Tuesday, June 29, 2010

Masalah kanak-kanak Istimewa - Autisme + Hiperaktif

Mohon pandangan rakan-rakan terhadap masalah yang dihadapi rakan pengunjung blog PUTERA ISTIMEWA

SOALAN:

lml: saya kasihan melihat ibunya, sangat letih dan tidak tahu apa yg bih buat. blhkah beritahu saya bagaimana baru dia blh bercakap
23 Jun 10, 10:35 PM

lml: dia in sangat serius. blh panjat ke atas almari dan sepahkan semua benda di atas meja, pecahkan tv.ibunya tidak memberi ubat kpd anaknya krn takut kanser.
23 Jun 10, 10:30 PM

lml: dia tinggal di jelapang, apakah sekolah yg dpt dia masuk?sek OKU?sek pendidikan khas?saya pun tidak tahu. blhkah tolong ajar saya
23 Jun 10, 10:29 PM

lml: saya tolong kawan saya tanya, dia mempunyai seorang anak berumur 10 thn. dia tidak tahu bercakap, ibunya buta huruf, hanya tahu anaknya autism dan adhd.saya ingin tolong anaknya utk memasuki sekolah
23 jun 10, 05:57 AM

JAWAPAN RAKAN FACEBOOK KELAB ANAK AUTISME

PERTAMA
Syahida Yep pd pendapat saya, masalah2 di atas ni perlukan perhatian dan tindakan oleh mereka yang hampir dengan keluarga/anak yang berkenaan.
untuk latih anak non-verbal bercakap bukan proses singkat dan harus bermula dengan zero. tanpa pengetahuan asas tentang anak2 ni, sukar untuk ibubapa sendiri meransang anak tersebut.
masalah2 di atas ni melibatkan individu yang sama atau berlainan?
9 hours ago · Like · · Flag

KEDUA
Bajuri Johari saya impati dgn masalah ini......anak autisme perlu perhatian yang lebih.. situasi dia adhd.. kurangkan makanan yg manis.. beri lebih perhatian dan kawal tingkah lakunya.anak ini mempunyai kelebihan yg istimewa... cuma kita perlu cari keistemewaan yg dia ada. banyak berbual dgn dia.jgn terlalu cepat memberi arahan yg ia tak faham MENYEBABKAN DIA BERTINDAK DILUAR KAWALAN MINDA. anak autisme yg boleh mengurus diri boleh dimasukkan ke sek pend khas atau sek yg ada program integrasi pendidikan khas di kawasan berdekatan dengan rumah murid... boleh rujuk di sekolah yg ada program tersebut.
Yesterday at 11:44am · Like · · Flag

KETIGA
Syahrulikram Mohd Yasin salam.. da bwk berjumpa terapis carakerja n terapis pertuturan di hosp berdekatan x? kalau blum digalakkan jmp! mereka ni pakar bhg ADL(OT) n komunikasi-pertuturan-bahasa (ST).

utk knk2 berkeperluan khas autism yg nonverbal..blh aja komunikasi menggunakan PECS (pic exchange comm sys)..iaitu dia kene tukar kad gambar dgn apa yg dia mahukan....atau ...
See More
Yesterday at 3:05pm · Like · · Flag

KEEMPAT
Izhar Ibrahim sy setuju dgn SMY. Anak ini harus di diagnose oleh pediatrik terlebih dahulu supaya senang disalurkan melalui proses yg bersesuaian. Samada autisme, adhd atau add, perlu dapatkan pengesahan pediatrik dulu. Senang bila isi borang OKU. Senang dirujuk ke OT, ST dan semua badan2 terlibat e.g. Jabatan Pelajaran, Sekolah dsb.
Yesterday at 7:21pm · Like · · Flag

KELIMA
Nazri B. Isnin Kalau boleh daftarkan dulu pada hospital... next step rumah jika ada barang2 simpan dulu... tukar pemakanan.... kita akan sumbangkan idea dalam fb ini... tukar minuman mineral water pot sahaja untuk mendapatkan air bersih tiada gula...
Yesterday at 7:23pm · Like · · Flag


KEENAM
Cikgu Sue Pkhas sebenarnya anak itu boleh mendengar dengan baik.....perdengarkan ayat-ayat alquran supaya dia tenang.....jgn risau sampai masa yang sesuai / matang ..( bergantung kepada kesediaan mental dan emosinya) suatu hari nanti dia akan boleh bercakap tanpa diajar pun. Salah satu cara yang paling penting jalankan terapi yang disyorkan terutama dari NURY atau BRAIN GYM....tetapi kesabaran sangat diperlukan.
Yesterday at 10:09pm · Like · · Flag

KETUJUH
Suzana Omar suka statement "perdengarkan ayat-ayat alquran supaya dia tenang".. tp ada 1 murid d kelas saya, dia akan tutup telinga ngan jari ngan kuat (sehingga dia tak dpt m'dgr bacaan Quran tersebut..apatah lagi azan zohor...) terapi ini sbnrnya menenangkan, tapi sukar utk murid tersebut..;-p
5 hours ago · Like · · Flag

KELAPAN
Zamri Tembol Kawalan hyperactivity:

1. Kurangkan & kawal pengambilan makanan bergula & tinggi karbohidrat sebab ini yang buat dia bertenaga.

2. Buat aktiviti fizikal di luar rumah (dgn pantauan). Tujuannya, supaya anak tersebut dapat lepaskan tenaga yg ada dalam dirinya.

3. Elakkan tidur disiang hari supaya malam dapat tidur.

4. Anak2 ADHD perlukan latihan2 fizikal bersistematik untuk bantu mereka agar dapat beri tumpuan. Ini boleh diperolehi di pusat kesihatan kerajaan.

Pembelajaran:
1. Pastikan anak tersebut diperiksa dan disahkan keadaannya oleh doktor pediatrik dari kerajaan. Dari situ tindakan susulan boleh di ambil.
2. Tindakkan susulan yang biasa:
- daftar status anak di JKM
- rujuk ke PPD untuk penempatan keperluan khas sekolah (PPD akan luluskan & status dari JKM diperlukan)
- daftar ke sekolah & di peringkat ini berbincang dengan pihak sekolah terutama guru kelas khas supaya mereka dapat maklumat yg lengkap mengenai anak tersebut & ibunya agar mereka lebih bersedia
Yesterday at 10:52pm · Like ·

No comments:

Post a Comment