satu sama lain, begitu juga keperluan berlainan daripada segi usia.


CERGAS...pemakanan yang baik sememangnya kritikal untuk sistem pertahanan tubuh yang sihat.
Justeru, sangat mencabar untuk mengetengahkan rumusan khusus yang mengandungi semua bekalan pemakanan sesuai dan dapat memenuhi keperluan sesetengah kumpulan manusia.

Namun, menurut Saintis Utama Jabatan Sains Makanan dan Teknologi, Universiti California, Amerika Syarikat, Profesor Bruce German, perkembangan sains pemakanan membolehkan penghasilan rumusan yang dapat memenuhi keperluan pelbagai peringkat umur kanak-kanak.


Ia direka secara komprehensif dan berupaya menyokong tiga komponen penting untuk perkembangan yang menyeluruh iaitu melindungi kesihatan kanak-kanak, mengaktifkan perkembangan otak dan membantu tumbesaran fizikal mereka.


Beliau menegaskan, pemakanan yang baik sememangnya kritikal untuk sistem pertahanan tubuh yang sihat.


“Ia perlu mencukupi kerana kekurangan hanya satu zat tunggal boleh melemahkan sistem ini, meningkatkan risiko jangkitan, penyakit tenat dan autoimun,” katanya.


Menurutnya, bakteria yang didapati dalam usus terdiri daripada bakteria berfaedah (baik) dan bakteria berbahaya.


Bakteria berfaedah yang dipanggil probiotik membantu melindungi badan daripada bakteria yang berbahaya di samping meningkatkan penyerapan zat makanan dalam saluran penghadaman. Probiotik tertentu juga meningkatkan sistem pertahanan tubuh secara langsung.


“Memelihara keseimbangan antara bakteria berfaedah dan bakteria yang berbahaya dalam usus membantu menjaga kesihatan sistem pertahanan.


“Justeru, cukup penting untuk memastikan pengambilan makanan harian yang mengandungi probiotik dan prebiotik, serabut diet yang menjadi makanan bagi bakteria berfaedah,” katanya.


Katanya, prebiotik buat pertama kali mendapat tumpuan apabila saintis Universiti California, dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Nestlé membuat penemuan yang mengagumkan.


“Kami mendapati komponen ketiga yang paling banyak dalam susu manusia ialah gula kompleks (oligosakarida). Kami hairan terhadap kehadirannya kerana bayi tidak mampu mencernakan bahan terbabit.


“Akhirnya, kami sedar ia sebenarnya makanan untuk bakteria berfaedah dalam usus bayi,” katanya.


Gabungan antara prebiotik dan probiotik yang aktif secara semula jadi ini dibuktikan secara saintifik mengurangkan risiko penjajahan patogen (mikroorganisma berbahaya) dan mengukuhkan sistem pertahanan semula jadi.


“Menerusi pemerhatian ini, kami berjaya menggabungkan prebiotik dan probiotik dalam susu supaya kanak-kanak dan bakteria berfaedah mereka dapat berkembang dengan baik,” katanya yang juga Penasihat Saintifik Kanan di Pusat Penyelidikan Nestlé di Switzerland.

Pemakanan sememangnya mempengaruhi simpanan tenaga otak serta kecekapannya memproses maklumat dan bertindak balas terhadap rangsangan. Ia juga mempengaruhi bahan kimia otak serta perubahan dalam fungsi otak untuk jangka pendek dan struktur membran otak untuk jangka panjang.


Namun, penemuan baru-baru ini menunjukkan keperluan pemakanan otak kanak-kanak dan orang dewasa mungkin berbeza. Sesungguhnya, pemakanan yang baik penting untuk perkembangan otak kanak-kanak.


Menurutnya, otak bergantung kepada makanan untuk bekalan tenaga dan nutrien ‘perlu’ (termasuk vitamin, asid amino dan asid lemak) yang tidak berupaya dihasilkan olehnya. Unsur pemakanan ini diperlukan untuk menghasilkan sebatian bagi fungsi otak seperti menumpukan perhatian, berfikir, memproses maklumat, mengingati fakta, menyelesaikan masalah dan menyatakan apa diketahui.


“Semua makanan penting untuk otak namun susu ibu paling baik disebabkan lipid (lemak) yang terkandung di dalamnya. Lipid komponen utama otak. Sebagai contoh, otak penuh dengan asid lemak omega-3, seperti asid dokosahexanoik (DHA).


“Kami mengiktirafnya sebagai nutrien penting kerana ia terkandung dalam otak dan susu ibu. Justeru, mudah difahami mengapa DHA didapati dalam makanan kanak-kanak. Asid arakidonik (ARA), asid sialik (SA) dan Sphingomyelin (SPH), juga komponen penting bagi otak,” katanya.


Menurutnya, kesan pemakanan terhadap pembentukan awal otak kanak-kanak cenderung memberi kesan kekal.


“Saya meminta ibu bapa supaya menyokong perkembangan otak anak mereka dengan pemakanan komprehensif dan mengaktifkan pembelajaran mereka dengan pengalaman dan rangsangan bersesuaian.


“Susu komponen diet berkhasiat kanak-kanak setiap hari untuk membantu memastikan pengambilan tenaga, protein, lemak, vitamin dan mineral yang mencukupi. Ini penting kerana anak muda mempunyai risiko kekurangan nutrien yang disebabkan oleh pemakanan biasa dan kecenderungan pemakanan aneh,” katanya.

2010/05/31
Kosmo

Sunday, May 30, 2010

Catatan seorang ibu anak autistik

Catatan seorang ibu anak autismeShare
Today at 5:11pm | Edit Note | Delete
APA MAK BUAT UNTUK ARIFF : 2001 - 2009 ?

MACAM-MACAM MAK BUAT UNTUK ARIFF.

KITA BERHIJRAH KE MELAKA. MASUK NASOM. MAK DAPAT SEDIKIT ILMU. MAK GUNAKAN.

MAK LAYARI INTERNET. BELAJAR TENTANG INTERVENSI AWAL. MAK PRAKTIKKAN.

MAK BACA ARTIKEL TENTANG GLUTEN-FREE. MAK CUBA.

MAK DIBERITAHU TENTANG CASSEINE-FREE. PUN MAK CUBA JUGA.

RAWATAN TRADISIONAL ? MANA KITA TAK PERGI ? JOHOR ? MELAKA ? NEGERI SEMBILAN ? SELANGOR ? PERAK ? KITA IKHTIAR.

ORANG CADANGKAN COLOUR VIBRATION THERAPY, MAK JUMPA DOKTOR NORHISHAM WAHAB SENDIRI (PENGASAS CVT). KITA GUNA FORMULA DIA.

KAK INA KATA, GUNA KOMPUTER - BUAT POWERPOINT. MAK GUNA. SIAP DOWNLOAD BAHAN DARI INTERNET LAGI.

MAK DAPAT IDEA GUNA CD, MAK BELI BERATUS-RATUS KEPING CD.

SEORANG CIKGU SMK GAJAH BEHRANG KATA, GUNA MUZIK BEETHOVEN, MAK GUNA : BAGI ARIFF DENGAR MUZIK BEETHOVEN HARI-HARI.

URUTAN ? MAK URUT ARIFF HARI-HARI GUNA MINYAK BABY JOHNSON UNTUK MERANGSANG SARAF.

AYAT-AYAT AL-QURAN ? MAK AMALKAN DAN HEMBUS DI UBUN-UBUN ARIFF.

DATANG SEORANG ALIM DARI KOTA MEKAH, MAK BERLARI JUMPA DIA.

MAK BUAT SEMBAHYANG HAJAT.


MAK HANTAR MAKANAN KE MASJID.

MINYAK IKAN ? MAK BELI EFALEX BAGI ARIFF MAKAN.

MAK AJAR ARIFF MEMBACA, MENULIS DAN MENGIRA.

MAK AJAR ARIFF MENGAJI.

MAK AJAR ARIFF PENGURUSAN DIRI.

MAK BUAT TOILET-TRAINING UNTUK ARIFF.

MAK AJAR ARIFF TENTANG KEHIDUPAN SECARA PERLAHAN-LAHAN...

DAN , SATU YANG SUKAR MAK LUPAKAN, MAK TUNGGU BURUNG BERTELUR DI TAMAN BURUNG MELAKA SEBAB ORANG KATA TELUR TU BERKHASIAT DAN BOLEH MEMBUATKAN ARIFF BERCAKAP.

Tak lupa juga, susah payah mak cari tebu hitam ...

Bertahun-tahun mak buat semua ni. Tanpa jemu. Akhirnya, Ariff improved. Dr Zainal Southern Hospital terperanjat tengok perubahan Ariff. Mak syukur pada Allah. Usaha mak tak sia-sia. kita hampir berjaya ... cuma masih ada hiper sikit-sikit, komunikasi minima dan belum cekap betul untuk ke tandas.

2004 - Ariff masuk sekolah. Mak cuti 5 bulan Mak nak biasakan Ariff dengan alam persekolahan. mak berterima kasih sangat pada pengetua mak masa tu CIKGU MD FIAH MD JAMIN sebab rekomen mak dapat cuti separuh gaji. Terima kasih banyak-banyak.

TAPI ...

MAK NAK CAKAP APA ? MASUK AJE SEKOLAH, TERLALU BANYAK BULI DAN PENDERAAN.

KENAPA CIKGU SANGGUP CUBIT, PIAT, ROTAN, LEMPANG, PUKUL DAN TUMBUK ARIFF ?

SUSAH PAYAH MAK GUNA PELBAGAI PENDEKATAN UNTUK PULIHKAN ARIFF, CIKGU GUNA CARA CUKUP MUDAH.

MAK KECEWA SANGAT !

TOLONGLAH, JANGAN GUNA KEKERASAN ATAS KANAK-KANAK AUTISTIK.

TOLONGLAH , JANGAN GUNA KEKERASAN ATAS ANAK SAYA.

SAYA DAH KORBANKAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT UNTUK PEMBANGUNAN MANUSIA - PEMBANGUNAN SEORANG AHMAD ARIFF TERCINTA.

JANGAN MUDAH-MUDAH NAK SESAH AJE. KALAU DENGAN BELASAH, MANUSIA AUTISTIK BOLEH DIBANTU, CARRY ON. TAPI, SAYA TENGOK TINDAKAN KERAS HANYA MEMBURUKKAN KEADAAN.

BERTAHUN-TAHUN, MAK TAK ADA KERETA BESAR. PAKAI KERETA KECIK JE. MAK TAK ADA BARANG KEMAS. MAK TAK ADA BAJU MAHAL. MAK TAK ADA APA-APA. KITA HIDUP MINIMA SAHAJA. SEBAHAGIAN BESAR DUIT MAK, MAK LABURKAN UNTUK RAWATAN DAN PEMULIHAN ARIFF.

BILA MAK RASA TUA NI, BARU LA MAK BELI RUMAH UNTUK MASA DEPAN KITA. TEMPAT UNTUK KITA BERTEDUH.

SELAINNYA, MAK SIMPAN BUAT PELABURAN , UNTUK KEHIDUPAN ARIFF PADA MASA AKAN DATANG. MAK HIDUP SIMPLE JE. BAGAIKAN ORANG YANG TAK PUNYA APA-APA. LEKEH JE KATA ORANG KAMPUNG MAK. EVERYTHING I DO, I DO IT FOR U, ARIFF.

UNTUK MAK ? TAK ADA APA-APA ... NOTHING. CUMA MENERUSKAN KEHIDUPAN SEADANYA!

KALAU ORANG NAK BERCAKAP TENTANG INTERVENSI, INSYAALAH MAK BOLEH BAGI PANDANGAN. CARILAH MAK . MAK DAH CUBA . MEMANG BANYAK PENINGKATAN....DENGAN IZIN YANG MAHA KUASA.

KERJALAH DENGAN ILMU. ANAK-ANAK AUTISTIK PERLUKAN GURU YANG ADA KEPAKARAN. BUKAN GURU YANG MEMBABI-BUTA.

KALAU KITA SILAP CARA, ROSAK ANAK-ANAK INI... SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU.

MAK HARAP MEREKA TAK MARAH MAK CAKAP MACAM NI SEBAB MAK BERCAKAP DARI PENGALAMAN.

ARIFF, APABILA PERSEKOLAHAN ARIFF BANYAK MASALAH, MAK DAH BLURR. UNTUK SEKETIKA MAK TENGGELAM ... KE SATU DAERAH ASING ... MAK TAK TAU NAK BUAT APA ...

HANTAR ARIFF SEKOLAH , CUTIKAN KEJAP, HANTAR LAGI, CUTI LAGI, HANTAR LAGI, CUTI LAGI ...

KITA JADI BINGUNG ... SASAU ... KITA LOST TRACK ... BAHTERA MAK DAN AYAH ... HAMPIR MUSNAH ... BUKAN SALAH MAK... BUKAN SALAH AYAH ... BUKAN SALAH ARIFF ... BUKAN SALAH SESIAPA ... INI CUMA SATU LAGI UJIAN TUHAN ... TAPI JODOH MASIH ADA... KAMI BANGUN KEMBALI DEMI ANAK-ANAK ...

KERANA ARIFF, WALAU APA PUN MASALAH, KAMI TAK MUNGKIN BERPISAH!

ARIFF, MAK DAH TAK TAU NAK BUAT APA LAGI.

MALAM KELMARIN, MAK BINCANG DENGAN AYAH. KAMI SEPAKAT NAK PULIHKAN TRAUMA ARIFF DAN CUBA TURUNKAN BERAT BADAN ARIFF YANG OBESITI TU. HAVE TO. PELAN DAH DIRANGKA. AYAH DAN MAK DAH BAGI-BAGI TUGAS. KITA USAHA SAMA-SAMA YE .

MAK HARAP, LATIHAN UNTUK GURU-GURU YANG MENGAJAR KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA DIMANTAPKAN. PEMANTAUAN DIJALANKAN DENGAN BAIK. CCTV DIPASANG DI SEMUA KELAS PENDIDIKAN KHAS DI SELURUH NEGARA. MAK TAK NAK ANAK-ANAK ORANG LAIN JADI MANGSA.

BAGI MAK, ARIFF ADALAH MANGSA KEADAAN. SELAMA BERTAHUN-TAHUN, MAK LETAKKAN ARIFF DI TANGAN YANG SALAH. DI TANGAN ORANG YANG TIDAK BEGITU FAHAM TENTANG AUTISME.

MAK HARAP ARIFF TAK SALAHKAN MAK. DULU, MAK INGAT, DIA ORANG ADA TRAINING SO FAHAM TENTANG ARIFF. RUPA-RUPANYA TAK.

ENTAHLAH ARIFF ... HATI ORANG MAK TAK TAU. KALAU SAMPAI BERDARAH ANAK MAK, MARAHLAH MAK.

MARAH SANGAT.

ARIFF PUN BUKAN SIHAT SANGAT. MUDAH DEMAM. MUDAH BATUK. MUDAH SELSEMA. ADA ASMA. ADA MASALAH TONSIL.

SEDIH ...

NAK BUAT ANAK MAK PUN, PATUT-PATUTLAH ...

DAH TU, TAK TAU MINTA MAAF PULAK.

BOHONG.
DOLAK-DALIK.

BOHONG SAMPAI KEMENTERIAN PULAK TU ...

PAKAT-PAKAT PULAK TU ...

KALAU DALAM MENEMPUH RANJAU DAN DURI HIDUP INI, MAK BERDOSA PADA TUHAN, MAK MOHON KEAMPUNAN ... (mak hanya insan biasa yang tak dapat lari dari kesilapan )

KALAU MAK BERSALAH SESAMA INSAN, MAK MOHON KEMAAFAN ... (mak hanyalah insan biasa yang tersilap kata tersalah bicara)

KALAU MAK DIANIAYA TANPA BELAS KASIHAN, MAK MOHON PERTOLONGAN ...

YA ALLAH YA TUHANKU, BANTULAH HAMBAMU INI YA ALLAH. TUNJUKKANLAH KEBENARAN. KALAU PUN TIDAK SEGERA ... BIAR PUN MAKAN MASA ... ASALKAN KEBENARAN ITU TERBUKTI JUA. AMIN.

6 tahun cuba bersabar, akhirnya kami tak mampu lagi berdiam diri . HARAP KAWAN-KAWAN FAHAM.

MAK TAK MENENTANG KEMENTERIAN ATAU KERAJAAN. MAK CUMA MENENTANG KEGANASAN.

MAK BUKAN EGO TAPI MAK TERPAKSA BUAT SEBAB ORANG LAIN SENYAP.

KAWAN MAK KATA : AUTISTIC ABUSED NI MEMANG BERLAKU TAPI KAU BISING-BISING PUN, KAU TAKKAN DAPAT MENGUBAH KEADAAN!

Entahlah ... mungkin betul cakap dia tapi mak rasa , kalau hari ni mak senyap, 10 atau 15 tahun lagi akan muncul juga orang macam mak yang akan bising-bising tentang hal ini ...

Akan ada ...

Tak apa la. Mak mulakan. kalau gagal, mak redha. mak bukan nak menang tapi mak cuma nak buka mata banyak pihak. Minta perhatian. minta penambahbaikan.

LASTLY : KENAPA TIPU KEMENTERIAN ? TERDESAK ?
TAKUT ? LAIN KALI JANGAN CEDERAKAN ANAK ORANG.

Catatan drp Laman blog kepunyaan Namunku Punya Hati


KOMEN-KOMEN YG DITERIMA DRP LAMAN KELAB ANAK AUTISME (Facebook)

30/5/2010

PA MAK BUAT UNTUK ARIFF : 2001 - 2009 ? MACAM-MACAM MAK BUAT UNTUK ARIFF. KITA BERHIJRAH KE MELAKA. MASUK NASOM. MAK DAPAT SEDIKIT ILMU. MAK GUNAKAN....
4 hours ago · Comment · Like · Share
Mazira A Ghani, Izhar Ibrahim and 2 others like this.

KELAB ANAK AUTISME SEDIH APABILA SAYA DAPATI MEREKA TERGAMAK MENGHANTAR LAPORAN PALSU KE PUTRAJAYA. TERSERLAH KEZALIMAN MEREKA! KENAPA TIDAK KATAKAN SAHAJA : AKAK, SAYA MINTA MAAF CEDERAKAN ANAK AKAK ! HEBATKAH CIKGU APABILA BERJAYA TUNJUK KUAT PADA ANAK OKU SAYA ? HEBATKAH CIKGU APABILA BERJAYA MENDAPAT SOKONGAN MAJORITI ? HEBATKAH CIKGU APABILA ORANG PERCAYA CIKGU TIDAK BERSALAH ? YA, CIKGU MEMANG HEBAT. TAHNIAH! MAKA, GAGALKAH SAYA SEBAGAI SEORANG IBU? KATALAH APA SAJA. PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH, PERJUANGAN AKAN SAYA TERUSKAN JUA...
4 hours ago ·

KELAB ANAK AUTISME Kata2 di atas adalah ungkapan daripada ibu berkenaan.
4 hours ago ·

Anis Safraz Bt Ahmad sedih...sbg seorg pendidik (walaupun bkn pdidikan khas), saya turut rasa sedih n malu
3 hours ago · · Flag

Anis Safraz Bt Ahmad it really dropped my tears
3 hours ago · · Flag

Izhar Ibrahim Salam. Dalam konteks pengalaman ibu di atas, saya rasa perkataan "kezaliman" mmg tepat. Kejadian yg hampir sama juga pernah berlaku kepada kami. Anak kami ditampar dan cikgu berkenaan buat "donno" jer. Gurubesar aje terhegeh-hegeh datang kerumah bawak sekotak cokelat, kononnya agar kami tutup mulut dan maafkan staff dia. Cokelat pulak tu! Katanya beliau sudah ambil tindakan terhadap guru berkenaan. Bila kami tanya tindakan apa yg diambil, beliau kata "cuti rehat seminggu untuk berfikir!" Kami mcm tak percaya dengan apa yg kami dengar....

Itulah salah satu sebab anak kami, kami keluarkan dari sekolah itu dan alhamdulillah dapat penempatan di SKUP di bwh penyelarasan Pn Hjh Asmah Hitam.
2 hours ago · · Flag

Anis Safraz Bt Ahmad anak saya baru nak msk 4 thn....sdg buat early intervension..frankly speaking, saya takut nak htr anak saya ke sekolah bila baca cerita2 ni
2 hours ago · · Flag

Cikgu Sue Pkhas saya sangat simpati.kemana pun kita menghantar anak-anak perlu ada komunokasi yang baik dengan pihak sekolah.....kadangkala mereka tidak faham dan seakan tidak ambil tahu kewujudan anak-anak ini......tapi percayalah komitmen yang sangat tinggi diperlukan oleh pihak ibubapa dan guru kerana anak autisme sebenarnya boleh belajar dan berjaya ........
52 minutes ago · · Flag

KELAB ANAK AUTISME Saya pun terpaksa menukarkan anak ke sekolah lain tp bukan disbbkan penderaan, tp kerana tiada komitmen guru membentuk anak saya...sdgkan anak saya berkemampuan dr segi akademik..terbukti..di sekolah baru dia berjaya...bukan shj dari segi akademik tp pelbagai aspek. Terima kasih amat terhingga kepada semua guru pendidikan khas di sana terutama Penyelarasnya.
17 minutes ago ·

KELAB ANAK AUTISME Sebelum ditukar, sekolah anak saya sebelah saja dgn tempat bertugas saya, kini perjalanan dah lebih jauh 15 minit perjalanan dgn penuh kesesakan sehingga menjangkau 45 minit. Demi masa depan anak, kita perlu berkorban...
14 minutes ago ·

Mie Ahmad Amat menusuk hati, kalbu & nurani saya. Perkara yg sama berlaku ke atas anak saya, autisme 7 th ttp anak saya dilastik dgn getah. Saya dpt laporan dr anak kwn saya yg juga berada di kelas pend khas yg bermasalah ADHD sgt bijak budaknya, umur 11 tahun. Bukan sekali dia melaporkan kpd ibunya ttp dh berkali2, setelah berkali2 diberitahu barulah kwn saya 2 b.tau saya, setelah saya bersuara spt puan itulah balasannya anak saya diarahkan dihantar ke PDK setelah tamat tempoh percubaan 3 bln. Pihak sklh juga menafikan, kalau brtanya dgn anak saya sndri pun dia boleh menceritakan semula bgmana PPM melastik dia. Alasan yg diberikan anak saya perlu dihantar ke PDK krn dia x blh menguruskan diri. Apakah salah saya, setelah saya brjaya mengajar dia menguruskan diri di rmh, basuh sndri cuma perlu dipantau utk dia prgi ke tandas, tp pihak sklh mnta saya pakaikan diapers utk dia. Jadi apa guna usaha yg tlh saya lakukan ajar dia uruskan diri tp pihak sklh nk buat kerja mudah pakai diapers. Objektif siapa yg x berjaya, pihak sklh atau saya???????? Kalau dipakaikan diapers smpi bila dia akan pandai uruskan diri di sklh, sedangkan di rmh atau di nursery dia blh uruskan diri sendiri. Tolonglah jgn aniaya anak2 kami yg autisme, jgn fikir mereka x ada masa depan, potensi mereka sebenarnya lbh besar drp kanak2 normal, ttp guru kenalah pandai mencungkil, gunakanlah sepenuhnya ilmu yg dipelajari dan kalau tak tahu belajar lagi, teroka semua permasalahan, jgn buat alasan ini bukan sekolah anak autisme.
6 minutes ago · · Flag


31/5/2010
· Flag

Mie Ahmad Saya sndri apb mempunyai anak autisme, saya cari ibu bapa yg punyai masalah yg sama dgn anak saya, saya kongsi maklumat dgn guru2 p.khas, saya cari maklumat dr internet semoga semua itu dpt membantu saya & bukannya utk saya tunjukkan diri saya lbh pandai drp guru anak saya. Jgn ambil mudah, anak autisme tidak blh digunakan kekerasan mereka akan jd semakin degil. Skrg saya sdg berjuang utk anak saya....kalau dari bawah saya berbincang tidak brjaya saya akan bawa perkara ini kpd pihak atasan, bukan bertujuan utk membuka pekung pihak sekolah, ttp supaya anak2 khas spt ini tidak dianiaya pd masa dpn kalau pun itu bukan anak saya perkara ini akan berulang lagi ke atas anak org lain sekireanya tidak ada penambahbaikan dlm pengurusan kelas PPKI.
Yesterday at 10:07pm · · Flag

Chin Siewfah Sedih saya dengar... Maaflah bebanyak buat anak-anak autisma dan anak-anak istimewa di Kelas Pendidikan Khas di seluruh Malaysia jika kami guru-guru Pendidikan Khas tidak dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak istimewa ini terhadap mandat yang telah diberikan kepada kami.. Ribuan dan jutaan maaf dipohon dari kami guru-guru pendidikan khas kepada ibu bapa/penjaga... Ramai guru dan ppm yang tidak mendapat latihan yang secukup tentang anak-anak pend khas dan ini bukan satu alasan kenapa anak-anak istimewa ini dianiayi.. maaf sekali lagi...
Murid-murid pendidikan khas ini adalah seperti satu helai kain putih yang tiada satu titik hitam pun padanya... bersih... kita sebagai guru harus mengajar mereka seperti anak sendiri kerana anak-anak kita sendiri diajar orang lain.. kalau kita hendak yang terbaik untuk anak-anak kita, kita sebagai guru juga harus memberi yang terbaik kepada anak murid kita.. ini adalah satu kitaran hidup... yang akan berpusing dan sampai kepada kita jua kemudiannya...
Yesterday at 10:26pm · · Flag

Wan Haslinda Murni Sani sedih saya dengar..semoga ibu bapa tabah menghadapinya
Yesterday at 10:48pm · · Flag

Sri Latha Sekiranya anak saya diperlakukan sedemikian, saya akan terus laporkan kepada pihak polis atau (jika pihak polis tak endahkan), saya akan hubungi Ahli Parlimen di kawasan saya (in my case, it's none other than YB Gobind Singh Deo s/o YB Karpal Singh) kerana ia adalah suatu jenayah. Saya juga akan memastikan berita tersebut disiarkan di media massa. Baru-baru ini ,ada berita di The Star mengenai aktiviti samseng di sebuah sekolah di Rawang. Setelah bertahun-tahun kegiatan itu di'cover-up', akhirnya pihak media dapat juga membongkar keadaan tersebut. Kita tak boleh melindungi atau memaafkan penjenayah, lebih-lebih lagi jenayah ke atas kanak-kanak yang tak berdosa, tak kira dia cikgu atau murid. Lastly, bila dah tahu suasana di sekolah itu seburuk demikian, tak patut biarkan anak kita terus berada di situ. Ada cara lain spt homeschooling etc. Keselamatan anak kita lebih penting drpd segalanya. Formal education isn't the only way to attain success. Ramai di kalangan orang "biasa" yang tak lulus dengan cemerlang sewaktu di sekolah tapi tetap berjaya dalam hidup melalui cara alternatif.

Yesterday at 2:42pm · · Flag

Chin Siewfah Semua guru pendidikan khas, ppm dan ibu bapa/penjaga perlu bekerjasama dalam menjayakan semua aktiviti dan peningkatan prestasi murid pendidikan khas... tidak boleh berjaya jika hanya satu pihak saja yang berusaha tapi pihak yang lain tidak berbuat apa2 pada pendapat saya (saya buka menuding jari kepada sesiapa tetapi ini adalah kenyataan)... bangunlah semua.... termasuklah saya....
7 hours ago · · Flag

Chin Siewfah maaf... pembetulan ayat..(saya bukan menuding jari kepada sesiapa tetapi ini adalah kenyataan)..
7 hours ago · · Flag

Chin Siewfah setiap murid pend khas adalah berlainan/istimewa dan memerlukan kaedah atau pendekatan yang berlainan untuk mereka... saya juga belajar dari mereka dari masa ke semasa...
7 hours ago · · Flag

Mohd Hisham salam ... bila saya membaca kisah ni, saya terdiam seketika ... saya memikirkan byk kemungkinan yg telah berlaku semasa anak puan berada disekolah tersebut.
1. guru tersebut - kepakaran, latihan, emosi, penerimaan, latar belakang
2. anak puan - situasi,penyesuaian diri, emosi, rakan2, tingkah laku .. di skolah
3. puan/suami - harapan, toleransi,hub. dgn guru pk dan pentadbiran
4. pentadbiran - pemantauan, tindakan
5. murid lain - layanan

justeru itu, saya memohon maaf bagi semua warga pendidik 'children with special need' khususnya puan, Arif dan Suami serta semua ibubapa yg telah menerima nasib yang sama. diharap kejadian seperti ini tidak berulang. Sebagai seorang guru, saya juga akui mmg wujud dendaan namun bukan dendaan yg melampau. Kebiasaannya guru membuat dendaan utk mendidik yang membawa kepada perubahan positif.

Kepala Hadif BOTAK

Ekoran daripada penyakit gatal-gatal yang dihadapi oleh Hadif, aku telah membotakkan kepalanya di kedai gunting India. Bayaran RM 5.00. Nampaknya dia tak buat kerenah, diam sahaja apabila digunting rambutnya. Kini nampak semakin nakal pulak. Keadaan penyakitnya telah beransur pulih setelah dua kali ke klinik. Jika tiada berkesan juga tempohari terpaksalah membawanya ke klinik pakar. Alhamdulillah, dah sihat seperti sediakala. Cuma batuk-batuk pulak disebabkan rajin mengutip apa saja untuk disumbatkan ke dalam mulutnya.

Thursday, May 27, 2010

Amalan Islam merawat autisma

"Saya ada seorang anak autisme minima.... banyak terapi yang saya buat sendiri, Bacaan Alquran surah Ar Rahman dan Al Waqiah, serta zikir dan terapi lagu maulid...ada menunjukkan tanda perubahan sedikit demi sedikit cuma bercakap hanya beberapa patah perkataan( yakni boleh tapi mengikut mood...) Usaha masih diteruskan" daripada En Nazri b. Isnin (Facebook - Kelab Anak Autisme)