Wednesday, June 30, 2010

Interaksi Masalah Autisme dan Hiperaktif

alkindi: Terapi boling tu..layari alkindi09pendkhas.blogspot.com
30 Jun 10, 11:10 PM

alkindi: Daftar di Jabatan Pendidikan Negeri. di Jln Tun Razak setelah dokumen disiapkan.
30 Jun 10, 11:09 PM

alkindi: Dia boleh ditempatkan di Pusat Pemulihan Komuditi (PDK) kelolaan Jabatan Kebaikan Masyarakat. Jika dah okey baru ditempatkan di sekolah biasa tp cuba dulu ditempatkan di sekolah harian biasa.
30 Jun 10, 11:07 PM

alkindi: kalau macam tu..kemungkinan besar dia tidak layak ditempatkan sekolah harian biasa kerana ada masalah tingkah-laku dan urus diri.
30 Jun 10, 09:28 PM

lml: terima kasih zlanrazzaque, kelas ini di mana yah?
30 Jun 10, 09:27 PM

lml: alkindi. dia hanya tahu ah......dan lompat sini lompat sana macam monyet. macam mana dia dapat belajar
30 Jun 10, 09:24 PM

lml: banyak-banyak terima kasih alkindi.betul, dia tidak pernah bersekolah.saya kasihan melihat budak itu.saya juga risau macam mana dia belajar.Dia langsung tidak bercakap atau tidak tahu bercakap.
30 Jun 10, 11:59 AM

zlanrazzaque: Kelas Khas Seri Putera telah berjaya menyediakan terapi boling kepada murid murid khasnya . tahniah
30 Jun 10, 09:23 AM

alkindi: DIA mesti dididik...jika tidak macamana apabila dia dewasa nanti..kebetulan ibubapa dan TIADA.
30 Jun 10, 09:22 AM

alkindi: Di sekolah ada kepakaran tetapi ibubapa MESTI turut berkerjasama mendidik anak selaras dgn apa yg dilakukan oleh pihak sekolah
30 Jun 10, 09:19 AM

alkindi: Sekolah terdekat di sekitar jelapang ialah SK Jelapang Jaya yang ada program pendidikan khas.
30 Jun 10, 09:18 AM

alkindi: lml: Nampaknya dia tidak pernah bersekolah ya. Masih belum terlewat...bawa surat doktor ke Jabatan Pelajaran Perak untuk tujuan pendaftaran. Cuba dapatkan pandangan pegawai kat sana...
29 Jun 10, 09:38 PM

lml: terima kasih alkindi. saya ingin tanya di manakah sekolah rendah yg sesuai untuknya belajar. mereka dari keluarga yg miskin. tidak mampu untuk belajar sekolah swasta
29 Jun 10, 09:36 PM

lml: terima kasih Syida
29 Jun 10, 11:51 AM

Syida: lml. minta ibu anak terbabit 'pantangkan' yang manis2, banyakkan minum air masak, ajak anak beriadah selalu. kena usahakan anak utk mendengar arahan secara perlahan2. tegas tp berhemah, bagi pujian.
29 Jun 10, 09:58 AM

alkindi: lml. Lambat respon. Nanti saya akan bagitahu. Kalau boleh, lml masuk Kelab Anak Autisme dlm laman facebook dimana kita boleh mendapat pandangan drp ibubapa/penjaga yang menghadapi masalah yang sama
23 Jun 10, 10:38 PM

lml: saya kasihan melihat ibunya, sangat letih dan tidak tahu apa yg bih buat. blhkah beritahu saya bagaimana baru dia blh bercakap
23 Jun 10, 10:35 PM

lml: dia in sangat serius. blh panjat ke atas almari dan sepahkan semua benda di atas meja, pecahkan tv.ibunya tidak memberi ubat kpd anaknya krn takut kanser.
23 Jun 10, 10:30 PM

lml: dia tinggal di jelapang, apakah sekolah yg dpt dia masuk?sek OKU?sek pendidikan khas?saya pun tidak tahu. blhkah tolong ajar saya
23 Jun 10, 10:29 PM

lml: saya tolong kawan saya tanya, dia mempunyai seorang anak berumur 10 thn. dia tidak tahu bercakap, ibunya buta huruf, hanya tahu anaknya autism dan adhd.saya ingin tolong anaknya utk memasuki sekolah
23 Ju 10, 5:57 M

No comments:

Post a Comment