Friday, December 29, 2023

Kongsi Pengalaman Cikgu Anas


1. Kita bukanya berdosa sebab itu kita dikurniakan dengan anak Istimewa. Kita dikurniakan dengan anak Istimewa sebab Allah /Tuhan sayang kita dan tahu kemampuan kita.

2. Tidak larat dan putus asa menjaga anak istimewa? Cuba sehari tanpa dengar jeritan, pergerakan, suara, ketawa dia, percaya la kita akan rasa sunyi.

3. Terima la hakikat yang kita memiliki anak istimewa. Jangan malu. Kita bukannya melahirkan seorang perompak, pengkhianat, penculik,perogol atau pembunuh. Bukan semua memiliki anak istimewa. Dan itu yang menjadikan kita sebagai ibubapa SUPER SPECIAL. Saat kita terima hakikat yang kita memiliki anak istimewa, segala urusan kita akan dipermudahkan dan rezeki kita akan bertambah.

4. Mendidik anak istimewa susah? Ye tetapi  kena mendidik agar dia dapat memahami mengenai dunia luar.. Tidak perlu manjakan dia   dan bertegas dan menegur kesalahan dan kesilapan dia

5. Tidak siapa berkawan dengan anak kita yang Istimewa? Tidak masalah. Kita sebagai ibubapa dan adik beradik jadikan dia sebagai kawan baik kita. Kita luahkan dan kongsi segala kegembiraan dan kesedihan kita walaupun mungkin dia tidak memahami.

6. PDK atau PPKI? Kita letakkan diri kita sebagai orang tengah dan buat keputusan yang mana sesuai untuk anak kita. Jangan buat keputusan sebab nasihat orang lain. Kita tahu kemampuan dan keupayaan anak kita.  Jangan paksa dia ke tahap yang dia memang tidak mampu capai. PDK dan PPKI mempunyai kelebihan masing- masing.

7. Saya pernah ditegur agar jangan garang dan  jangan marah dengan anak murid Istimewa. Jawapan saya biar cikgunya garang dan marah  bila mereka buat kesalahan agar di masa depan mereka tidak didera, dihina atau diasingkan oleh masyarakat luar.
 
📸 by Ammar Niyaz

Wednesday, December 27, 2023

Dunia Pak Yoep Autism

 Info Page Blog yang tidak berfungsi


Dunia PAK YOEP autism

DUNIA - Pelbagai perkara dipostkan di laman blog ini. 
PAK YOEP - Turut dipostkan berkaitan dengan diri dan keluarga.
AUTISM -Tumpuan utama post ialah berkaitan dengan pendidikan khas khususnya autisma.

Pengenalan

Blog ini membicarakan tentang pelbagai aspek kehidupan. Fokus utama adalah berkaitan AUTISMA. Di mana, anak kami yang ke-2, NOOR FAQIHAH IZZAH IWANI turut mengalaminya.

Sasaran utama laman blog ini adalah ibubapa/penjaga anak2 autisma atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan anak2 autisma.

Semoga maklumat yang diperolehi di laman ini akan dapat dikongsi bersama sbg panduan mendidik anak2 autisma supaya mereka mendapat didikan yang terbaik.

Laman blog ini tidaklah seindah @ secanggih laman blog yang ada, tapi ianya cukup untuk aku curahkan pengetahuan dan pengalaman yg ada agar dpt dikongsi bersama.

Laman blog ini diwujudkan pada 3/4/2010

Setakat ini (24/5/2013), laman blog ini telah layari oleh 88145 pengunjung. Jumlah follower seramai 135 orang. Manakala purata pengunjung antara 100-200 pengunjung sehari. Pengunjung terdiri drp 86 buah negara. Kini Sep 2019 dilayari 931,732 pengunjung daripada 117 buah negara.
9
Selain drp laman blog, pak yoep menwujudkan laman FB yang bernama Kelab Anak Autisma dengan matlamat yang sama. Jumlah like dah seramai 3100 orang. Kini Sep 2019 berjumlah 17,308 like.

Sumber rujukan utama ialah Semua Blogger, Autisma.My dan Akhbar2 Harian. Dengan IZIN..Terima kasih.

Slogan hidupku selamanya
"BE THE BEST BEAT THE REST"

Tuesday, December 26, 2023

Memori zaman kanak-kanak Faqihah


 


- Info drp Page Blog yg telah gagal berfungsi -


Assalamualaiku dan Slm Sejahtera.

Dikesempatan ini, aku coretkan serba ringkas ttg pengalamanku dlm mendidik Faqihah. Semoga, pengalaman ini akan dpt dikongsi bersama terutama yang baru mengetahui anak masing2 adalah autisma. Banyak dugaan dan cabaran yg bakal ditempuhi. Berilah komitmen yg tinggi dlm mendidik anak2 autisma masing2.

Faqihah, anakku yang mengalami autisma dan hiperaktif sejak lahir. Gambar di atas Wajah Faqihah semasa berumur 4 tahun. Kini (2011) beliau sudah berumur 10 tahun. Bersekolah di SK Seri Mutiara Ipoh. Pada tahun pertama di SK Seri Mutiara, Faqihah berada dalam kelas pertama (PK Dinamik) ditempatkan bersama pelajar-pelajar berumur sehingga 14 tahun disebabkan keupayaannya dalam akademik. Banyak perubahan yang telah berlaku sehingga kini berbanding 10 tahun yang lepas. Faqihah berjaya menerima anugerah setiap tahun sempena Hari Anugerah Gemilang peringkat sekolah.

Dalam memberi pendidikan terbaik untuk Faqihah, cabaran bermula apabila pihak tadika yg sepatutnya Faqihah melapor diri selepas tamat tempoh taska, tidak mahu menerima kehadiran Faqihah kerana tingkahlakunya yg hiperaktif disamping ciri2 autismanya. Mereka mencdgkan kami mencari tadika lain. Banyak tadika yg kami tanya, setelah menceritakan keadaan Faqihah, mereka enggan menerima. Malah ada yg memberi tempoh pemerhatian sementara diterima. Ada juga tadika yg menerima, sanggup terima Faqihah tp sehari shj kami tempatkan Faqihah, lebam2 Faqihah dibuat mereka. Alasan menggangu kanak2 lain tidur tengahari. Bayaran telah dibuat RM220.00, tapi mereka tidak mahu pulangkan wang semula kami walaupun sehari sj kami letakkan Faqihah di situ. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk melakukan suatu pengorbanan. Isteriku mengambil cuti tanpa gaji selam 6 bulan untuk uruskan Faqihah.

Dalam tempoh isteriku bercuti, kami hantar Faqihah ke Sekolah Semangat Maju, Tasek Ipoh tp tak lama krn memikirkan aktiviti yg diajar di sana tidak sesuai untuk Faqihah. Sekolah tsbt fokus kepada kemahiran. Selepas itu, kami hantar ke Nasom, juga tak mampu bertahan lama kerana tiada perubahan berlaku kepada Faqihah sebaliknya, Faqihah takut nak datang ke Nasom. Akhirnya, kami diperkenalkan Brighter Future yg dikendalikan oleh Pn Ruby Lee. Alhamdulillah, banyak perubahan yang berlaku. kami terus tempatkan Faqihah di situ sehingga kini, walaupun Brighter Future telah berpindah sebanyak 3 kali. Mula2 dekat, kini dah jauh. Demi Faqihah, kami terus kekalka Faqihah di situ.

Dari segi kewangan, banyak wang telah dibelanjakan. Kadang2, mencecah ribuan juga untuk rawatan Attitude Therapy, Terapi Pertuturan, Nasom dan Brighter Future. Mujurkan Terapi cara kerja percuma sbb anjuran Yayasan Sultan Idris.Kesusahan, kepayahan amat dirasai dalam mendidik faqihah termasuk aspek kewangan untuk pendidikan dan rawatan Faqihah.

Faqihah mendapat rawatan utama di Pusat Rawatan Alternatif ATTITUDE THERAPHY sejak berumur 4 tahun sehingga kini. Alhamdulillah, setelah menjalani rawatan yg berterusan, Faqihah telah hampir pulih sepenuhnya walaupun masih terdapat ciri2 autisma. Sebelum itu, rawatan tradisional (bomoh) juga telah dilakukan untuk menjaga hati ibubapa/mertua tapi tiada sebarang perubahan.

Kami amat bersyukur, Allah beri kekuatan kepada kami sekeluarga menunaikan amanah menjaga Faqihah yang dikategorikan sebagai anak istimewa. Sehingga isteriku terpaksa bercuti tanpa gaji selama 6 bulan untuk mempastikan Faqihah mendapatkan pendidikan dan rawatan sewajarnya. Banyak perbelanjaan telah dikeluarkan untuk tujuan rawatan Faqihah. Aku berkursus selama satu tahun di IPPM, Melaka dalam pendidikan khas bagi meningkatkan pengetahuan mengenai pendidikan khas. Bayangkan suatu pengorbanan isteriku membenarkan aku menimba ilmu pendidikan khas di mana beliau terpaksa menguruskan keluarga seorang diri selama setahun. Aku setiap mggu berulang-alik Ipoh-Melaka bagi memberi sokongan kepada keluargaku setelah seminggu tiada bersama mereka. Manakala, Aku dipaksa menukar kerjayaku drp guru biasa kepada guru pendidikan khas.

Demi Faqihah kami kena berkorban untuk masa depannya. Jika kami telah tiada...bagaimana kehidupan Faqihah. Maka kami perlu membuat pengorbanan. Terima kasih kepada ahli keluarga dan jiran-jiran yang terus memberi sokongan dan dorongan.

Berkat usaha yang berterusan, suatu yang amat mengembirakan kami, dipanjatkan kesyukuran kepada Ilahi, mulai tahun 2012. Faqihah akan ditempatkan bersama2 dgn murid normal untuk mengikuti pelajaran seperti kanak2 normal yang lain.

Kunci Utama dlm usaha kami mendidik Faqihah ialah:
1. KERJASAMA AHLI KELUARGA
2. KETEGASAN IBUBAPA
3. KASIH-SAYANG
4. SOKONGAN MASYARAKAT (Pusat Jagaan, Pusat OT/Terapi, Brighter Future, SK Seri Mutiara.

Alhamdulillah...Segala Puji bagiMU Allah


Di antara senarai barangan yang telah dimusnahkan Faqihah

1. TV - Pecah berderai.
2. Kabinet TV - Cermin pecah
3. Wall paper - Ditarik, musnah semuanya
4. Kereta - Tempat duduk digigit
5. Peti ais - Tak berfungsi sbb dibuka kerapkali
6. Peti ais - Tempat letak brg2 musnah
7. Katil besi - Bengkok
8. Katil kayu - Patah
9. Komputer - Tidak berfungsi
10. Misen basuh - Musnah
11. Basikal - Rosak
12. Tangga rumah - Pemegang
13. Buaian bayi - Patah
14. Kipas - Rosak
15. Sofa - Rosak
16. Kerusi makan - patah
17. Pagar rumah - Hampir patah
18. Handphone - Musnah (masuk akuarium)

Penceritaan pengalaman dalam blog terhenti pada tahun 2012. Umur Faqihah ketika itu 11 tahun. Boleh dapatkan pengalaman mendidik anak autisme dalam post-post yang Pak Yoep hantar secara berkala.

Rumusan Perlaksanaan Program Disleksia

Latarbelakang.

Memberi kefahaman cara mentadbir program disleksia di sekolah.



Definisi dan Istilah.

1. Kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis.

2. Kebiasaannya mempunyai aras kognitif setara dengan murid-murid biasa.

3. Tidak mengalami kerencatan akal atau kecerdasan mental rendah.

4. Perlu pendekatan khusus untuk menanganinya.


Falsafah Pendidikan Disleksia

Melahirkan murid disleksia berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan diri sendiri selari dengan falsafah Pendidikan Negara.


Matlamat

1. Mengetahui aspek keperluan semasa menangani masalah pembelajaran murid disleksia.

2. Memahami prosedur mentadbir dan mengurus program disleksia


Objektif

  1. ISD
  2. Instrumen
  3. Program Pemulihan
  4. Kurikulum
  5. Pedagogi
  6. Pencapaian
  7. Alatan
  8. Keadah Perlaksanaan
  9. Keberkesanan Penempatan
  10. Keberkesanan Organisasi
  11. Peruntukan

Rasional
  1. Pengesahan Disleksia
  2. Perkembangan Pendidikan Khas
  3. Kursus 14 minggu (Guru)
  4. Perkembangan Bidang Pendidikan Khas

Perlaksanaan

  1. Program Disleksia di Perak - SK Sultan Yusuf dan SK Seri Kepayang.
  2. Guru Disleksia melaksanakan Program Disleksia.
  3. Peranan guru disleksia - ISD, simpan dokumen dan PdP murid disleksia.
  4. Penempatan murid - diurus guru disleksia.
  5. Keadah kelas - satu kelas khas dan separa inklusif.

Strategi Perlaksanaan.

  1. Pengoperasian ISD.
  2. Ujian Diagnostik Disleksia.
  3. Penempatan murid  - Kelas Khas Disleksia/Separa Inklusif Disleksia.
  4. PdP Pemulihan Disleksia.
  5. Peralatan dan kemudahan.
  6. ISD

Carta Ilustrasi A
  1. Pencalonan Guru
  2. ISD Guru BM
  3. Rumusan Guru Disleksia
  4. GB
  5. Ibubapa
  6. Pengamal Perubatan
  7. Program Disleksia

Carta Ilustrasi B

  1. Pencalonan Ibubapa
  2. Guru Besar
  3. ISD Guru BM
  4. Rumusan Guru Disleksia
  5. Pengamal Perubatan
  6. Program Disleksia

Perjawatan Guru/Nisbah Murid 

Nisbah perjawatan ialah  1 : 5-8 murid







Rumah Transit Opah

Dibeli pada tahun 2011.

Tujuan dibeli adalah untuk diduduki oleh ibu mertua atas faktor untuk memudahkan penjagaannya yang telah lanjut usia. Tidak sesuai beliau bersendirian di kampung. Tiada siapa yang akan menguruskan keperuaannya di kampung.

Pada awalnya berpakat dikalangan adik beradik disebelah isteri untk membuat pembayaran bulanan yang berjumlah RM280 sebulan.

Ibu mertua kekal tinggal di rumah tersebut sehingga bulan Ogos tahun 2021 di mana beliau telah meninggal dunia akibat kanser hati.

Selepas kematiannya, rumah tersebut telah digunakan untuk homestay dan disewa kepada seorang jururawat Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Rumah tersebut kembali tidak berpenghuni sejak awal Disember 2023.



Bergambar kenangan bersama motorsikal Honda 70cc (ABL) yang dibeli pada tahun 1987 selepas menamatkan pengajian di UPM. Kenderaan tersebut dibeli dengan tujuan untuk digunakan berkerja di ladang kelapa sawit Felcra Nasaruddin, Bota menggunakan baki simpanan semasa belajar di UPM.


Monday, December 25, 2023

Faqihah VS Lana

Mohon kebenaran Pn Syahirah Omar untuk berkongsi kisah yang sama.

1. Seawal jam 5.30 pagi dia ketuk pintu bilik untuk kejutkan saya. Setiap kali azan dia yang paling awal wudhu dan solat awal waktu.

Faqihah akan tidak tidur sepanjang malam. Kebiasaanya Faqihah akan kejutkan umminya untuk solat tahajud. Solat subuh dan baca Al-Quran diawal pagi. Bila dia tidur selepas jam 6.30-7.30 pagi. 2. Setiap kali nak solat dan baca al-Quran dia akan minta izin terlebih dahulu. Pada awalnya saya tak faham kenapa, rupanya dia tak mahu saya panggil dia waktu dia tengah solat atau mengaji. Terganggu nanti. Faqihah solat dan baca Al-Quran tanpa beritahu sesiapa.

Habis adik adik dia pun dia pastikan untuk terus wudhu dan solat. Dahtu mama takkan nak duduk saja lagi kan. Rasa berdosa sungguh kalau buat keras tak bangun. Faqihah tak kisah dengan adik-adiknya.

Sebab dia hidup berutin. Cukup masa dia memang terus buat. Tepat jam 7.30 malam dia akan ketuk pintu bilik untuk saya tasmik bacaan dia. Habis takkan saya tak menghafal dah kalau dia begitu kan. Faqihah tak buat macam tu. Dia baca sendiri-sendiri. Kadang-kadang baca Al-Quran bersama umminya.

Dia yang banyak ' jaga ' dan betulkan mama sebenarnya.
3. Bila keluar rumah dia akan pastikan semua suis, api di dapur dah tutup. Membebel jugalah kalau kami keluar toilet lupa tutup lampu. Yang selalu lupa tu 3 orang dalam rumah ni. Dia je ingat.

Faqihah jarang lakukan perkara ini. Selalunya abah yang buat. Bila abah yang buat, Faqihah tak ambil kisah.

Jadi memang kami redha sungguh kalau dia membebel.
4. Bila guna telefon bimbit, dia hanya akan guna untuk tempoh 1 jam maximum. Kemudian terus letak dalam bilik saya. Habis dia tutup TV kalau jam 7 malam adik belum berhenti.

Faqihah bebas menggunakan tap. Kadang-kadang menggunakan hanpdhone umminya. Tak pasti apa yang ditengoknya. Mungkin wasap kot.

5. Setiap pagi dia akan kemas bilik tidur dia, uruskan diri. Kemudian dia akan kemas rumah, sodok tahi kucing, buang sampah. Malam pun begitu, dia yang pastikan tak ada sampah dalam rumah.

Semua Faqihah buat sendiri. Kami tak bela kucing walaupun ada permintaan untuk Faqihah membela kucing. Abah yang tak suka bela kucing. Bela boleh bela tapi nak urus tahinya nanti ada masalah.

6. Bila nampak sampah dia terus kutip atau vacuum. Bila ada kain dalam bakul dia terus masukkan dalam mesin dan basuh. Kalau saya tak sempat sidai dia yang buatkan. Bila ada kain perlu dilipat dia akan asingkan ikut kategori. Dia lipat baju dia saja. Memang semua orang kena lipat baju sendiri.

Hal sampah Faqihah uruskan. Hal kain Faqihah uruskan termasuk sidal kain. Orang lain tak boleh tolong. Lipat kain hanya kainnya sahaja. Kain lain dimasukkan dalam bakul.

7. Dia dah tahu adjust rutin harian dia kalau ada kelas online. Jam berapa perlu mandi, jam berapa perlu makan supaya dia tak kelam kabut nanti. Tak tamat persekolahan. 8. Nak kirim barang kat kedai pun dia dah boleh belikan dah. Kalau kirim asam jawa pes adabi tapi habis, dia belikan je jenis ada biji. Asalkan beli. Kirim telur kedai A habis, dia cari kedai B. Walaupun saya cuma pesan beli telur di kedai A. Tak terlibat tapi boleh beli barang sekiranya pergi kedai bersama keluarga.

9. Bila mama struggle ajar adik buat kerja sekolah, dia terus volunteer nak ajarkan. Time tu barulah adik dia menggelabah sebab kakak garang kan. Alhamdulillah 30 minit mama ajar nak fahamkan Mayraa, sekejap sangat kakak ajar adik dah faham. Faqihah tak kisah hal belajar adik-adiknya.
Tapi tu la bila tanya minat tak nak jadi cikgu, tak nak katanya. Seorang student pun dia dah pening kalau ramai-ramai boleh migraine katanya.
Hmmm okeh. Masih berminat nak kerja di Taska.

Pesan Pn Syahirah Omar
"MasyaAllah anak, dah lebih apa yang mama nak sebenarnya pencapaian kamu ni. Bukan kerana usaha dan doa mama pun🥺 Allah Maha baik, mama minta sikit Allah beri lebih lagi dari apa yang mama bayangkan.
When Allah tests you, it is NEVER to destroy you. Semoga membesar dengan baik dan sentiasa dalam jagaan Allah."

Terima Kasih Teacher Ruby.

Kami terhutang budi yang sangat terhingga kepada Teacher Ruby yang telah mendidik Faqihah sebaik mungkin semasa bermula usianya 4 tahun.







 

Ragam REMAJA Autisme - Kasut










Setelah hampir 3 tahun, kembali menulis pasal ragam Faqihah dalam laman blog ini. Ragam-ragam Faqihah kekal dan banyak ditulis di laman FB.


25/12/2023 Faqihah dibawa jalan-jalan ke Ipoh Parade bersama adik-adiknya. Umminya pakai kasut Faqihah (Gambar di atas) tanpa pengetahuan Faqihah. Apa yang berlaku, dia sedar Umminya pakai kasut tersebut di Ipoh Parade.

Kebiasaannya dia tidak benarkan sesiapa menggunakan barang-barangnya. Barang-barang dia hanya dia sahaja yang boleh guna. Tiada istilah kongsi-kongsi.

Waktu balik, apabila sampai di rumah tanpa sempat umminya keluar kereta terus dia ambil kasutnya di kaki umminya. 

Kasut yang umminya pakai digantikan dengan kasut yang lain sambil membebel tidak benarkan kasutnya dipakai oleh orang lain.

Banyak cubaan untuk latih Faqihah berkongsi barang-barang tapi masih gagal.


Sunday, December 24, 2023

Cabaran membesarkan anak autisme.

Kisah ibu dengan anak Autisme.
1. Fynn Jamal (Arjuna Beta)
2. Zarina Zainuddin (Azal dan Azil)
3. Zaiton Husin (Nabil Fahmi)
4. Ainizal Abdul Latif (Rizqi)
5. Nor Syahirah (Nor Lana)
6. Pak Yoep (Faqihah) - Ditangguhkan.
Moga dapat dimanfaatkan pengalaman mereka.


Saturday, December 23, 2023

Tips untuk ibu kepada anak autisme

Saya berikan juga bbrp tips utk memudahkan hidup dan mengurangkan stres bila ada anak berkeperluan khas...sementelah saya ada 2 org anak autisme.

1. Buat short cuts dalam hidup

- beli baju dan tudung yang tak perlu gosok, ringkaskan menu makanan setiap hari - di rumah kami setiap minggu ada menu ayam bakar, sambal beli yang botol sahaja, tak perlu tumis sayur...makan salad sahaja.

2. Minimize contact dgn individu2 yg toxic.

Eg kalau mereka dekati kita...dengan sopan bergerak ke tempat lain. Saya pernah, dengar bunyi tapak kasut manusia toxic pun saya pusing ikut jalan lain. Dengan manusia toxic ni tak perlu engage langsung. Kalau dia komen, dengar sahaja... tak perlu bangkang... tak perlu beri hujah kita. Jangan sekali-kali cuba buat dia faham akan keadaan kita. Mereka takkan faham. Lebih baik jaga kesihatan mental kita.

3. Jangan sekali-kali overthinking.

Komen tentang anak kita ni...ramai org yg fikir mereka terpaling arif. Belum kena hidung mereka kan. So komen mereka...sebaiknya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 

4. Jaga hubungan kita dengan Allah.

Kita mungkin takkan faham kenapa Allah kurniakan anak2 yg sihat kepada semua org di sekeliling kita TAPI anak istimewa kepada kita. Sentiasa bersangka baik dgn Allah dan percaya He is the best planner 


Bila fikir balik, ada 2 petua yg saya terlupa share:


5. Jaga hubungan dgn suami

Ini kerana nak besarkan anak istimewa...lebih mudah berdua drpd keseorangan.

6. Adakan Me Time bila perlu.

Jangan fikir kita boleh jadi superwoman 24/7. Me Time saya: urut badan 2 jam...sebulan sekali, lunch/breakfast dgn teman yg memahami.


Sumber - FB Dr Hasnah Toran



Team yang hebat.


Watak penting yang mengerakkan PPKI SK Tasik Damai awal tahun 2019.

1. Pn Nur Ain Asyikin - telah bertugas sbg PKPK di SK Pasukan Polis Hutan.

2. En Madavan - dah layak utk menjadi PKPK.

3. En Abdul Karim - berkelayakan untuk dilatih menjadi SU Kokurikulum.

Diucapkan jutaan terima kasih atas komitmen membantu pengurusan PPKI SK Tasik Damai.

Kenangan Terindah di SK Tasik Damai

 


26 Sep 2019 SK Tasik Damai berjaya sertai Pertandingan Bercerita di Peringkat Kebangsaan di Putrajaya (Hasmanajwa)



2 Julai 2021 Nurul Nasuha Farhana berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN dalam Pertandingan e-NILAM Peringkat negeri Perak.



Amirul Daniel akan mewakili Perak dlm kejohanan olahraga peringkat kebangsaan pada 12-15 Sep 2022. Dalam tempoh 3 tahun, 2 orang murid PPKI SK Tasik Damai telah berjaya mewakili Perak bertanding sehingga ke peringkat kebangsaan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat melatih murid sehingga mampu mencapai tahap tertinggi.




18 Oktober 2023 SK Tasik Damai berjaya menjadi JOHAN dalam pertandingan GOT TALENT peringkat negeri Perak.

Tamat Tugas di SK Tasik Damai Ipoh

 9 Nov 2023 (Rabu) - Dipanggil ke PPD Kinta Utara.

10 Nov 2023 (Khamis) - Lapor diri ke KSpeed.

11 Nov 2023 (Jumaat) - Mula bertugas di KSpeed.

11 Nov 2023 (Jumaat) - Atas permintaan diraikan Majlis Perpisahan bersama guru/murid PPKI SK Tasik Damai.

23 Nov 2023 (Khamis) - Diraikan Majlis Perpisahan diperingkat sekolah.

24 Nov 2023 (Jumaat) - Bertugas sepenuhnya di KSpeed.