- Ramai yang marah bila pak yoep postkan "Autisma adalah penyakit mental". Memang Autisma ada kaitan dengan mental. Mengapa nak marah...ini adalah realiti.
- Antara komen-komen dalam laman Kelab Anak Autisme kendalian pak yoep.
- Zeera Yatt mental tak semestinya gila. terlebih pandai pun kategori masalah mental. terpulang pd diri kita nak terima ke tidak. tp pada saya apa pun nama yg dikaitkan dgn autisme tidak menjatuhkan saya.
kite ni pun ramai je sakit mental, cume bole atau tidak je handle masalah. - Samsul Muariff Saroni lebih tepat ia dikaitkan dgn masalah gangguan neurologi
Wednesday, March 11, 2015
Tuesday, March 10, 2015
Monday, March 9, 2015
Sistem Ganjaran
Dimaklumkan Faqihah masih ada masalah tingkah laku sepanjang di sekolah. Cikgu amalkan sistem ganjaran untuk betulkan masalah tingkah lakuyang dihadapi oleh Faqihah. Setiap hari Faqihah pasti akan dapat mengutip sebanyak...melebihi 10 mata ganjaran... Terdapat perubahan berlaku. Difahamkan terdapat 2 orang cikgu mengawasi tingkah laku Faqihah.Terima kasih cikgu atas komitmen yang diberikan.
BAGAIMANA 'ISLAM' MERAWAT ANAK-ANAK AUTISM
BAGAIMANA 'ISLAM' MERAWAT ANAK-ANAK AUTISM
Kami petik status ringkas yang ditulis oleh Saiful Nang tentang seorang anak istimewa untuk kongsikan tips merawat sifat aneh anak autism. Beliau bernama Shafiq, salah seorang pelajar Akademi Insan Prihatin.
Umur beliau sudah 14 tahun. Namun, dia ada masalah dengan pergaulan dan keyakinan diri. Pernah masuk tahfiz dan kelas khas di Kelantan namun orang seperti beliau hanya menjadi lauk dan ulam pembuli-pembuli sahaja. Sangat imaginatif mencipta dunia dalam dimensi lain dan mampu menceritakannya seperti seolah-olah ia betul dan connected. Jika seseorang menipu dan bila kita tanya balik apa yang diceritakan lama dahulu, orang biasa akan kantoi menipu. Tetapi beliau tidak.
Beliau seorang anak austism atau lebih tepat penghidap Sindrom Aspeger. Penciptaan dimensi lain dalam fantasi anak-anak seperti ini membuatkan penipuan dan alam fantasi mereka kelihatan sangat realistik.
Tanda Kolestrol Tinggi
Rasanya wajar pak yoep kongsikan sedikit ilmu yang dapat kita amalkan untuk tingkatkan tahap kesihatan kita. Isunya adalah berkaitan dengan kolestrol.
¤Tanda-tanda Kolestrol Tinggi¤
》Jom periksa samaada anda ada tanda-tanda kolestrol tinggi di bawah.
♧Sering berasa kebas-kebas pada kaki.
♧Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.
♧Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.
♧Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
♧Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.
♧Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi.
Saturday, March 7, 2015
Kepentingan pengurusan diri
Kepentingan pengurusan diri anak autisma .....
Pengurusan diri merupakan salah satu aspek yang dipertimbangkan untuk kemasukkan ke prasekolah pendidikan khas dan kelas pendidikan khas.
Sekiranya anak autisma tidak boleh mengurus diri maka peluangnya untuk masuk ke prasekolah pendidikan khas amat tipis kecuali dengan budi bicara.
Pilihan lain yang ada ialah anak-anak autisma boleh belajar di PDK.
Ibubapa perlu berusaha dengan sungguh-sungguh agar anak autisma boleh mengurus diri, kemudian memohon semula ke kelas pendidikan khas sekiranya anak autisma menghadapi masalah tersebut.
In Shaa Allah akan diterima.
Sekiranya anak autisma tidak boleh mengurus diri maka peluangnya untuk masuk ke prasekolah pendidikan khas amat tipis kecuali dengan budi bicara.
Pilihan lain yang ada ialah anak-anak autisma boleh belajar di PDK.
Ibubapa perlu berusaha dengan sungguh-sungguh agar anak autisma boleh mengurus diri, kemudian memohon semula ke kelas pendidikan khas sekiranya anak autisma menghadapi masalah tersebut.
In Shaa Allah akan diterima.
Subscribe to:
Posts (Atom)






